TANGO CAFE

Friday, April 29, 2016 0 comments
Agak lama juga kami perhatikan Tango Cafe ni yang dibuka di Taman Melawati.  Kami bimbang juga dari segi status halal nya tu.  Tapi bila Kak Jee buat review di blognya, tak boleh jadi ni.  Kami nak try juga le.  Rupanya ownernya Melayu muslim.  Tak perlu lah tercari² logo halal lagi kan.. Alhamdulillah... Tango Cafe ni berkonsepkan santai.  Deko biasa² aje.. Tapi budak² ni suka la sebab ada section untuk diorang.  Kawasan membaca pun ada...





Bila makanan sampai... jom kita test!  Harganya agak pricey tapi mungkin nak cover kadar sewa & juga cafe sebegini tak boleh memuatkan ramai pelanggan pada satu² masa kan.  Maklumlah tak banyak kerusi mejanya macam kedai mamak tu sebab nak buat konsep santai.  Jadi terpaksa lah adjust kat harga kalau nak bertahan dalam insudtri ni... Saya sendiri pon dah 16 tahun (10 tahun bekerja & 6 tahun dengan perniagaan sendiri) dalam insudtri F&B ni, memang sukar untuk bertahan kalau tak kena caranya.
Tiha dengan Salmon... Tiha cakap sedap cuma potato tu terlajak masin sikit.  Mama yang habiskan potato nya tu sbb Mama dengan Ila memang suka potato.

Cuma Salmon nya dipotong macam ni, jadi bertulanglah.  Memang berkali² saya pesan Tiha hati² bimbang dia tercekik tulang nanti.  Dia dok suapkan si Ieqa juga masa ni..



Carbonara rasanya ni kot (lupa lah.. lama sangat dah pun).... Di hidang dengan garlic bread ni.  Sedap sangat hidangan ni mostly rotinya tu.  Tekstur roti dia memang lembuuttt sangat.. Rasanya the best Benggali yang pernah saya makan.  Memang saya dok belek tekstur roti tu sambil dok suap ke mulut... sedapnyaa!!

Baba ambik Smoke Salmon Sandwich... dihidang dengan tapioca Chips.. Biasa dihidang dengan potato chips kan.. kali ni kita makan dengan kerepek ubi kayu pula.. hehehe..
Overall food dia ok.  Memang worth it & antara cafe tersedap yang kami try.  Cuma menu² ni kami dah selalu makan dari dulu² lagi jadi lambat sikitla untuk kami repeat... :)... Kalau u all ada area Taman Melawati & tak tau nak makan kat mana.  Boleh try Tango Cafe ni.. Tak jauh dari Seven Eleven Taman Melawati...


MARI MENJAHIT CADAR

0 comments
Kali ni takde tutorial... Saja nak share pengalaman menjahit cadar.  Actually kerja mudah aje kalau tahu caranya.  Tapi benda first time, mestilah ada banyak benda yang confusing.  Walaupun happy sebab dah berjaya siapkan cadar sendiri, tapi hasil jahitan kali ni saya kurang puashati sikit.  Mcm kerja orang nak cepat aje.. hehehe.. Mujurlah tak nampak sangat kecuali kalau diterbalikkan & dibelek betul²... hehehe.. 

Kain ni saya beli online tapi saya tak share nama seller nya sebab saya rasa lagi worth it kalau beli di Tewah atau kedai² kain kot.  Bukannya apa.. masa nak beli ni saya pilih macam² corak, tapi habis.. last² saya grab aje la Frozen wara biru ni.  Tu yang rasa tak syok sebab tak dapat design yang saya nak.  Tapi masa ni nak pakai urgent, saya main grab aje la.  

Masa mula² dapat kain ni kami buat cover untuk lapik tido dulu.  Saya minta Baba potongkan kain & jahit.  senang aje sebab buat konsep ala² sarung bantal, caranya pun sama.  Takde tutorial ke apa, bentang aje lapik tu, ukur & potong. 
Baba ditemani budak kecik yg kusyuk menonton.  Nasib baiklah Ila ni tak kacau sangat walaupun adala percubaan larikan barang² tu sekali sekala...

Punyalah dah lama saya buat cover ni, sampaikan wallet buruk saya ni masih wujud lagi.. hehehe...
Dah siap!  Jadi bolehlah dibuka & dibasuh cover nya tu...

Kemudian bermula lah projek menjadit 2 cadar single, 3 bolster & 4 sarung bantal!  ambik masa yang agak lama kerana buat kerja sambil²lan... & paling memburukkan keadaan & membuatkan Mama stress, Baba alergik dengan habuk kain ni!!!  Tiapkali saya menjahit, malamnya dia merungut miang... Habis naik tompok² merah belakang badan.  Terpaksa la dia mandi malam² buta & tukar cadar tidur.  Barulah ok.  Adehh.. tesennya Mama sebab kena tukar cadar tiapkali lepas menjahit sbb mesin jahit ni kan tepi katil.  Jadi habuk² tu memang akan bertebaran atas katil.  Utk kita yang normal ni takde hal pun, even tak nampak pun habknya.  Tapi kalau spesis Baba yang sensitif dengan fiber tertentu memang terukla akibatnya kalau dibiarkan... Last² Baba tido dengan anak² je dulu sementara Mama siapkan projek kali ni.  Bila cadar ni siap & dibasuh, memang takde masalah dah la.  Dia alah dengan habuk yang keluar dari kain ni selepas digunting. 
Ini cara kita nak jahit getah pada hujung cadar supaya cadar tu jadi fitted sheet.  Part ni saya fail mulanya.. tapi bila dah tau kat mana silapnya.. Oh.. takde lah susah mana.  Gunting getah tuh 3/4 atau 1/2 aje dari ukuran yang nak diliputi getah tu.  (Getah dipasang sepanjang bucu di bahagian bawah & atas cadar).  Time menjahit, jahit dulu getah tuh menegak (utk lekatkan pada kain) kemudian tarik semaksimum mungkin & jahit atas getah tu.  Masa jahit ni tangan kiri tarik sikit kain yang belakang (part ni yang saya tak tahu sebelum tu). Untuk senang, tanda bahagian tengah getah & kain tu ye & masa menjahit boleh agaklah getah tu cukup ke tak untuk separuh bahagian lagi.  

Dah siap satu.. terus test... heheheh...

Ini pula tali bolster... Saya guna bias tape maker buat bias tape kemudian lipat dua dan jahit.  Kemas sangat buat tali guna kaedah ni.  Boleh juga beli tali untuk buat barut atau bias tape (lis) yang dijual kat kedai tu, lipat 2 dan jahit.  Sesetengah orang pakai riben aje.. Mana²lah ye...

Alhamdulillah.. selesai juga.  1 cover lapik tidur, 2 cadar single, 3 bolster & 4 sarung bantal.  Cukup² je kain tu.  Misha paling excited sebab bolster dia selama ni takde cover sebab saiznya kecil sikit.  Baru sekarang bolster nya tu berbaju... hehehe...


Untuk jahit cadar ni semua memang Baba yang ukur direct dari tilam & potong sendiri.  Takde ikut tutorial.. just perhati cara orang jahit.  So saya pun tak boleh nak suggest mana² blog yang ada provide tutorial ke apa ye... 





MEETING UNCLE STEPHEN AND THE FAMILY.. AGAINN!!!

Friday, April 22, 2016 0 comments
Rutin Uncle Stephen tiapkali datang ke Malaysia, pasti tak lupa melepak dengan bestfriend nya or Baba.  Kalau dah jumpa, pasti aje ada ole² dari Stephen & Inez.  Naik segan juga dibuatnya.. Memang tak terbalas kami...  Moga² makin bertambah rezeki Stephen & Inez yang amat pemurah ni!

Pagi tu Stephen datang melepak & sarapan dengan Baba di Kina KItchen.  Bila Baba sampai rumah... Waahh!!  Ada ole²... Memang terlompat² macam beruk kena belacan lah kan.  Maklumlah.. hadiah² pilihan Auntie Inez ni biasanya memang 'a dream come true' untuk budak² ni.  Mujur masa ni Ieqa & Tiha tak balik sekolah lagi... hehehe...

Misha bukan main seronok.. tersengih² non stop.  Pandai betul Auntie Inez teka apa favourite cartoon Misha.. Hebat betul!

Misha dengan hanphone Peppa Pig!!  Kalau nak tau, memang inilah kartun favourite dia dari dulu... Ila tu tak la gilakan sangat Peppa Pig, tapi tetap nak rampas toys Kakaknya.  Ila pula dapat toys ala² carnival.  Tiha & ieqa pula??? SHOPKINS!!!  Haa... ini memang toys idaman Tiha dari darjah 1.  Katanya ramai kawan²nya ada.. Tapi Mama & Baba buat² tak dengar.  So bila Mama tengok Auntie Inez belikan shopkins ni, tak dapat Mama bayangkan macam mana happy nya dia.  Sekali lagi Mama kagum dengan Auntie Inez yang somehow terror baca fikiran budak² ni.  Tiha punya excited, sampaikan dia buatkan rumah dari kotak untuk shopkins nya tu.  Boleh tahan cantik tau.  Dia mintak permission untuk ambik kotak kasut.. Tup.. Tup.. Siap dah rumah untuk Shopkins tu.  Saya nampak Tiha memang ada talent buat kerja² DIY.  Dia memang ada imaginasi tinggi... Mama boleh tabik kat Tiha dalam bab ni.

Sebelah petangnya pula sessi anak² berjumpa Uncle Stephen sekeluarga.  Kali ni diorang stay dekat aje denga Kina Kitchen.  Senanglah kami nak bertandang!..

Maka... Bergeraklah kami ke The Garden Residence, Mid Valley... 
Kembar tak seusia...
Ila memang close dengan Ieqa & Ieqa pun pandai layan dia... Elokla tu, perangai & rupa memang serupa!

Ini pula kembar tak seusia juga... Perangai dua orang ni sebijik² & rupa paras pun boleh nampak sama acuannya... 

Uncle Stephen yang sempoi.. 
Kali ni Stephen & Fams bercuti bersama kawan diorang dari Hong Kong.  Dulu kawannya ni pun tinggal di Australia & belajar sama² dengan Stephen & Inez.  Memang ramai rakan² Stephen & Inez ni.. Diorang ni memang jenis friendly, so meestilah ramai kawan kan...
Si Gemuk ni paling excited!  Cuma Mama geram, kerjanya asyik nak berebut barang dengan Cassidy.  mujurla Miss Cassy tu baik aje.. sanggup share semua barang dia.  Notti betul baby Mama ni.. 

Ieqa ni diamm & nampak toye aje... Dia memang akan jadi macam ni bila ada ramai orang... Dari kecik lagi dia panik kalau bukan dengan family... 

Masing² tekun dengan projek yang Auntie Ling bagi...

Auntie Ling & Inez yang sentiasa friendly 

Misha dengan hasil tangannya.. Boleh tahan tekun dia sebab berjaya siapkan projek ni tanpa bantuan!  Auntie Lin pun kagum tengok dia tak give up mengadap benda rumit ni (Mama pun tak jangka dia boleh buat... hahahah..)... Muka dia masam habis masa ni sebab Ila dok sibuk nak block dia dari bergambar!!
Lama juga kami melepak kat sini... By Maghrib barulah beransur minta diri...





Semua happy dengan hasil kerja masing².  Ieqa yang paling cepat siap... Lepas tu dok membatu sorang² tak tau nak buat apa.. hehehe...


Dan... Dinner lah kami di Carl's Junior... Fries & Burger kat sini memang UUmmpphh.. Cuma harganya tu yang kurang UUmmpphh.. :P



Habislah sessi melawat Uncle Stephen... Esoknya Uncle Stephen bergerak ke Bali pula selama seminggu.  Seronoknya boleh pegi vacation selalu macam tu kan?  Kita ni nak jalan² dalam Malaysia pon dok hitung² ongkos... hehehe.. 



MASAK-MASAK

Thursday, April 21, 2016 0 comments
Asyik² kisah menjahit aje... Kali ni saja nak selit pasal masak-memasak sikit.  Makanan biasa² aje...

Daging black pepper yang ditambah kentang (digoreng dahulu) dan green peas.. Rencahnya saya just kisar bawang, bawang putih, halia & blackpepper... Letak sedikit minyak & masak sekali dengan daging.  Boleh tambah sos tiram or sos blackpepper jika suka.  Kali ni saya guna daging batang pinang, jadi masak sekejap aje supaya daging tidak chewy.. 
Bawah ni pula percubaan buat donut tanpa uli.  Biasa buat donut guna Breadmaker, kali ni test resepi donut yang dikatakan sedap ni.
Yis.. kalau berbuih² tu maksudnya yis daku masih hidup...eheheh..  Yis lama ni, bertapa dalam freezer 
Dry ingredients...
Digaul sekali... Cuma yang pelik sedikit, dohnya very dry.  Kalau ikutkan resepi doh akan jadi agak lembik.  Tak tahu lah kalau saya yang tersilap... Kalau di resepi pun 1 cawan air : 4 cawan tepung 
Walaupun donut saya kali ni tak berapa naik dengan jayanya... Tapi rasanya teramat sedap.  2x goreng aje, habis!  Saya pasti akan buat lagi!  Next time saya share resepinya tu ye.. or boleh search donut tanpa uli..

Favourite anak²... Tiapkali buat pizza, memang saya buat 3 extra large pizza (13") tu pon masing² tercari² lagi esoknya tu... 
Bila tak habis saya simpan di peti (bekas berttutup/wrap dengan wrapping film) then bila nak makan saya grillkan sekejap (2 minit).. Kalau guna microwave 30-40 saat aje dah cukup!  
Beberapa minggu sudah.. Tiha ajak kawan²nya siapkan kerja berkumpulan subjek sains.  Dua orang aje yang datang..



Tiha memang suka aktiviti macam ni.  Banyak juga hasil tangan dia buat sendiri... Rumah, tabung, bekas².. So bila ada projek macam ni memang dia yang paling over...
Saya sebenarnya was² bila dia mention kawan² nak datang siapkan kerja sekolah nya tu.  Jadi takde la nak memasak sakan, tambah² kami ada jemputan ke majlis perkahwinan hari tu.  Tiha ni pula jemput kawannya datang jam 12.30 (saya memang tak tanya detail sebab assume takde yang datang!)... Tup² pukul 11.30 ada Mak kawannya call bagitau nak datang lewat sebab nak bagi anaknya lunch dulu etc.  Anaknya tu habis tuisyen 12.30... Since kami nak kena ke majlis perkahwinan dalam jam 2.00, saya mintak Mak kawannya tu hantar aje.. Takpe... biar aje dia lunch kat sini.  Makaa...
Saya siapkan lasagna... Menu instant kalau dah ada kuahnya tu.  Dessert pula saya just hidangkan baki brownie yang Adik saya beli dari kawannya.. (kami kurang boleh hadap dessert yang dibeli sebab selalunya tahap kemanisannya yg tinggi)
Bukan main berselera kawan Tiha makan.  Bertambah² lagi.. Walhal bukan main pemalu budaknya... Time nak balik saya bungkuskan sedikit lasagna sebab nampak macam dia masih tak puas makan.  Bukan main ceria dia dapat bungkusan lasagna tu. Lagipun saya rasa serba salah kalau biarkan dia balik dengan tangan kosong sebab Ayahnya bawak bukan main banyak Puff & dessert tadi!  Mungkin bimbang saya tak sediakan makanan sebab sebelum tu over the phone saya just cakap, takpe la nanti diorang makan je la apa yang ada... hehehe... Masa tu saya pun tak pasti lagi apa benda yang boleh dijamu dalam masa yang singkat tu.

Banyak lagi gambar makanan dalam phone saya ni... Tapi cukuplah ni dulu kan... Dahla semuanya makanan biasa² aje... :)