KITTEN BARU

Thursday, May 18, 2017 0 comments
Dalam pada plan nak kembiri kan Manja... tup..tup.. dah buyong semula.  Takpe lah... rezeki... Terimalah seadanya.. hehehe... 

Manja ni penyanyang and very smart jadi takde masalah sangat kami nak handle dia and anak².  Kalau nak tau, Manja pun baru aje dapat cucu tapi sayangnya nyawa kittens tu semua tak panjang.  Macam² dah kami usahakan.. beli susu khas, suap susu setiap 2 jam (baby tak pandai hisap dari Ibunya).  Saya rasa mula² semuanya ok, until Comot berjangkit demam dengan Comel... mungkin anak²nya pun terkena jangkitan jadi semuanya berkeadaan lemah.  Comot pun baru first time dapat baby.. jadi tak berapa pandai nak handle.  Sampaikan saya mintak tolong Manja mandikan kitten and stimulate berak kencing baby Comot tu.  Kalau nak tau, nweborn kitten takleh berak dan kencing sendiri.  Perlukan bantuan ibunya untuk menjilat bahagian² tu untuk diorang membuang.  Sedihnya saya nak menghadapi kematian seekor demi seekor anak² comot.  Saya set alarm dan bangun selang 2-3 jam dan tetap feed diorang walaupun deep inside saya tau memang dah takde hope.  Tapi tak sampai hati nak biarkan kittens tu mati macam tu aje.  Hampir 7 hari jugalah anak kucing yang terakhir tu bertahan... Allah... sebaknyaaa... (sepanjang masa ni, tiapkali feed diorang, menitis juga air mata ... huhuhu..)

Ini Lala... kucing yang saya rindui.  Lala dah lama menghilang... hanya satu doa saya.. Lala dijaga dengan baik walau di mana juga dia berada.  Lala ni paling rapat dan Manja dengan Saya.  Saya snap gambar ni (gambar terakhir Lala) just rasa kelakar tgk dia suka tido atas lapik kaki yang sama warna dengan dia.  Memang sealu saya terpijak pon!!   Tiapkali tengok alas kaki ni... Mmg terbayang² Lala kesayangan....Dah takde kucing notti curi telur ayam dari dalam sarang malam²... huhuhu.. Dulu selalu mama marah perangai notti dia ni.  Pantang nampak telur, pasti dipecahkan!!  Sekarang nampak telur pun Mama teringat Lala!!  Miss sangat nak kiss & hug lala yang manja & puffy tuu... Lalaaaaaa!!!!

Since Comel & Comot dan besar, Lala dah takde.  Inilah penghibur baru kami.. Kiki, Belang, Tompok & Caca
Antara semua.. belang paling cantik.  Corak bulu macam Musang & tebal.  Tapi Caca ni jadi kesayangan Mama sebab karektor nya yang menghiburkan... Asal dia lintas aje, memang Mama grab... Mama picit and kiss puas².  Terubat sikit rindu kat Lala... huhuhu...

inilah Belang.. Time ni dia demam.. tu muka moyon & mata kuyu aje.  Alhamdulillah sekarang semua dah sihat & membuas!!

Bawah ni si Caca yang notti & biol... hihihi..




Masa awal² lahir dulu kami angkut bawak balik kampung.  Sekarang ni kami tinggal aje kat rumah, mintak tolong Uncle Acai tengokkan or tinggalkan makanan banyak² dalam rumah... 


Saya harap janganlah Comel or Comot beranak lagi dah.  Phobia saya kalau kittens mati macam tu.  Tambah² dua² ekor tu naif lagi... tak pandai nak uruskan baby.  Memang biasa kelahiran sulong kucing akan ada masalah macam ni.  Tapi saya tetap tak sanggup nak hadapi... Harap² berjayalah kami cari tempat untuk neuter diorang (tak nak pegi swasta.. no budget.. huhuhu...)..

DOH ASAS FRANCISCA

Wednesday, May 10, 2017 0 comments
Kembali bersiaran... Kali ni saya nak share 1 lagi doh asas roti.  Not bad jugak.. kat bawah ni kejadian roti² dari doh asas ni.  Kalau u all perasan, skill membentuk roti saya sekarang banyak yang improve kan?  Kalau dulu, segan nak tayang, walapun hasilnya lembut tapi rupa parasnya memang tak boleh blah.. hahaha... Tapi setelah curi ilmu dari sana sini dan sedikit kesabaran.. Alhamdulillah.. hasilnya tak mengecewakan.  Malahan selepas saya mencuba pelbagai resepi, saya semakin yakin nak ubahsuai resepi, nak hasilkan doh resepi sendiri pun dah boleh rasanya.  Seboleh mungkin roti hasil tangan saya memang tak letak softener, improver atau benda² lain tu.  Saya suka roti yang natural dan juga lebih menyihatkan.  Oh ye.. resepi ni antara resepi yang menggunakan kurang marjerin.  Saya copy paste balik resepi tu ye : 

Bhn2:
✔ 400g tepung high protein
✔ 100g tepung gandum
✔ 225ml air sejuk
✔ 80g gula kast0r
✔ 30g mentega
✔ 20g tepung susu
✔ 11g yis
✔ 1 biji telur gred B
✔ 5g SuperBake (blh gnti dgn mna2 jnis bhn plmbut yg lain dgn 1sk shja) (saya tak letak)


Cra uli gna tgn:
* gna air suam utk aktifkn yis…
👉 Lrutkn yis dan gula dlm air suam dan biarkn brbuih dlm 15mnt. Msukkn tlur. Kcau sdkit.
👉 Dlm mngkuk adunan, cmpurkn tpung, t.susu dan S.Bake. Msukkn cmpuran yis skit2 ke dlm mngkuk adunan dan uli dgn tgn. Msukkn mntega. Uli hgga mnjdi d0h yg tak mlekat ditgn shgga lmbut, lcin dan elastik.
* (uli dlm 15-20mnt - nak lbh lgi lmbut blh uli lma skit).

Cra uli gna Bm:
👉 Msukkn bhn bsah diikuti bhn kring : msukkn air sjuk, tlur, mntega, gula, tpung, S.Bake, t.susu dan yis. Tkan btang "D0ugh" dan "Start". Biar Bm buat krja. Bm sya uli skali dgn prap 1jam1/2… jdi sya tgu hbis uli 1/2jam trs bntukkn tak tgu 1jam utk prses prap.

First time buat bun kacang merah.. Kurang cantik lagi ni..

Terpaksa squeeze dlm satu loyang sebab dah takde loyang besar
Roti chicken meatlof (saya gulungkan chicken meatloaf sebagai inti)
Roti sosej
Sedekah dekat Wawan sedikit
Ni second round. Saya guna 1kg tepung... As usual tukang mekap ialah Tiha.  Dia timbang, saya just tolong rounding and dia sambung.  Bun kacang merah saya yang buat sbb Tiha walaupun dia suka buat kerja² ni, tapi dia jenis slow sikit. Kalau buat cookies atau prepare bahan, x kisah lagi.  Saya tinggalkan aje dia buat sampai siap. Tapi benda² libatkan yis tak cun lah kalau berejam tergolek macam tu aje... Karang kering dan terlebih kembang doh nya tu.
Roti telur rebus.  Tekankan aje telur rebus yang dibelah dua atas doh kemudian tabur blackpepper, picit mayo dan cheese... Saya buat 10 biji (doh 50gram).. dan² tu juga habis!  Anak² memang suka telur.. memang tak pelik kalau diorang suka sangat roti ni...

Ni ala mini pizza juga.. just sapu kuah spaghetti dan tabur cheese

Yang ni grill chicken... baki dinner malam sebelum tu.  Slicekan aje chicken tu and tambahlah perasa lain atas tu.  Grill chicken saya ni dah 'strong' spice nya tu.  Saya just suruh Tiha picit mayo dan tabur sedikit cheese.  Dah warn dia jgn tabur cheese byk, jaga budget!!! .. hehehe.. 

Bun kacang merah.. Kali ni dah lawa sikit dari first time tu... :) .  Atasnya tu saya tabur chia seed sbb takde bijan or any nuts



 Oh ye.. dengan doh yang sama saya buat bun kosong juga.  Bun ni dah terlebih naik sebab giliran ke 5 pembakaran.  Maklumlah oven kecik.  Maka kedut seribulah rupanya tu.  Next time saya nak kurang kan yis sikit bagi lambat sikit pengembangan doh tu.. 

Inilah rotinya... Saiznya pun besar kecik sbb nak muatkan jugak doh tu dlm ni.  Malas dah nak rounding semula.. hehehe.. 

Saya potong 2 roti tu

Letak inti (saya guna kuah spaghetti yang pekat.. dah ada daging, mushroom semuakan).. then tabur cheese.  Inti tu you all boleh suka² aje nak letak inti apa.  Ini karipap ke, baki steak or daging blackpepper ke, scramble eggs ke.. tak kisahlah.. be creative ok..

Tutup semula

Saya tutup dengan foil, bakar 180 selama 10 minit.. bukak foil dan bakar lagi 10 minit.. 

Dah nak habis makan baru teringat nak snap... Settle!

Haaa.. puas hati saya dapat post entry yang dah lama tertunggak ni.  Banyak lagi entry lain yang menanti.. Yang tu nanti² lah ye... Bye

PERCUBAAN MENYULAM

Tuesday, May 9, 2017 0 comments
Kalau yang follow enty sebelum² ni pasti tahu yang saya ada Mesin Jahit Brother NV950.  Mesin ni bukan saja sekadar boleh menjahit, dia terror menyulam jugak tau.  Selain dari free design yang dah diberi, boleh juga download design dari FB dan juga web sana-sini.  Antara Group FB yang saya follow untuk dapat free design ialah GROUP NV950 FREE DESIGN.  Kalau nak lagi best, beli or carilah software dia.. boleh convert file ke format sulaman.  

Lama jugak kejadian kat bawah ni.  Tiha dapat jemputan Birthday, tapi takde apa nak bagi.  Masa ni teringat, why not testing Cik NV950 saya tu menyulam.  As usual, tugasan setting mesin dan mengkaji manual dll tu Mama serahkan kat Baba ajelah.  Mama boleh settle tugasan lain.  Baba pun lagi terror bab² study benda² teknikal ni.  


Baba test sulaman... Nampak macam jadi dah tu kan??  Sebenarnya tak ye... ada setting tertentu yang kita kena tau.  Antaranya kena adjust kat dalaman juga ye.  Sekarang ni saya fahamlah kenapa sesetengah hasil sulaman tak cantik.. setting nya tu kita kena tau juga.  
Bila dah berjaya dapat setting yang diingini... Mulalah kami menyulam.  Kami suruh Tiha pilih dan design sikit²... Inilah hasilnya...
Nampak sangat takde idea kann.. Memang cantik gambar ni, tapi tak sesuai kalau buat saiz kecik macam ni.  Tapi first time kann... bolehlah tu.. Design ni dapat free dari Group, cuma tambah wordings aje.  Warna pun saya suruh Tiha aje decide

Dah potong... Isshh.. nampak simple sangat.. and kat bawahnya nampak benang sulaman yang berceragah tu... 

Saya dapat idea dengan menampal felt kat bahagian bawah tu.  Tiha nak jugak potong felt pelapik tu ikut bentuk heart ni.  Kalau saya, lagi cantik kalau buat bentuk lain pulak.  Tapi hadiah utk kawan dia kan.. Suka ati dia lahhh... Since kami takde tempat key ring tu, kita ikat reben sajalah!!

Dah siap!!  
Bila dah berjaya sulam yang tadi, kami makin excited.  Jomlah kita try buat pencil topper pulak... Hahaha.. Yelah.. alang² dah pasang set sulaman tu kan.  Nanti entah bila baru berkesempatan agaknya...

Siap pon.. Tapi kann.. banyak cacat cela ni.  Silap kami juga, kononnya nak shortcut sbb menyulam ni mengambil masa tang nak tukar² benang nya tu.  Sampai berbelas² kali... jadi kami ubah ikut warna benangnya aje.  Hasilnya... benang tu berselirat sana sini sebab disulam tak ikut aturan sepatutnya.  Ok lesson learned!  Jangan gatal tangan!  Ikut aje setting computer tu.. hahahaah... 


Akhirnya.. siaplah pencil topper yang nampak simple tapi lama yang amat nak siap!!  Pendek kata... walaupun hasil sulaman sangat cantik.. tapi masa yang diambil untuk siapkan satu² sulaman amat lama.  Kalau nak cuba ambik upah menyulam, kita kena pandai pilih design, stitch count dll tu.  No wonder ramai yang guna konsep applique untuk jimatkan masa dan benang!

Ni lah first and last time kami menyulam.  Tapi insyaAllah jika ada kelapangan kami akan cuba lagi.  Bila dah start menyulam, saya kena make sure takde tugasana menjahit lain.  Maklumlah, nak menyulam ambik masa yang lama.. mau tergendala projek menjahit saya nanti!!  Tu yang kami decide tak proceed dengan percubaan ambik tempahan menyulam dulu.  Bimbang mesin ni merajuk kalau diperah teruk.  Buat sementara ni, cukuplah sekadar menyulam untuk keperluan sendiri aje.  Kalau dah ada backup mesin nanti, bolehlah guna mesin ni untuk menyulam kaw²... hihihi.. :P


BENGGALI / WHITE BREAD

Wednesday, May 3, 2017 0 comments
Ini satu lagi hasil kejadian roti guna Breadmaker Cosway ku sayang.  Asalnya saya uli roti ni dalam BM, dah siap nak transfr masuk pullman pan dan bakar dalam oven untuk hasil lebih ummphh.  Tapi bila siap uli.. rasa malas plak nak panjat ambik pullman pan saya yang dah bersawang kat atas nun.  Nanti nak kena cuci and nak kena panjat dan simpan semula pulakk... ahhahaha.. 

Maka.. keluarlah idea shorcut saya.  Once roti dah siap diuli.. saya keluarkan dari pan BM dan keluarkan sekali bladenya tu.  Saya leperkan doh, gulung, kemudian saya masuk semula dalam BM.  Selepas 1 jam, saya set 'BAKE'.  Masa membakar tu saya skodeng utk tengok dah masak ke belum.  Cukup 40 minit, saya off suis BM... dan inilah hasilnyaa... TADAAAAA... 





Nak resepi ??  Boleh aje.. Resepi asal ni dari Chef Garang.  Saya olah sedikit (kurangkan kadungan cecair) dan tak guna apa-apa softener, improver, superbake dan sebagainya tu...

Oh satu lagi nak pesan.. kalau guna BM, cukup sekadar guna air sejuk dari peti.  Kalau guna ais, alamat jenuhla BM tu.  Saya dah pernah try.. sampai ulian kedua, ketulan aisnya masih kekal.. butter pun kaku sekali!.. hehehe.. So kalau sayangkan BM anda dan nak cepatkan kerja, cukup sekadar guna air sejuk dari peti.  Tapi kalau guna mixer, ikut aje arahan chef tu ye...

Plain Open Loaf / Roti Bantal
.
1000gm Tepung roti tanpa peluntur
80gm Gula
20gm Garam
12gm Yis kering / 36gm yis basah
50gm Shortening
10gm #grsuperbake* (http://gronlinestore.shoppy.my/)
.
* penambah baik doh/roti berasaskan tumbuh-tumbuhan & semula jadi.
.
400gm Air
200gm Air batu
.
Cara Cara:
.
1. Masukan tepung, gula, garam, shortening, #grsuperbake dan yis ke dalam mangkuk penguli.
.
2. Putar bahan di atas menggunakan pencangkuk roti (dough hook) selama 2 minit.
.
3. Masukan air batu dahulu dan kemudian air perlahan lahan sehingga tepung bergumpal dan membentuk doh.
.
4. Naikan kelajuan menguli pada kelajuan no 2 dan uli sehingga doh menjadi extensible .
.
5. Untuk melihat doh sudah sempurna menguli, ambil sedikit doh dan regangkan menjadi seperti lapisan yang nipis.
.
6. Keluarkan doh dari mesin penguli dan bahagikan doh kepada :

A) kira isipadu loyang pembakar ( panjang x lebar x tinggi ) dan di bahagikan dengan 5

Contoh

Size loyang = 20cm ( panjang ) x 10cm ( lebar ) x 10cm ( tinggi )

Isipadu loyang = 2000

= 2000/ 5

Jumlah doh yang di perlukan = 400gm

* standard faktor 5 yang di gunakan oleh mendapatkan size roti yang sempurna

7. Doh yang sudah di bahagikan kemudian di bulatkan

8. Canai doh memanjang dan gulung mengikut panjang acuan loyang

9. Letak doh di dalam loyang pembakar dan biarkan proses pengembangan sehingga doh naik pada skala 2cm dari permukaan loyang

10. Bakar pada suhu 200 darjah selsius selama 35 minit

Selamat mencuba!!  Banyak lagi resepi Benggali dalam simpanan saya ni tau... hihihi...

NEW BREADMAKER

0 comments
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, pertama kali berjaya bersiaran dari laptop adik (yang dah lama jadi harta karun kami).  Adik dah habis belajar, jadi dah tak pakai laptop ni.  Banyak sangat jasa laptop ni kat kami.  Setelah banyak kali mencuba, tiba-tiba hari ni elok aje saya boleh access gambar-gambar dari HP... Legaaa.. Bolehlah saya berblog semula... 

Banyak sangat kisah yang dah tertinggal.  Contohnya ke 'nekadan' saya membeli BreadMaker yang baru ni.  Saya dah tak boleh bertahan dengan BM Kenwood lama saya yang leaking tu.  Then saya perlukan BM yang mampu uli doh 1kg ke atas... Takat 500gram.. habis sekaligus aje.  kalau buat 1kg, bolehlah simpan untuk sarapan juga kan.. hehehe... Then teringat Adik Ipar yang juga rajin memasak.  Terus offer kat dia kalau-kalau dia nak.  Daripada dibuang, eloklah sedekah kan kepada yang sudi kan.. Bukan main ceria dia bila dengar saya nak bagi BM yang dah semput tu.  Harap-harap BM tu masih boleh berkhidmat dengan tuan baru.  

Lepas buat sedikit kajian, pemerhatian, soalselidik dan lain-lain.. saya memilih BM Cosway.  Agak lama untuk saya buat keputusan ni.  Tak nak buat investment yang bukan-bukan. Sebab utama pemilihan BM ni, kapasiti dohnya yang besar.  Standard BM mampu buat 2pound bread aje tapi BM Cosway ni capacity nya 3pounds!  Kemudian blade penguli nya pula ada 2, yang mana lebh efektif dan lebih cepat dalam menganjalkan doh kita tu.  Last but not least.. Ramai yang cakap BM ni tahan lasak dan tak beri masalah kat diorang.  Ramai juga yang berbisnes roti dengan BM ni siap beli sampai 2,3 biji lagi.  Lepas dah very sure.. Saya grab BM ni time tengah offer RM299 untuk ahli sepanjang Mac lepas.  Harga asalnya RM500 lebih... Saya pinjam no. ahli orang lain aje.  Banyak kawan-kawan di FB yang baik hati, sanggup share segala-galanya termasuklah no. ahli diorang tau!.  Thx sangat-sangat ye... 

Selepas sebulan.. BM memberikan kerjasama dengan baik sekali... Harap-harap panjanglah usia awak ye.  Saya ni bukan takat buat BM dgn roti.. macam-macam lah BM tu kena buat utk saya.. 
Bawah ni antara yang terhasil...


Donut inti cheese & coklat... Yang bertanda ni inti cheese...
Pizza pun saya buat.. Kebetulan ada baki kuah pasta, nak makan dengan pasta, kuahnya tu tak berapa nak cukup... Last-last saya dapat idea utk buat pizza aje.  Kuah pasta dan cheese semata-mata.  Sedap tau!1




3 large pizza pun boleh habis dikerjakan anak-anak saya ni.. Biasanya ada baki half loyang, saya simpan untuk breakfast esoknya... 
Ehh.. bawah ni tak buat dengan BM... Pavlova.. Saya buat sebab nak clearkan peti beku.  Jangan tak caya saya gunakan baki putih telur dari biskut raya tahun lepas ni tau!.. Hahaha.. Bila saya share dengan geng-geng memasak, semua terkejut.  Boleh ke simpan lama-lama macam tu?  Untuk saya.. boleh je... Tapi sebenarnya mknn mentah seeloknya disimpan dan digunapakai dalam tempoh 3-6bulan.  Mungkin khasiatnya masih terjamin.. makin lama, makin hilanglah khasiatnya tu.  So.. kalau nak tiru macam saya, boleh je.  Janji kita tahu apa yang kita buat...



Mula-mula semua nak buat mini macam kat atas tu.. Tapi macam ambik masa lah nak bakarnya tu.  Maklumlah oven saya kecik aje.. jadi saya humban terus macam ni... Hahaha.. Kan senang tu??? 
Okaylah.. Saya nak siapkan lagi 1 entry...