KINA KITCHEN

Wednesday, March 29, 2017 0 comments
Entry ni sepatutnya dah settle by last week.  Tengah syok menaip, komputer restart pulak.  Hilang mood nak mengarang banyak².  Sejak ada Page Kina Kitchen, kenalah merajinkan diri sikit update personal FB dan juga Page Kina Kitchen tu.  Kat bawah ni antara aktiviti yang dah saya update di Page/personal FB saya 

Kari Ikan... Kat Kina Kitchen pun ada ni. Kari saya memang style utara sebab dari kecik hari-hari mengadap Kari cara Utara.  Ayah saya tu hantu Kari... Kalau takde kari, tak berseleralah dia makan.  Memang dah biasa sangat saya masak kari untuk Ayah dari kecik lagi...
 Kat Kina Kitchen juga ada Asam Pedas Ikan Pari.  Saya ke Melaka semata-mata nak dapatkan rasa Asam Pedas yang ori tau. Alhamdulillah... ramai sangat yang cakap Asam Pedas Kina Kitchen rasa ori, sebijik macam kat Melaka.  Kawan saya sendiri ada wassap cakap yang dia bertambah² makan sampai 3x sebab enjoy dengan Asam Pedas kami.  Saya happy sangat kalau dengar orang puashati dengan menu yang kami sajikan.  Itu memang matlamat saya sejak awal berniaga lagi.  Saya nak semua orang enjoy dengan menu-menu kami dan menikmati dengan kepuasan.
Siput Sedut kami digabungkan dengan sayur keladi tau!  Nak cuba boleh cari Kina Kitchen di Waze atau Google Map.  Boleh juga lawat Page Kina Kitchen di Facebook untuk tengok apa lagi yang ada di sana... 
 Baru² ni ada order menu western style.  Saya jarang sangat nak ambik order macam ni atas banyak faktor.  Tapi kali ni entah kenapa saya terbuka hati untuk terima tempahan ni.  6 dishes saya kena masak sekaligus.. memang kerja gila!  Dahlah order masuk ni last minutes,  hari tu saya shopping, hari tu juga saya kena start prep etc.  Tak apalah.. kiranya pengalaman juga la ni kan...
Cinnamon Rolls... Saya tak suka letak gula banyak²... Takut manisss sangatt

Sedang dinaikkan.... 

Whipped potato... Semua saya guna bahan ori, takde instant produk... Potato pun saya gunakan US supaya lebih gebu dan kurang kanji.  Gravy nya saya masak atas pan sisa grill ayam supaya dapat flavour yang sedap.

Cinnamon rolls... Lama juga saya tak buat ni... Bimbang pulak tak jadi... ahakss..

Lasagna...

Sos pasta saya buat lebih... Banyak gunanya ty.  


Ada juga Cheese Trifle dan Puding Karamel..

Whipped potato tadi dipadankan dengan grill chicken dan vege ni....

Shrimp Aglio Olio.. Saya gunakan olive oil untuk dapatkan rasa Aglio Olio yang sebenar....
Lasagna
Cinnamon Rolls dah siap mekap.. Topping tu ialah cream cheese.. Adehh.. terliur sudah...!!!


Makanan terhidang... Birthday party ni..
 Baki makanan, jadi lah menu anak².. Bukan main seronok diorang sebab dah lama Mama tak masak menu² ni semua.  Happy tengok anak² pun enjoy makan...
Baki 2 biji.. dapatlah Mama & Baba merasa sorang seketul... Tiha dengan Ieqa bawak bekal ke sekolah.  Tiha siap kena sorok sebab kawan²nya memang suka Cinnamon Rolls.  Tiha kata "diorang cakap, Cinnamon Rolls Mama lagi sedap dari yang Cinnabon punya!".. Tiha pun ada mention kawan² mintak saya jual, saya sedang pertimbangkan sebab bimbang Mak Cik Kantin marah pulak.  Tapi kesian juga kawan² Tiha dah lama request Cinnamon Rolls ni..
OKlah.. nak kena stop.. Makin sakit bahu dan leher saya ni.  Dah 3 hari tersiksa gara-gara salah bantal.. huhuhuuu... 



BROWNIE WITH CHEESE

Wednesday, March 22, 2017 0 comments
Ini resepi hentam keromo saya cipta semata-mata nak habiskan stok cheese dalam peti.  Tak sangka pulak bukan main suka tetamu saya dengan Brownies ni.  Bimbang juga saya masa nak jamu.  Siap terfikir untuk tak hidang brownies tu sebab was-was.. hehehe..

Saya masak 1 bekas ni.. Tinggal suku bahagian aje.  Sampai esoknya anak² dok tanya-tanya ada lagi tak Brownies???  Next time la Mama buat lagi..
Adunan Brownies tu you all boleh guna mana-mana resepi brownies yang korang suka atau boleh guna resepi brownie saya yang dulu-dulu ni.  Ada banyak juga resepi Brownie yang saya simpan, tapi tiapkali nak buat mesti aje nak cepat.  Jadi saya guna aje resepi lama ni sebab dah biasa & not bad kejadiannya.

Untuk bahagian cheese pula :

250g cream cheese
1 biji telur
Sedikit gula/susu pekat (ikut kemanisan masing-masing)
Sedikit perahan lemon/yogurt (tak nak pun tak pe)

Gaul sebati dengan mixer or senduk

Cara saya nak bakar brownie ni... Saya letak dulu adunan brownie di bahagian bawah dan simpan 1/4 cawan adunan Brownie tadi.

Tuang adunan Cheese sampai habis.

Tuang pula baki Brownie yang disimpan tadi dan lorek-lorek dengan lidi.

Bakar pada suhu 170c selama 25-30 minit.

Siap!!!





WEEKEND LEPAS

Friday, March 10, 2017 0 comments
Kebetulan terjumpa pula gambar weekend lepas. Gambar dari handphone hubby.  Saya pesan dekat dia, tolong ambil gambar makanan, as usual.. lupa juga akhirnya.  Wife kawan husband pun datang juga dengan 4 orang anaknya.  Tapi semuanya takde gambar.  Inilah sessi testing Nasi Arab yang saya masak tu.  dari sessi makan Nasi Arab, jadi sessi reunion pelajar lelaki kelas dia pulak.  Mana taknya.. diorang bertiga the only kumbang dalam kelas tu.. hehehe.. 
Salah satu menu - puding karamel.  Antara dessert yang selalu saya terima tempahan.  Resepi ada dalam blog ni juga, entry dedulu

My hubby and the classmate.. that guy yang duduk di antara my hubby and Acai tu saja tumpang sekaki.  Dia ni ada banyak restoran siam tau. Salah satu restoran Riang-Riang di area Pantai Dalam.  Tak sempat nak berbual panjang sebab saya sibuk ke dapur dan melayan tetamu.  Dia ni Abang kepada geng² hubby & Acai masa zaman Bujang dulu.  Memang restorannya jadi pot makan Acai tiap² hari pon.. hehehe..

Paling saya happy, semua makan non stop!  Mostly mat salleh jadian tu.  Dia memang tak suka ayam.  Tapi hari ni nampaknya dia paling over!  3x menambah.  Saya masak 2 ekor ayam, yang tinggal hanya bahagian kepak aje seketul... 
 Jangankan menu heavy.. Bila saya keluarkan dessert, pun laju aje diorang makan.  Wife kawan my husband pun request resepi puding karamel.  Maskor (owner Riang-Riang) pun dok cakap sedap sebab baru first time dia rasa kuih tu.  Acai pula dok balun brownies.  Saya rasa brownies kali ni taklah perfect sangat kejadiannya, tapi bila tengok semua orang makan dengan nikmatnya... Oklah tu.. Dahlah saya reka aje part cheesenya tu.  Nasib baiklah jadi rupa brownies.. hehehe...
Ini aje gambar dan baki brownies yang tinggal.  Saya buat 1 loyang besar.  Anak² pun berebut² makan malamnya tu sampai tak cukup pulak!  Resepinya saya share dalam entri lain lah ye.  Nanti susah saya nak cari balik kalau sumbat dalam post ni

AKTIVITI

Sunday, March 5, 2017 0 comments
Salam.. Nak ikutkan malas nak blogging malam ni, tapi gagahkan diri jua sebab lagi dilayan penyakit M tu.. makin menjadi² lah jawabnya.  Lately ni saya sibuk mengurus itu ini.  Antaranya tadi kami ada tetamu (rakan sekelas Suami) yang datang untuk test Nasi Arab Kina Kitchen.  Baru aje berapa suap.. terus nak confirm order.  Tapi masa tu dia cakap.. "Boleh ni nak hantar Labu??.."  Saya still blurr.. dia nak buat kelakar ke apa. Dah berkali² dia tanya baru saya faham.  Aduhh.. Tempahan tu rupanya untuk Surau Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (sekolah lama suami) rupanya.  Bukanlah Surau Bukit Antarabangsa seperti yang Suami sangkakan... Hahaha... Matila nak carter tempahan kat tempat jauh macam tu.  Tak apalah.. dia bagi masa untuk kami fikir dulu. Nantilah kami fikirkan kemudian... 

Selain dari tu, projek menjahit masih berjalan seperti biasa.. Antaranya kami cuba buat Palazzo menggunakan pola sendiri..  Saya tak boleh share lagi carta pembuatannya sebab kena tunggu nota dari my hubby.  Saya kan tukang jahit aje, dia yang memola and potong kain...
Palazzo dan t-shirt air tangan Baba dan Mama





 Selain dari tu dapat tugasan menjahit langsir yingkap dan pintu rumah Mak kat Jengka.  Banyaknyaaa nak kena jahitt!!  Ku gagahi jua la.. Alhamdulillah.. baru aje siap.  Cuma bahagian bawah saya sambung kat Jengka aje sebab potongan kain ni senget benget.  Adik tukang potong... Jadi saya was-was nak siapkan bahagian bawah tu.  Nanti balik kampung, saya ukur dan sudahkan bahagian bawahnya ajelah...
 Inilah Nasi Arab dan Mandi Chicken hasil tangan saya...

Takat ni ajelah yang larat saya share malam ni.  Tadi saya buat juga Brownies bercheese.  Tapi semuanya takde gambar sebab memang huru hara habis tadi sebab tiba² aje gas habis masa saya tengah tanak nasi!!!  Jenuh Suami ku mengusung gas naik ke tingkat 3.. huhu... Macam manalah dua² tong gas boleh habis serentak pula!!