DOH ASAS FRANCISCA

Wednesday, May 10, 2017
Kembali bersiaran... Kali ni saya nak share 1 lagi doh asas roti.  Not bad jugak.. kat bawah ni kejadian roti² dari doh asas ni.  Kalau u all perasan, skill membentuk roti saya sekarang banyak yang improve kan?  Kalau dulu, segan nak tayang, walapun hasilnya lembut tapi rupa parasnya memang tak boleh blah.. hahaha... Tapi setelah curi ilmu dari sana sini dan sedikit kesabaran.. Alhamdulillah.. hasilnya tak mengecewakan.  Malahan selepas saya mencuba pelbagai resepi, saya semakin yakin nak ubahsuai resepi, nak hasilkan doh resepi sendiri pun dah boleh rasanya.  Seboleh mungkin roti hasil tangan saya memang tak letak softener, improver atau benda² lain tu.  Saya suka roti yang natural dan juga lebih menyihatkan.  Oh ye.. resepi ni antara resepi yang menggunakan kurang marjerin.  Saya copy paste balik resepi tu ye : 

Bhn2:
✔ 400g tepung high protein
✔ 100g tepung gandum
✔ 225ml air sejuk
✔ 80g gula kast0r
✔ 30g mentega
✔ 20g tepung susu
✔ 11g yis
✔ 1 biji telur gred B
✔ 5g SuperBake (blh gnti dgn mna2 jnis bhn plmbut yg lain dgn 1sk shja) (saya tak letak)


Cra uli gna tgn:
* gna air suam utk aktifkn yis…
👉 Lrutkn yis dan gula dlm air suam dan biarkn brbuih dlm 15mnt. Msukkn tlur. Kcau sdkit.
👉 Dlm mngkuk adunan, cmpurkn tpung, t.susu dan S.Bake. Msukkn cmpuran yis skit2 ke dlm mngkuk adunan dan uli dgn tgn. Msukkn mntega. Uli hgga mnjdi d0h yg tak mlekat ditgn shgga lmbut, lcin dan elastik.
* (uli dlm 15-20mnt - nak lbh lgi lmbut blh uli lma skit).

Cra uli gna Bm:
👉 Msukkn bhn bsah diikuti bhn kring : msukkn air sjuk, tlur, mntega, gula, tpung, S.Bake, t.susu dan yis. Tkan btang "D0ugh" dan "Start". Biar Bm buat krja. Bm sya uli skali dgn prap 1jam1/2… jdi sya tgu hbis uli 1/2jam trs bntukkn tak tgu 1jam utk prses prap.

First time buat bun kacang merah.. Kurang cantik lagi ni..

Terpaksa squeeze dlm satu loyang sebab dah takde loyang besar
Roti chicken meatlof (saya gulungkan chicken meatloaf sebagai inti)
Roti sosej
Sedekah dekat Wawan sedikit
Ni second round. Saya guna 1kg tepung... As usual tukang mekap ialah Tiha.  Dia timbang, saya just tolong rounding and dia sambung.  Bun kacang merah saya yang buat sbb Tiha walaupun dia suka buat kerja² ni, tapi dia jenis slow sikit. Kalau buat cookies atau prepare bahan, x kisah lagi.  Saya tinggalkan aje dia buat sampai siap. Tapi benda² libatkan yis tak cun lah kalau berejam tergolek macam tu aje... Karang kering dan terlebih kembang doh nya tu.
Roti telur rebus.  Tekankan aje telur rebus yang dibelah dua atas doh kemudian tabur blackpepper, picit mayo dan cheese... Saya buat 10 biji (doh 50gram).. dan² tu juga habis!  Anak² memang suka telur.. memang tak pelik kalau diorang suka sangat roti ni...

Ni ala mini pizza juga.. just sapu kuah spaghetti dan tabur cheese

Yang ni grill chicken... baki dinner malam sebelum tu.  Slicekan aje chicken tu and tambahlah perasa lain atas tu.  Grill chicken saya ni dah 'strong' spice nya tu.  Saya just suruh Tiha picit mayo dan tabur sedikit cheese.  Dah warn dia jgn tabur cheese byk, jaga budget!!! .. hehehe.. 

Bun kacang merah.. Kali ni dah lawa sikit dari first time tu... :) .  Atasnya tu saya tabur chia seed sbb takde bijan or any nuts



 Oh ye.. dengan doh yang sama saya buat bun kosong juga.  Bun ni dah terlebih naik sebab giliran ke 5 pembakaran.  Maklumlah oven kecik.  Maka kedut seribulah rupanya tu.  Next time saya nak kurang kan yis sikit bagi lambat sikit pengembangan doh tu.. 

Inilah rotinya... Saiznya pun besar kecik sbb nak muatkan jugak doh tu dlm ni.  Malas dah nak rounding semula.. hehehe.. 

Saya potong 2 roti tu

Letak inti (saya guna kuah spaghetti yang pekat.. dah ada daging, mushroom semuakan).. then tabur cheese.  Inti tu you all boleh suka² aje nak letak inti apa.  Ini karipap ke, baki steak or daging blackpepper ke, scramble eggs ke.. tak kisahlah.. be creative ok..

Tutup semula

Saya tutup dengan foil, bakar 180 selama 10 minit.. bukak foil dan bakar lagi 10 minit.. 

Dah nak habis makan baru teringat nak snap... Settle!

Haaa.. puas hati saya dapat post entry yang dah lama tertunggak ni.  Banyak lagi entry lain yang menanti.. Yang tu nanti² lah ye... Bye

0 comments:

Post a Comment