PROJEK JEANS

Sunday, January 24, 2016
Lama sudah saya tak share info pasal jahitan or masakan.  Maaflah sebab kekangan masa & banyak lagi urusan lain yang perlu diuruskan segera.  saya pun amat jarang menjahit sekarang ni.  Baru seminggu dua ni aje saya start menjahit semula.  Itupon lebih kepada jahit kain baju yang koyak.  Minggu ni saya ingatkan missi repair jeans my husband tak berjaya gara² mesin rosak.  Sedihnya lah sebab mesin rosak gara² gatal tangan guna vacuum untuk sedut habuk... hahahaha... Nak tak nak saya bawaklah mesin jahit kesayangan ke Patch Cottage Ampang Sabtu lepas.  Miss Wai akan tengokkan dulu, kalau dia takleh tolong, barulah hantar ke technician Brother.

Tapi bila bawak.. elok aje Miss Wai jahit... Aduhh!.. Rupa²nya jarum dipasang longgar.  Patutlah bila saya jahit bunyi macam mesin rosak, jarum pon mcam nak patah², jarak jahitan besar & longgar, cutter takleh guna & benang asyik putus!  Manalah saya tak panik & ingatkan mesin rosak kan.  Dahla saya baru aje bukak & vacuum mesin... hehehe.. Ingatkan dah habis lari part² dalam mesin tu gara² sedutan vacuum... Alhamdulillah.. mesin takde apa², skru kepala saya ni yang longgar sikit agaknya sebab banyak sangat fikir bukan².. hahahah... 

Ni saya nak share cara cikai saya merepair jeans husband petang tadi.  Saya dah pernah tampal bahagian belakang jeans ni & berpuashati dengan hasilnya.. jadi saya nak jahit pula bahagian depan  yang terkoyak juga... huhu..

Ini jahitan yang mula² saya jahit... Suka pulak saya tengok sebab mcm design pulak kat seluar ni.. hehehe... Tu yang excited nak jahit bila sebelah depan pula koyak...

Kawasan yang koyak... memang terdedah kulit si pemakai..

Saya letakkan aje bawah mesin & letak kain di bawah jeans ni.. (boleh juga guna stabiliser).  Saya gunakan kain perca lycra 

Then jahitlah sesuka hati anda.. hahahah... Saya guna jahitan zig zag.. Warna benang takde yang sama dengan kiain, jadi saya ambik warna brown ala² warna benang jeans ni juga.. Ha.. jangan lupa trim segara keserabutan yang ada tu...

Dah siap... jadi macam design pula... Kalau korang tak suka nampak kontra camni, bolehlah cari benang sama warna dengan kain ye...

Sebelah dalam.. Saya gunting lebihan kain tu...
 Haaa.. dah siap tampal bahagian koyak kat atas... Saya mula lah gatal tangan nak repair bahagian lain.  Jeans ni dah terkoyak juga kat bahagian bawah sebab kesan lipatan yang dipijak.  So.. saya nak try potong & jahit semula lah.. Kalau menjadi lepas ni bolehlah saya guna method ni untuk potong jeans.

Haa.. inilah koyakan akibat dilipat & selalu terpijak pula kat situ...

Saya potong bahagian kaki jeans tu & lebihkan sedikit untuk kita menjadit nanti

Kemudian saya potong pula berapa kelabuhan yang perlu.  Saya ni jenis malas nak ukur dgn tape apa semua ni.  Since Hubby selalu lipat 1 aje, jadi saya ambik keratan tadi & kerat jeans tu ikut kelebaran tadi (tekap & saya guris dengan fabric marker).  Pastu gunting aje... 

Buangkan yang lebihan tadi tu (saya simpan, manalah tau nak guna kan...)... Then cantumkan bahagian bawah tu tadi.  Haa.. lupa nak pesan, pastikan jeans ni cutting STRAIGHT CUT ok.. kalau cutting carrot cut ke apa memang kena guna cara lain lah ye...

Dah siap cantum... Waahh... menjadikk!!... heheheh...
Inilah hasilnya...


Memang puashati sangat sebab berjaya menyudahkan projek yang tak seberapa ni.  Maklumlah amatur macam saya ni, berjaya repair getah spende pon dah rasa happy sangat.. hahahah... Satu lagi saya memang ada habit suka repair benda rosak or recycle barang.  Bila berjaya buat, Fuuhh... Punyalah suka.. hari² saya belek hasil kerja saya tu sampailah saya buat projek lain pulak... Pskiko kot?? :P

P/s :  Kalau kain jenis tebal & keras sangat, sila gunakan jarum saiz besar ye macam 14 or 16 ke.  jangan disiksa mesin kita tu atau kepatahan jarum pula!  Kawasan bekas gunting pula, saya jahit tepi (kalau takde setting jahit tepi, boleh guna jahitan zig zag yang rapat elak kawasan tu dari berbulu)...




0 comments:

Post a Comment