Pc ku buat hal

Wednesday, October 17, 2012 2 comments
Tengah tension dgn pc sendiri ni.. Agak lama gak berpenyakit & tak kebah-kebah.  Taktik utama dia, suka tutup tiba-tiba.  Ada jugak yg kena tarik kabel kasi kojol terus ni kang.  Before this ingatkan ada bad sector, lepas scan ok aje.  Then try format plak, kot-kot system error.. nampaknya tak jalan jugak.  Virtual memory pon semua ok.. wahai pc, apakah sakitmu??? Janganlah jahanam, umur mu baru 5 tahun tau!! Tak kuasalah nak beli baru...

Walaupun ada netbook sebijik utk si Tiha & Ieqa guna, saya kurang gemar.  Susahle nak update blog guna netbook.  Dahlah gambar-gambar saya baru transfer ke pc semalam.  Baru je excited nak share resepi clone of cinnabon, pretzel, cheese pudding caramel, etc.. 

Pastu.. saya baru balik dari Bukit Fraser tau.  Ingatkan nak upload gambar-gambar kat sana as guide & mcm preview la utk sapa-sapa nak try ke sana.  For me Bukit Fraser ni mendamaikan.  Those yg suka tempat yg santai & jauh dari hiruk pikuk kota, inilah tempatnya.  Dulu saya sekeluarga selalu ke Cameron, tapi last trip kami ke sana, tersangkut dalam jam, seriklah pulak.  Jam berkilo-kilometer dr Brinchang!! Ingatkan accident ke apa, rupa-rupanya bandar Brinchang dah congested sgt dgn traffic.  Aarrgghh.. naik atas ni nak menikmati suasana dingin & nyaman sambil menikmati keindahan alam, kalau jam camni, baik dok KL aje!!

Jap lagi superhero saya balik (laki ku le, sapa lagi), saya buat muka kesian suh dia repair pc tu cepat sikit.  Saya ni dulu-dulu biasa trouble shoot pc sendiri, tapi lepas kawen, langsung tak nak amek tau!!! Hahaha.. Dah kawen dgn sifu IT sendiri kan.. buat apa nak susah-susah.. :)

Donut Kentang/keledek

Tuesday, October 9, 2012 2 comments
Malasnya nak hupdate blog ni.. biasa la, bila sari miss update, maka berhari-hari malahan boleh jadi berminggu-minggu penyakit M tu menyerang.  Baiklah saya gagahkan diri nak tambah satu lagi resepi dalam koleksi saya.  Kali ni saya try buat donut.  Sebagaimana dinyatakan.. saya tak pernah buat anything yg perlu diuli sebelum ni.  Tapi sejak berkenalan dengan potato bread CMG, saya makin ketagih nak buat semua jenis makanan yg beryis & pastinya kena diuli lah!! (sudah gian tahap lalok pon ada ni.. hehehe).

Oklah.. resepinya di sini...

Bahan-Bahan
  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram kentang/ keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 200 ml air suam ~ Yatie uli doh guna tangan je, so masukkan air sikit2 ya
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis
Caranya.
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..
Macam biasalah.. donut ni terhasil sbb nak perabis stok makanan dkt rumah.  Dah lama keledek tu mengeram dkt pantry.  Beli kunun-kunun nak buat spare in case cik abg kita tu request nak makan cek mek molek or keria or anything bergoreng (biasalah cik abg saya ni, bila barang takde, mulalah teringin.  Bila saya buat stok, takde la plak dia request).  Sblm keledek tu masuk dlm tong sampah, eloklah digunakan sebaiknya.. (ngeh..ngeh..ngeh..). Jadi saya pon belek-belek stok resepi yg tersimpan.  Jumpa resepi donut kentang.. best ni kalau try dgn keledek.. :)

Dah ready diturap.. eloklah, Tiha & Baba pon dah nak balik

Pembantu (pengacau) baru - dulu si Tiha.  


Saya gunakan chopstick semasa menggoreng.. sonang kojo!!

Sadur aje dgn icing sugar.. baki gula saya simpan dlm peti.  Donut ni pon saya tak goreng semuanya, separuh tu saya bekukan.
Alhamdulillah.. berjaya juga saya buat donut yee... :P!!!

Princess Doll Cake

Wednesday, October 3, 2012 2 comments
Doll cake ni sebenarnya last minute decision.  Mana taknya, nak deco kek biasa pun saya ragu-ragu.. Inikan pula nak buat kek pelik-pelik.. saya bimbang aje kek tu akan jadi rupa makhluk lain.  Tambah-tambah sblm tu saya dah heret Tiha ke Bagus Melawati untuk beli barang-barang deco cake, yg semestinya pilih & tampal aje.. hehehe..

Balik Jengka, berborak dgn adik.. dia lah beria-ia suruh saya buat cake princess tu.  Walaupun saya ragu-ragu, dia masih tetap mengapi-apikan saya.. akhirnya.. balik ke KL saya beranikan diri beli bahan-bahan untuk buat cake ni (tanpa pengetahuan Tiha tau).  Bukan tak nak bgtau awal², takut tak menjadi, kesian pulak dia.  So kek ni mmg surprised untuk birthday dia kali ni.

Saya gunakan 3 biji kek untuk dijadikan skirt doll ni.  Kek-kek ni takde la tebal sangat.  Kebetulan resepi Super Moist Eggless cake ni memang untuk kek yg kecik, sesuweeyy sangatlah.. Nak buatnya pun sng, takyah pukul bagai.. kacau-kacau aje dah siap... hehehe..

Untuk bhgn atas skirt, bakar kek dalam apa² bks yg berbentuk kubah bila diterbalikkan
Ini untuk bahagian atas kek

Dua lagi kek yg bakal jadi mangsa

Saya tindihkan semua kek & disapu frosting kek untuk melekatkan ketiaga-tiga bahagian.  Saya cucuk juga dgn lidi / buluh kecil di bhgn tgh kek utk keselamatan

Kemudian trimkan kek menjadi bentuk skirt

Dah siap, bolehlah sapu cream (saya terlupa letak colouring),  since dah tersilap warna & susah nak cover warna kek yg gelap, saya bekukan sekejap

Lepas keluar dari peti beku, kek makin senang dikerjakan, saya sapukan pula dgn cream yg dah diwarnakan pink.  Untuk ratakan frosting ni boleh gunakan spatula ataupun kertas dgn cara menarik frosting dr bawah ke atas (boleh refer video yg saya sertakan kat bwh)
Dah siap tu, saya pacakkan princess doll bhgn atasnya.  Doll ni saya beli di Bagus juga, RM5.50 aje.  If nak guna doll biasa pon boleh, cuma kena lubangkan bgh tgh kek dgn cookie cutter sblm ditindih & disapu krim.Balutkan dulu badan doll tu dgn plastik & masukkan di bhgn tgh kek tu (spt cth video di bawah). 

Angkat tangan doll & ikat rambutnya supaya sng dihias

Dgn piping bag, saya paipkan satu demi satu krim ke badan doll sebagai baju.  Lagi mudah jika ada cake turntable semasa menghias kek ni..

Kemudian hiaslah ikut citarasa masing-masing.  Saya ni tak kreatif sgt, jadi buat ala kadar ajelah... janji Tiha happy!!
 Lepas buat sendiri, rasanya takde lah susah mana nak buat bendalah ni.  Cuma nak cantikkan frosting kat skirt tu agak mencabar utk org yg 'kerastangan' mcm saya ni.  Kemudian cream yg asyik nak cair aje... jadi kena buat cepat-cepat kalau tak nak cream tu meleleh.  Time Birthday Tiha cream tu dah mula separate, abis luruh gula-gula love dkt skirt princess dia tu.. hehehe.. Nasib baiklah semua acara dah selesai... kalau tidak, naya!! Kalau nak kerja mudah sikit, bolehlah gantikan dgn buttercream icing.  Cuma kena kompromi sikit dgn rasanya yg tak sesedap whipping cream ni.. :).

Paginya sblm bwk kek ni ke kindergarten, tangan rasa gatal nak tambah sikit deco cake ni.  Maka inilah hasilnya..

Ini ada a few videos yg boleh dirujuk untuk menghias princess doll cake ni...

http://www.youtube.com/watch?v=vwqaF8f3VW0
http://www.youtube.com/watch?v=y7xwMgL2qlk&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=A-39XI-cN30
http://www.youtube.com/watch?v=5yqTRSUWgzI&feature=related

Whipping Cream for cake frosting

Tuesday, October 2, 2012 22 comments
Kenapa guna cream?  Tak guna butter aje mcm icing yg biasa tu?  Sebenarnya memang susah sikit nak deco guna cream ni tapi kesedapan rasanya yang membuatkan saya nak try guna cream.  Walaupun ada risiko tak menjadi & cream ni mencair dengan pantasnya.  Tapi belum cuba belum tahu...

Bahan-bahan nak buat cream frosting senang aje.  Cukup sekadar whipping cream (utk frosting) dan gula icing.  Setiap 1 cup cream saya letak 2 tablespoon icing sugar.  Kalau suka manis boleh tambah... Stepnya seperti berikut

Suhu amat penting untuk elakkan cream dr break (terasing).  So seeloknya sejukkan dulu bekas untuk memukul cream tu.  Oh ye, gunakan bekas stainless steel.  Saya masukkan bekas ni dlm peti beku kejap

Pukul cream tu perlahan² supaya tak tepercik sana sini & tambah gula sesedap rasa.  Saya gunakan icing sugar 

Pukul sampai cream memekat & ready utk disapu.  Saya tgk tips yg diberi, pukul cream tu until pointy tapi since cream saya terus memekat, saya stop memukul.  Rasa cream yg siap dipukul ni sebijik macam aiskrim tau.. byk jugaklah yg masuk ke mulut.

Saya gunakan cream ni utk lekatkan 3 biji kek yg bakal dihias utk doll cake tu.  Kalau nak lagi best, belah dua each cake & sapukan cream kat tengah.  Tapi saya malas.. hehehe
Untuk decorate coll cake tiha ni saya gunakan 2 cups cream (memang cukup² aje).  Saya gunakan UHT cream brand Anchor.  Sedap wehh.. By rite Anchor ni tak sesuai untuk buat cake frosting tapi saya suka sangat rasanya.  Biasanya Whipping Cream yang paling sesuai diguna kerana lebih bertahan & mudah ialah non-diary whipping cream.  Antara brand yang pernah saya cuba brand Mauri, memang jauh tahan lama dan ringan dari Anchor ni.

Chocolate Ganache

Monday, October 1, 2012 4 comments

Bab-bab topping (topeng??) kan kek mmg la saya bimbang.. itu dulu lah... dah tau ni, saya sharekan. Tak baik kedekut ilmu ni kan.. 

Alamak.. dah letak coklat sekeliling baru perasan takde space utk lilin, dah kena cabut balik (nasib baikle sebijik je yg terlajak..).. 
Saya ni bukan pakar buat kek, roti atau masakan seumpamanya.  Baru bertatih & makin tekun menuntut ilmu memasak benda-benda macam ni.  Kalau menu melayu tu, insyaallah.. bolehlah nak riak sikit-sikit.. hehehe.. tak caya kalu, tanyalah sapa-sapa yg pernah rasa air tangan ni, sedap melampau tau.. (puiii.. perasan toii)....

Selama ni kalau nak buat topping coklat utk kek, hasil kerja saya tak berapa nak consistent.  Kadang-kadang terpekat, jadi kurang cantik bila disapu.  Tambah-tambah saya takde spreader / spatula yg sepatutnya.  Jadi baru-baru ni angkut spreader kat Bagus, harga RM8.90 je pon.  Memang senang sungguh pakai spreader ni, patutlah cun aje rupa org letak topping.  Sonang koje rupanya kalau ada bendalah ni..
Ni contoh rupa spreader - ihsan google image search... 
Kemudian sebelum ni, saya akan gunakan teknik double boiled untuk cairkan coklat.  Tapi kini saya dah tau cara yg senang.  Rupanya cukup sekadar didihkan cream, keluarkan dari api & gaulkan dgn coklat & butter.   Hasilnya memang lebih cantik.  Oh ye, gunakan coklat chip supaya tak perlu nak susah payah potong coklat tu kecik-kecik ye..

Saya suka teknik ni sbb saya pernah mengalami beberapa peristiwa bab-bab mencairkan coklat ni.  Pernah coklat tu jadi berketul-ketul instead of melting, langsung tak cantik.  Mula-mula pelik juga mana silapnya, rupa-rupanya tak boleh biarkan air mendidih sangat, suhu yg tinggi akan merosakkan tekstur coklat & memang tak cairlah coklat tu nanti.  Jadi berketul-ketul & tak berkilat lagi dah.  Now dengan teknik ni saya tak bimbang lagi dah!!

Resepinya pula saya ikut yg ni 

Ganache Recipe:

8 ounces (227 grams) semisweet or bittersweet chocolate, cut into small pieces
3/4 cup (180 ml) heavy whipping cream
2 tablespoons (28 grams) unsalted butter


Coklat chip & butter diletak dlm bekas tahan panas

Panaskan cream, hati-hati sbb cream sng meruap. Saya gunakan whipping cream brand Anchor

Masukkan cream yg dah mendidih tadi ke dalam coklat cip & butter.  

Gaul rata & siap... senangkan?

Tuangkan di atas kek (saya tuangkan separuh aje dulu, kemudian boleh  gerak-gerakkan kek atau gunakan spreader tadi utk tolak ganache tu ke tebing kek perlahan-lahan.  Kalau nak topping yg pekat & tebal, boleh biarkan ganache sejuk sedikit.  Saya kurg suka topping yg terlalu tebal, jadi saya tunggu sekejap aje.  

Dah siap.. hasilnya memang cantik, ala-ala topping kek chocolate Indulgence jee.. (jgn marah aa..)

Baki Ganache tu saya masukkan dalam plastik & saya bekukan.  Kalau nak pakai nanti, saya akan cairkan balik takpon rendam dlm air suam sekejap.

Since cake ni dah crowded dgn hiasan pilihan Tiha.. saya gunakan Ganache tu untuk tulis atas gambar .  Bijak jugak saya ni ye.. :P