Donut Kentang/keledek

Tuesday, October 9, 2012
Malasnya nak hupdate blog ni.. biasa la, bila sari miss update, maka berhari-hari malahan boleh jadi berminggu-minggu penyakit M tu menyerang.  Baiklah saya gagahkan diri nak tambah satu lagi resepi dalam koleksi saya.  Kali ni saya try buat donut.  Sebagaimana dinyatakan.. saya tak pernah buat anything yg perlu diuli sebelum ni.  Tapi sejak berkenalan dengan potato bread CMG, saya makin ketagih nak buat semua jenis makanan yg beryis & pastinya kena diuli lah!! (sudah gian tahap lalok pon ada ni.. hehehe).

Oklah.. resepinya di sini...

Bahan-Bahan
  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram kentang/ keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 200 ml air suam ~ Yatie uli doh guna tangan je, so masukkan air sikit2 ya
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis
Caranya.
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..
Macam biasalah.. donut ni terhasil sbb nak perabis stok makanan dkt rumah.  Dah lama keledek tu mengeram dkt pantry.  Beli kunun-kunun nak buat spare in case cik abg kita tu request nak makan cek mek molek or keria or anything bergoreng (biasalah cik abg saya ni, bila barang takde, mulalah teringin.  Bila saya buat stok, takde la plak dia request).  Sblm keledek tu masuk dlm tong sampah, eloklah digunakan sebaiknya.. (ngeh..ngeh..ngeh..). Jadi saya pon belek-belek stok resepi yg tersimpan.  Jumpa resepi donut kentang.. best ni kalau try dgn keledek.. :)

Dah ready diturap.. eloklah, Tiha & Baba pon dah nak balik

Pembantu (pengacau) baru - dulu si Tiha.  


Saya gunakan chopstick semasa menggoreng.. sonang kojo!!

Sadur aje dgn icing sugar.. baki gula saya simpan dlm peti.  Donut ni pon saya tak goreng semuanya, separuh tu saya bekukan.
Alhamdulillah.. berjaya juga saya buat donut yee... :P!!!

2 comments:

{ Kakzakie Purvit } at: October 11, 2012 at 4:38 PM said...

Huiii banyak juga dapat macam nak jual je kakak tengok. Boleh juga kakak nak cubalah...

{ Kina } at: October 12, 2012 at 3:52 AM said...

Mmg byk dapat.. saya guna acuan kecik, tp bila goreng mengembang lagi.. kalau kat rumah ni boleh 3x makan... hehe

Post a Comment