Salam.. Nak ikutkan malas nak blogging malam ni, tapi gagahkan diri jua sebab lagi dilayan penyakit M tu.. makin menjadi² lah jawabnya. Lately ni saya sibuk mengurus itu ini. Antaranya tadi kami ada tetamu (rakan sekelas Suami) yang datang untuk test Nasi Arab Kina Kitchen. Baru aje berapa suap.. terus nak confirm order. Tapi masa tu dia cakap.. "Boleh ni nak hantar Labu??.." Saya still blurr.. dia nak buat kelakar ke apa. Dah berkali² dia tanya baru saya faham. Aduhh.. Tempahan tu rupanya untuk Surau Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (sekolah lama suami) rupanya. Bukanlah Surau Bukit Antarabangsa seperti yang Suami sangkakan... Hahaha... Matila nak carter tempahan kat tempat jauh macam tu. Tak apalah.. dia bagi masa untuk kami fikir dulu. Nantilah kami fikirkan kemudian...
Selain dari tu, projek menjahit masih berjalan seperti biasa.. Antaranya kami cuba buat Palazzo menggunakan pola sendiri.. Saya tak boleh share lagi carta pembuatannya sebab kena tunggu nota dari my hubby. Saya kan tukang jahit aje, dia yang memola and potong kain...
Palazzo dan t-shirt air tangan Baba dan Mama |
Inilah Nasi Arab dan Mandi Chicken hasil tangan saya...
Takat ni ajelah yang larat saya share malam ni. Tadi saya buat juga Brownies bercheese. Tapi semuanya takde gambar sebab memang huru hara habis tadi sebab tiba² aje gas habis masa saya tengah tanak nasi!!! Jenuh Suami ku mengusung gas naik ke tingkat 3.. huhu... Macam manalah dua² tong gas boleh habis serentak pula!!
0 comments:
Post a Comment