Baba masih on duty di Kina Kitchen. Kami memang tengah kekurangan staff yang amat kronik. Dah berpuluh² orang datang mintak kerja. Tapi sampai hari sepatutnya diorang start keje, pelbagai alasan jugak yang kami dapat. Saya dah faham sangat, kalau spesis macam ni, baik tak payah ambik awal². Nanti akan memberi masalah kat semua orang. Jadi lebih baik jangan dilayan. Biarlah kami aje bertungkus lumus saban hari. Struggling la dengan kudrat yang ada. Harap² muncullah sorang dua lagi staff yang boleh dipakai guna.. :).
Ni gambar makan² yang dah lama.. Saja je letak supaya blog taklah sunyi sepi aje. Saya masih lagi menyesuaikan diri dengan schedule baru. Pagi hantar anak ke sekolah, Then bersiap pula ke Kina Kitchen. Jam 3 petang, ambil anak² dari rumah Wawan. Misha dgn Ila ikut saya ke restoran.. memang sukar nak bjalan sambil dukung Ila dan pegang tangan Misha. Mostly bila nak melintas jalan. Saya naik LRT kalau ke restoran sebab susah nak cari parking kalau area restoran tu.
|
Si Kuat Makan dengan Si Banyak Cakap... hehehe... Time ni dekat Nandos AU2. Antara Nandos yang ok servisnya. Kami try sweet potato yang digoreng (ala keledek goreng kat gerai² tu) & diberi dip yang sedap. Then dapat juga dessert ala² Kek Batik. Set ni datang dengan seekor ayam rasanya... |
|
Haa.. tengok.. Kak Tiha dah jenuh makan.. dia tak habis tanya soalan lagi. Si Misha pulak.. sentiasa di alam dia sendiri... |
|
Ila yang makin besar dan banyak ragam. Makan pun ikut mood dia... |
|
Haa... Ni time kami berdua dah terlalu stress & exhausted dengan restoran. Masing² mmg selekeh habis.. Mama dengan seluar lusuh, tudung kemek sana sini, Baba dengan baju berlubang²... Pusing² NU Sentral then singgah layan sandwiches dekat Obriens... hahahah.. Time ni anak² semua di Kuantan, jadi melayan si Ila seorang ajelah spjg hampir 2 mingu diorang kat sana. |
|
Soft Shell Crab di Homst. Restoran Chinese Muslim di Bangi. Biasa kami try yang di Kajang. Kami bawa Sepupu yang bljr di UNITEN. Sepupu saya ni banyak sangat tolong kami sepanjang pembukaan Kina Kitchen ni. Thx A lot Syatilla! Sanggup datang buat part time lagi kat Kina Kitchen every Friday. Syatilla ni Best Engineering Student Uniten for almost every semester (last sem aje dia tak dpt title tu). So memang respect sangat dia boleh balance kan antara belajar dan ativiti lain. Once grad dia akan kerja dengan TNB, maka akan hilanglah salah seorang pekerja Kina Kitchen yang mat berdedikasi. |
Sepanjang minggu ni saya berulang alik ke Kina Kitchen dengan LRT. Everytime tu lah saya kena bertahan dengan Shumaila yang suka buat perangai dalam train. Saya pun tak tahu kenapa, bila dalam train, memang dia buat hal. Mengamuk, menjerit, merangkak² sambil melalak dalam train sampai naik segan dengan orang sekeliling. Terpaksalah saya peluk dia kemas² dan biarkan dia melolong² tanpa henti sepanjang dalam tu. Macam² taktik dah saya try, tapi masih tak berkesan. Kalau berkesan pun hanya untuk 1, 2 stesen aje sebelum dia start buat perangai.
|
Dah mula start nak mengamuk... |
|
Bila Mama pegang dia marah or menjerit, bila Mama lepaskan.. dia akan duduk atas lantai... Tapi time ni mood dia ok sebab tak menangis |
|
Memang dia akan naik turun kerusi and melintas ke sana sini sesuka hati. Semalam saya try naik gerabak paling hujung.. Alhamdulillah.. dia tak mengamuk tapi kena biarkan di merayap ke sana sini.. |
|
Mintak Mama angkat letak sebelah Kak Misha... |
|
Kak Misha yang sangat sporting.. langsung tak merungut atau buat hal. Sabar aje layan karenah Adik kesayangannya tu. |
|
Bila Mama pindah ke kerusi dia duduk tadi, dia lari pulak ke kerusi seberang sana... |
|
Percubaan duduk sambil menyandar kepala... hehehe... |
|
Percubaan duduk sambil pegang besi pula... Semua aksi orang dalam train dia nak tiru. Mama tak boleh dekat.. sentuh pun tak boleh, kalau tak dia mengamuk |
Harap² minggu depan Ila behave macam petang semalam...!
0 comments:
Post a Comment