Hahaha... Nak gelak kejap. Gelakkan diri sendiri yang selalu aje eksiden bila memasak. Tapi bila dah terjadi krisis yang tak sepatutnya... Usah panik, buatlah sesuatu agar ianya masih boleh dimakan.. :P. Kejadian dah agak lama... Saya rebus keledek yang amat banyak sebelah malamnya (3kg) & biarkan keledek tu terendam dalam air rebusan semalaman. Tanpa disangka²... keledek ku lembik yang amat! Since dah berangan nak makan cucur keria, maka tetaplah akan ku masak keria!
|
Lembik! Langsung tak boleh dibentuk walau slps ditambah tepung. Jadi saya sauk aje dengan sudip besi ni... |
|
Hasil gorengan.... |
|
Gula untuk menyira (cukup sedikit air dimasa dengan gula sehingga berbuih padat & gula sedikit likat). Masukkan kuih, kacau rata & tutup api. |
|
Dah tutup api, teruskan mengacau hingga gula membeku... siap! |
Walaupun rupa keria ku tak serupa bikin.. Rasanya tetap memikat kalbu... heheheh...
|
Yang berjaya di cek mek molek kan... Saya campur dengan keledek lain & tambah tepung... |
|
Cucur badak (alter doh dengan kaedah cek mek molek tadi) |
|
Ada juga baki keledek lembik tu saya jadikan kuih lain... Saya campurkan dengan kisaran bawang, udang kering, cili serbuk & garam... Sedap!!! Cara gorengnya saya gunakan kaedah macam goreng keria yang tak semenggah tadi... |
Alhamdulillah... tiada pembaziran.
Haa.. gambar kat bawah ni pula makanan favourite Tiha & Ieqa sekarang. Dulu dah biasa buat, tapi sekarang ni macam dorang terlajak suka pulak. Agaknya kali ni pembakaran di bahagian atas nampak perfect (sebelum ni telur di bahagian lendir tu masih tak masak, or akan overcook jika saya try bg bahagian lendir tu beku). Baru² ni saya tukar teknik pembakaran.. hasilnya cantik sangat & anak² kerap request sebagai bekalan bila ke rumah Wawan. Mama kan kena ke Kina Kitchen yang selalu ada problem kekurangan staf tu... Jadi kenalah Mama bekalkan makanan untuk lunch dorang berdua ni. Awal² buat konsep bento... nasi, lauk & fruits... biasa bila bukak bekas, buah aje yang licin... nasi pulak dah kesan tergaul kuah la apa la.. membazir aje sbb kena buang! Last² Mama pack asing, nak makan korang ambik sikit & no more nasik! Bread, pasta , wrap dsbgnya... Kalau tak, memang tak bersentuh bekalannya tu.
|
Cara saya : Sapukan butter pada roti, potong bahagian bucu, masukkan dalam ramekin kaca atau acuan muffin (bahagian bersapu butter letak ke bawah, bahagian kosong di pecahkan telur). Jadi roti tak melekat pada bekas & roti juga rangup! Renjiskan sedikit garam & lada hitam...
Bakar pada suhu 180c 15minit.. Kemudian saya setkan grill api atas sahaja selama 1 minit... siap! Buat macam ni telur masak sekata, tidak kering. Tapi cara nak setting oven tu rasanya tgk jenis oven masing² ye.. sbb saya guna microwave convection oven tu...
|
Ehh.. kali ni takde kisah bercuti masa raya cina ke?? Eerr.. nak share ke tak eekk?? Coz tak banyak gambar & lokasi pun tempat biasa² aje... Nantilah.. bila dah takde benda sangat nak dijadikan entry, apa²gambar pun boleh jadi modal kat Kinazone ni...tak gitu??
0 comments:
Post a Comment