Sekarang boleh update blog seminggu sekali je lah. Minggu ni nyaris tak sempat sbb busy dengan anak² yang demam. Bermula dengan Ieqa, Gurunya call dari Prasekolah bagitau Ieqa muntah. Terpaksalah mintak tolong Wawan jemput dia coz Mama di Kina Kitchen. Petang tu bila ambik dia dr rumah Wawan, memang nampak dia tak larat nak berdiri pun.. lemah sangat. Tak lama lepas tu Tiha pula mengdu sakit kepala. Akhirnya memang kedua²nya demam.
Bila simptom demamnya semakin pelik dan suhunya amat tinggi dan degil, muntah, sakit kepala, sakit kaki & sakit gigi!. Mama bawak kedua²nya jumpa Pakar Kanak-Kanak di Tawakkal. Dr cakap demam biasa, bukan denggi sebab suhunya masih turun bila diletakkan ubat & muntahnya taklah teruk. Masa jumpa Dr Ila dah mula suam² kuku. Dr cek bacaan, masih normal. Masa di Farmasi... Ila muntah! Hmm.. sorang lagi infected! Mama dah pesan kak Kakak² jangan dekat² dengan Ila & dont sharing anything.. Tapi masalahnya si Ila ni yang suka kacau Kakak² yang terbaring lemah tu... :(
|
Budak kuat. Semua orang demam... dia langsung tak terjejas... heehe.. |
|
Baru lepas mengadap Dr... Nampak macam sihat aje kan? Biasalah.. asal boleh keluar.. semua jadi sihat. Tapi sebelum keluar semua ni dah ambik supp. Tiha yang besar ni pun terpaksa guna supp sebab dia akan muntah kalau makan ubat! |
|
First day demam.. very weak.. terbaring aje dekat tempat tidurnya. Bila Mama Solat.. dia pun datang sekali. Tapi kali ni tak larat nak berebut solat atas sejadah agaknya.. Terus tergolek tak bermaya atas pengelap kaki. Kesian sangat.. memang weak dia kali ni... |
|
Ni pagi kelmarin.. mengamuk mintak Mama baring aje dengan dia... Mama tak bolehlah 24/7 nak tergolek dog je kan.. Terpaksa lah pekak kan telinga & sudahkan kerja² yang penting. Sekejap je dia mampu mengamuk, tup tup terus terdiam & tertido (siap sambil pegang cucur di tangan). Ila ni memang tak lut kalau diberi Paracetamol (PCM), kalau demam wajiblah pakai supp (Voren/votaren) tu. Setakat ni tak pernah lagi suhunya turun dengan bantuan PCM. Dah makin kurus baby gemuk Mama ni...
Sepanjang hari, a few time si Ila ni akan terlelap di tempat yang tak sepatutnya. Macam petang tadi, sepanjang petang semua orang tak boleh masuk bilik gara-gara dia tido balik pintu. Dua kali Baba terlupa & tertolak kuat pintu ke kepalanya, langsung dia tak sedar. Ila.. Ila.. Rajuknya ni memang lain dari Kakak². |
Ni pula Birthday Dinner saya minggu lepas. Last minutes plan.. pergi Picknik. Ada tragedi yang terjadi sebelah siangnya. Tapi not in the mood nak story mory so kita tengok ajelah a few gambar yang sempat Mama snap. Banyak makanan kami order tapi Mama not in the mood masa ni... Birthday kali ni rasa hambar aje sebab banyak sangat benda yang berlegar dalam kepala. Penat.. tapi kena tabahkan diri.
Esoknya kami ke Sunway Pyramid. First time kami bershopping hari Ahad kat tempat busy macam ni! Ini aje freetime yang kami ada... terpaksalah!. Kami kena juga eluar cari spek sebab Tiha mengadu matanya tak nampak tulisan di papan hitam. Tiha ni sesuai pakai spek jenama OWL aje.. Kebetulan kedai OWL dia Festival City takde stok untuk spek mini. Maka sampailah kami ke sini.. Memang banyak juga power rabun jauhnya naik, patutlah dia tak nampak!
|
Ngarku or Arrowhead or Senkuang Cina kembali!! |
|
Menggagahkan diri yang tak berapa rajin buat kerepek sengkuang cina ni.... :) |
2 comments:
slmt petang kina
singgah dan follow kina
jom keblog kaknoor ..
thx kak nor.. saya memang selalu ke blog k.nor bila free.. cuma tak pernah sergah k.nor aje.. :P
Post a Comment