Salam Ramadhan semua...!! Kali ni rekod paling lama saya menyepi rasanya... Sorry sesangat. Last 3 weeks before Ramadhan saya memang bersiap ke kedai seawal 5 pagi. 2 minggu pertama terpaksa tumpang rumah Mak Mertua coz senang MIL nak hantar Ieqa & Tiha ke sekolah. Minggu ke 3, semua anak² ikut. Maka Mama dapat extra pekerja. Tiha jadi tukang potong bahan (timun, telur etc) & bila kedai buka, dia lah Cashier Kina Kitchen. Memang dah takde pilihan.. terpaksalah kami anak beranak struggle.
|
Mujurlah baby notti Mama ni makin Ok. Dah kurang aktiviti 'bergombeng' di siang hari. Lagipun Mama busy kat dapur, memang tak keluar dari sana selagi semua makanan tak complete. |
Oh ye... baju Ila pakai ni Baba yang potong, Mama jahit guna denim lycra. Nampak cozy sangat...
|
Tengah menyanyi sambil pakai puppet (cash register audit roll.. hehehe)... Bila kat kedai memang macam² aktiviti diorang. Terpaksalah kan kalau tak nak kebosanan. Datang gelap, balik pun dah gelap... Kesian anak² Mama. Mujurlah semuanya suka jadi pekerja Kina Kitchen. Macam Ieqa tugasnya clear table & lap pinggan mangkuk. Misha tolong sikit². Ila pun kadang² join jugak. Tapi tugas utama dia biasanya laung... "Bayar..Bayar..." bila nampak ada orang datang ke cashier... hehehe.. Senang sikit. Ada alarm.. |
Sebelum cuti tu Tiha ada lawatan pula. Gigihla Mama jahitkan 2 hlai tudung hitam & a few helai sarung tangan panjang. Tiha memang dah terbiasa menutup aurat, jadi dia memang tak mahu pakai baju berlengan pendek. Jadi Mama jahitkan sarung tangan ni untuk dipakai dengan mana² baju T yang berlengan pendek. Maklumlah baju T lengan panjang memang mahal & limited pilihannya.
|
Saya jahit a few colors - Hitam, grey, biru & coming soon purple & pink. |
|
Senang aje... ambik ukuran tangannya & kelabuhan yang kita nak.. jahit. sebelah atasnya saya pasangkan getah.. Kain ni jenis mixed cotton (t-shirt) yang saya beli dengan Zaza ( FB Zazaria Celection) |
Minggu sebelum kami tekun dengan Kina Kitchen, Misha mengadu sakit telinga. Kami bawak ke Pediatrician Tawakkal sebab bimbang lah kena ear infection ke apa. Dia dengan Ila memang demam dah seminggu lebih masa ni. Tapi saya tak bawak ke Dr sbb nampak suhunya under ctrl. Bila dia start mengadu sakit telinga & sampai takut nak mengunyah makanan, pergi ajelah jumpa Pakar.
Sampai² aje nampak ada kereta golf panggil kami. Ehh.. sekarang dah ada servis kereta bugi ye..
|
Bukan main suka lah ni... |
|
Ila dengan Baba jadi Co-pilot |
|
Sessi temuramah dengan Dr 'Baik'. Inile Dr favourite anak²... Dr Tiha lagi ini ajelah Paed kami... |
|
Laaa... Taik telinga keras puncanya... Byk sangat bijih terkumpul ye.. Nasib baiklah bukan infection.. |
|
Dr bekalkan ubat cairkan tahi telinga ni untuk dipakai. Sapa² pun boleh pakai ni untuk bersihkan telinga. After a few days pakai, Misha dah tak mengadu sakit lagi dah... Lega Mama. Coz Dr dah pesan, if lepas pakai ubat tahi telinga tu still tak keluar, terpaksa lah ke ENT pula... Alhamdulillah dah tak perlu ke sana.
|
0 comments:
Post a Comment