SAMBIL MENYELAM....

Tuesday, August 11, 2015 0 comments
Kira-kira 2 minggu yang lepas, kami jadi driver untuk Adik sekeluarga ke Bentong.  Lepas servis kereta di Bentong & Adik pun dapat kereta barunya.. (ehemm..ehemm..) barulah boleh merayap sikit... Since dah lama Ah Chan Toyota nak ajak kami makan durian, kali ni kami ke gerai durian Uncle nya.  Time kami sampai, bukan main ramai orang tengah makan & memilih durian.  Kami makan tak banyak, gara-gara tersalah pilih.  Bukannya apa, starting dah 'termakan' Musang King, tekak terus tak nak terima durian lain lagi dah.  Nak order Musang King lagi, poket pula mcm tak berapa nak tebal.. hehehe... Kami hanya bayar harga Musang King, Durian lain Chan belanja.  Thx ye Chan.  Jumpa lagi next season ye... :P
Musang King... Lemak berkrim...

D24 (RM9/kg)... Ok jugak rasanya tapi tekak still terasa-rasa kesedapan Musang King tadi... Kami ambil juga durian kampung beberapa biji... hhmm.. lagilah plain jadinya.. padahal sebelum-sebelum ni sedang tu dah kira sedaplah... 
 Dah menjamu durian, kami ke Kedai bersebelahan.  Chan cakap kat situ best lemangnya.  Nama Kedai ni Lemang Tok ki.  Suasananya memang selesa... Siap ada surau dan tandas.  Maklumlah laluan utama KL-Kelantan kan... Boleh pilih pelbagai saiz lemang.  Saya pilih yang sedang, RM10 sebatang & juga ambil rendang ayam & daging RM6 sepiring.  Bila masuk mulut... Mmmm.. memang sedap lemangnya.  Lembut, lemak, secukup rasa.  Terbayang-bayang sampai sekarang.  Pasti ku cari lagi ni.. hehehe... Rendangnya pun okaylah... Tapi lemangnya tu memang sedap sangat.  Next time bolehlah bungkus untuk ayah or Mak Mertua sekali.  Dua-dua pun hantu lemang!
Memang cukup lemak masinnya lemang ni.  Memang ummpphhh lah!.. 

 Dah puas menjamu selera, kami bertolak balik ke KL semula.  Berkejar balik ke rumah sebab nak memasak juadah untuk Mak Saudara yang nak datang bertandang ke rumah.  Nasib baiklah Adik ada sekali, jadi memang mudah lah kerja saya sebab ada Assistant yang terror memasak jugak.

Malam tu kononnya nak dinner di Imbiss.. tapi semua dah kekenyangan sebab saya prepare Nasi Lemak dengan Bee Hive Bread untuk Cutah sekeluarga.  So.. cancel plan... Esok aje lah...

Esoknya lepas sarapan, kami pun bergerak ke Ampang.  Since perut masih full sebab baru lepas breakfast, kami menyinggah di Taman Tasik Ampang untuk berjalan-jalan bagi makanan mendap dulu.. hehehe... Mendap lah sangat.. Elok je sampai, terus singgah makan cendol dengan rojak pula!.. hahahaha.. Memang dasarrr...
Budak-budaklah paling seronok... bukan selalu Mama & Baba rajin ke tasik macam ni... :P





Nampak damai je suasana kan...
 Sebenanrnya masa kami di Tasik Ampang ni, cuaca tengah panas terik.  Tapi sebab kesiankan budak-budak, kami layankan ajelah kejap.  Diorang pulak bukannya kira panas ke apa.. bukan main seronok berlari sana-sini...


 Semua anak-anak emmang extra happy kali ni sebab sepupu-sepupu pun ada sekali.  Tiha dengan Izz ni memang rapat sangat.  Tiapkali jumpa, habis semua orang kena ignore.  Ieqa mulalah merajuk & tak puashati.  Si Misha pula... as usual.. buat hal sendiri... Ada dia kisah???

Lepas berjalan lebih kurang, kami pun ke Imbiss.  Tercapai juga impian Not nak makan kat sini ye.  Tapi kali ni saya tak berapa enjoy macam selalu.  Harga makanannya semua dah naik!  Ada yang naik sampai 100% pun!  Kalau tau harganya macam ni, baik kami makan di Picknik aje... :P. Lepas ni maybe dah tak ke sini sangatle.. kalau nak makan western kami terus ke Publika aje, since harganya dah nak hampir sama pun kan... hehehe... (alasan kukuh untuk ke Picknik selalu nih...)... 



Itu ajelah kisah kami di weekend itu.  Meneman Not sekeluarga ambil kereta baru & sambil merayap bersama....


UDANG GORENG MAMAK

0 comments
 Ehh.. ada lagi menu Ramadhan yang saya tertinggal rupanya.  Saya buat menu ni sebab teringatkan Udang Goreng di Mahbub yang sedap sangat sebab gunakan perapan Ayam Goreng Mamak.  Saya kalau kepingin makan Nasi Kandar, memanglah ayam goreng nya tu yang menjadi punca.  Tapi tak semua Ayam Goreng Mamak yang sedap, hanya a few tempat aje yang saya suka contohnya Mahbub, Deen Maju Penang dan Pelita.  

Kalau di Mahbub saya biasa makan udang kecil yang disalut tepung ni. Tiha pun sibuk nak mintak ratah.  Tiapkali dia mintak, Mama bagi seketul dua je dengan janji palsu.. "Nanti la Mama buat kat rumah.  Boleh makan sampai puas".  Rasanya dah berkali-kali Mama bagi alasan tu sebab kedekut nak share udang dengan dia (nak ambil banyak, kemain mahal lagi)... So di bulan Ramadhan lepas, akhirnya terbuka hati nak cari resepinya.  Alhamdulillah... menjadi dengan jayanya.  Cumanyaa... saya kurang pasti yang mana satu sumbernya sebab dah lama sangat kan.  Hopefully resepi yang saya share ni memang yang sama saya buat hari tu lah ye. 

Sumber resepi dari sini ye .. 
Bahan-Bahan:

Seekor Ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10 (potongan Nasi Kandar).
  • 4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.
  • 2 Sudu besar Tepung beras.
  • 1 Sudu besar Tepung jagung.
  • 1 Sudu kecil serbuk lada putih.
  • 1 Sudu kecil Serbuk kunyit.
  • 2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
  • 1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
  • 3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2″ (inci).
  • 3 Tangkai daun kari dipotong halus.
  • 1 Kg.  Minyak untuk goreng.
  • Garam Secukup untuk dirasa.
Cara penyediaan:
1. Besrsihkan Ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuain untuk keringkan air basuhan ayam. Masukan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam didalam bekas. Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang baik untuk membunuh bakteria yang terdapat didaging ayam .Masukkan serbuk kari, kisaran bawang+bawang putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut “plastic wraper” dan Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk kedalam isi ayam.
2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan T.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari ketulan ayam..terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.
4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak dan sedikit. Ap dapur perlulah sentia diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus. pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapong.
5. Goreng ayam perlu tidak lama dan tidak masak. Kalu terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam. Maka awaslah!. Pengalaman akan menentukan kelazatan masakan. Jangan cepat putus asa apabila mencuba resepi baru…Cuba dan mencuba….pasti anda akan berjaya dan mahir dalam masakan.

Penyediaan bahan perapan.  Saya gunakan telur untuk cairkan perapan ni (boleh ganti dengan air).  Tapi saya nak tepung yang rangup, tu guna telur... 

Gaulkan udang/ayam atau apa-apa bahan yang disukai...

Dah siap!  Memang sedap.... Cuma sayang saya terlupa letak daun kari gara-gara terlebih xcited nak menggoreng... hehehe...
Bila nampak udang yang segar bugar ni, mulalah teringat plan kami yang tergendala.  Dari bulan puasa lagi nak ke Kuala Selangor, tapi memanjang je ada hal lain.  Weekend ni dgn weekend depan pun dah fully booked.  Terpaksalah beli seafoods di pasar borong aje... Lain benar rupa udangnya... huhu.....


MARI MEMBUAT KETUPAT PALAS!

Friday, August 7, 2015 4 comments
Fuuhhh!!!.. Berjaya juga saya terlepas dari genggaman Shumaila.  Dahlah siang dia conquer Mama, malam pun sama!  Memang tak jadi kerja dibuatnya.  Bila Baba ada, barulah banyak sikit ruang Mama nak siapkan pelbagai kerja or rest!  Bila Baba tido, pandai-pandaila Mama handle baby yang mengada tu.  Biasa endingnya, Mama pun terlelap sekalilah kann... Tu yang selalu je blog ni sunyi sepi sekarang... 

Meh kita layan hasil anyaman ketupat orang yang tak pandai.  Tah kenapa lepas raya hari tu rasa teringin nak buat ketupat & rendang.  Anak-anak pun macam tak puas je makan masa Raya baru-baru ni.  Memang Mama & Baba langsung takde pengalaman dengan ketupat.  Maka Youtube & blog la tempat rujukan... heheheh..
Mama tanak pulut.  Ada 2 cara.. satu dikacau dalam santan yang didih, atau dikukus.  Saya ikut yang mana mudah aje.. :P

Disebabkan tak sabar nak membalut... NI hasil kerja Saya & Tiha.  Errr.. macam tak berapa kena je... Alaa.. belasah je la... 
 Saya buat sikit je dulu & rebus sebab tak sabar nak tengok hasilnya.  Bila Baba balik.. dia cakap semua betina! Hehhee.. Baba dah terror anyam ketupat hasil dari pengajiannya melalui Youtube & blog semalam... Eleehh.. eksyen je lebih Baba ni...
Gambar model 'ketupat jantan'.. Errrkk... (ni gambar Baba possing untuk group Wassap family... hehehe..)

Hasil tangan Baba... 

Direbus.. .. Ni belum potong tangkai... Lepas tu rasa rimas pulak..

Saya potong pulak tangkainya tu... Almaklumlah.. Orang tak reti buat ketupat kan...
 Bila dah siap... berebut-rebutlah nak makan.  Frustnya sebab ketupat kami lembik gara-gara termasuk air rebusannya tu!... hahahah... Ohh nak bungkus ketupas kena ikat kuat yeerr??  Kami ingatkan kena longgar sikit supaya pulut tak mampat sangat... hehehehe.... Kelakarlah tengok longgar-longgar jadi bungkusan ketupat tu lepas siap masak.
Tiha bawak bekal ke sekolah.  Dahlah rendang kali ni agak hancur & kering... Tapi rasanya sedap tauu..  Walaupun ketupat ku lembik, kawan Tiha mintak ketupat lagi esoknya!!  Katanya sedap dari ketupat yang dia pernah makan.. Haaa.. ni baru ketupat lembik Mama masak.  Kalau betul-betul menjadik, mau berebut ye...
Walaupun hasilnya tak memberansangkan, tapi sangat puashati sebab 1kg pulut tu habis dimakan tanpa sisa.  Siap mintak lagi dan lagi!  So Mama rasa mission accomplished sebab anak-anak enjoy je makan.  Mama pulak makin bersemangat nak buat lagi nanti.  Seronok rupanya buat ketupat ni ye...

*  Bila sebut ketupat, teringat Arwah Tok sebelah Ayah yang terror buat ketupat.  Biasanya memang semua orang puji ketupatnya tu.  Saya tak tau cara nak buat sebab Tok tak bagi tolong (maklumlah cucu berderet & kecil-kecil pula.. bukannya boleh tolong apa pun, tolong bikin semak adalaa...).  Yang paling sadisnya, saya tak pernah makan pun ketupat tu!  Sekarang ni rasa nyesal pulak sebab tak rasa.  Masa kecik, saya memang tak suka ketupat pulut, tambah-tambah kalau dihidang dengan serunding!  Bila dah ada anak, semuanya kaki ketupat & lemang, barulah saya pun enjoy makan sama... hehehe... Rugi rasanya tak dapat belajar & simpan resepi ketupat Tok yang digemari ramai tu.


GARA-GARA GULA-GULA

Tuesday, August 4, 2015 0 comments
Since saya baru aje melalui fasa food poisoning yang teruk bagi Tiha & Ieqa, elok jugak saya share tentang puncanya tu.  Semalam dah almost midnight, tiba-tiba dengar Tiha muntah-muntah dalam bilik air.  Lepas ditanya, kami assume berpunca dari nugget yang dimakan di sekolahnya.  Ye lah.. dinner semuanya saya masak & dimakan bersama sekeluarga.  So sumbernya mestilah makanan yang orang lain tak makan kan...

Tak lama lepas tu, Ieqa pulak muntah!  Si Ieqa ni memang tak pernahnya boleh muntah elok-elok dlm toilet.  Habis berterabur atas lantai dengan bajunya.  Adoii laaa... Jenuhla kami laki bini mengadap dua beradik ni muntah non stop sepanjang malam.  As usual kami bagi minum air kelapa... bila muntah, minum lagi... buat ulang-ulang sampailah air kelapa tu tak dimuntahkan balik.

Akhirnya Tiha stop muntah by 2.00 a.m.  Tinggal Ieqa yang dah kesejukan dan keletihan dalam bilik air tak selesai lagi.  Saya suruh dia stay dalam bilik air aje sebab dah 3 helai baju habis kena muntahnya.  Lantai.. alas kaki semua pun habis kena.  Kesian jugak sampai terlelap-lelap dlm bilik air.

Bila dah dua-dua muntah.. kami soal siasat semula.. apa yang diorang ni makan berdua.  LAst-last kantoi lah sudah... Ieqa offer Tiha gula-gula sempena Birthday kawannya kat sekolah.  Diorang makan sorang sebiji (saya tak benarkan, Ieqa curi-curi makan & perdaya Tiha kononnya Mama bagi)... Mujurlah Misha tak makan... Kalau tak, tak dapat imagine la macam mana teruknya dia kena.  Boleh nampak effect nya tu kemain teruk pada Ieqa sebab saiznya yang kecil tu.  Geram betul saya... Gula-gula ke racun ni?? Sampai teruk macam tu budak-budak ni muntah.  Sayangnya saya tak boleh report ke pejabat kesihatan sebab kesemua gula-gula tu dah pun dibuang Baba.  Kalau tak memang saya angkut ke pejabat kesihatan untuk diperiksa kandungan gula-gula tu.

Inilah bekas gula-gula tu.  Sila pastikan tiada sesiapa yang makan gula-gula ni!  Isi kandungannya ala-ala pil.  Mujurlah anak-anak makan sebiji aje & Misha tak makan!  Kalau tak, boleh maut dibuatnya.
By 3.00 a.m.. nampak Ieqa makin reda, kami bagi dia tidur dlm bilik.  Selang sejam, Baba bangun periksa dia ok ke tak.  In case kalau 'lain macam' memang terus kami bawa ke HKL aje.  Tak nak ambik risiko...

Pagi esoknya... elok bangun, dua-duanya membuang dulu.  Tak lama lepas tu baru saya perasan... Ya Allah,, penuh kesan muntah kering kat bahagian tepi baju & tilam Ieqa.  Agaknya dia muntah dalam tidur.  Baba tak perasan sebab dia tidur mengiring agaknya.  Lepas bagi minum air kelapa.. 2x dia muntah... Terus saya decide bawa dia ke hospital.  Bimbang....

Mujurlah by the time Baba sampai... dia berjaya minum lagi setengah gelas air kelapa tanpa muntah.  Lagipun saya perhatikan bibirnya tak kering & bunyi muntahnya pun tidaklah 'azab' sangat... Means kesan keracunannya tu dah berkurangan lah.  So cancel plan ke hospital... pantau aje dia kat rumah untuk make sure dia well hidrate.  Makanan diorang cuma isi kelapa muda & bubur ayam aje.  Alhamdulillah.. by petang takde muntah lagi dah.  Ieqa pun nampak segar & ceria.  Lega sikit..

So.. saya just nak pesan pada parent semua.. hati-hati dengan gula-gula, junk foods, jajan yang dibeli untuk anak-anak tu.  Make sure kita tahu apa kandungannya, pilihlah jenama yang boleh dipercayai... Jangan lah suka belikan jajan di kedai borong & murah-murah tu.  Mostly yang asalnya dari China.  KAlau nak bagi goodie bag pun, make sure makanan yang memang selamat dimakan.  Kalau takde budget nak beli coklat mahal, bagi aje benda-benda lain.. Asalkan jangan beli gula-gula murah yang tidak diketahui halal haramnya & mungkin tidak elok untuk kesihatan.  Setiap kali ada sambutan Birthday, memang banyak sangat gula-gula saya buang!  Saya memang tak benarkan anak-anak makan gula-gula yang meragukan.  Cuma kali ni Ieqa decide untuk makan tanpa kebenaran sebab Mama selalu tak benarkan kot.  Harap-harap dia seriklah bila dah kena macam ni.. (heheheh.. skrg ni rasa nak tergelak pun ada)... Ieqa ni memang hantu benda manis, susah nak explain dekat dia benda tu tak elok.  Bila jadi macam ni, tak serik lagi, tak tau lah kan...

* Mama mintak Baba balik so that boleh hantar Ieqa ke hospital or tolong Mama sama-sama jaga budak-budak ni.  Dahlah sebelah malam tu, masa kami kelam kabut settlekan diorang, si Ila pon kelam-kabut sama merangkak ke sana sini, sampai tergelincir terkena muntah Ieqa & jatuh dalam muntah!   Hadoii... kelam kabut Baba mandikan dia... Jadi Mama memang susah jugak nak handle keadaan yang havoc macam ni.  Sekali tu.. bila sampai, Baba pulak demam!! Huhuhu... Ada lagi sorang sakit Mama nak kena tengok!!! Dugaannn....


SELAMAT HARI RAYA!!

Monday, August 3, 2015 2 comments
Tahun ni rumah Tok tak meriah sangat coz Adik-Adik yang lain beraya di sebelah Mertua.  Yang ada cuma family saya & Not aje.  

Tiha tukang hidang, Ieqa tukang makan!  Semua jenis biskut saya buat 2 adunan (banyak tuu..) habis dikerjakan budak-budak ni sampai tak sempat saya bagi pada pekerja dan jiran... Nasib baikla sekolah pun takde request biskut raya... Memang licin semuanya!

Haaa... Itu sorang lagi... Wafiq namanya... Sama jugak macam Ieqa.  Hantu benda manis!  Ni awal pagi lagi... Banyak lagi belum dihidang tu.. setakat cookies Mama buat aje..

Hasil jahitan Mama... Tudung Tiha tu ialah Shawl 2 muka... Kain kami gunakan Lycra Crepe & printed lycra.  Selesa & terletak elok.. Alhamdulillah... 



Gambar sekeluarga... Oh ye.. nak say thx kat Baba sebab jahitkan tudung & jubah Mama!  Mama just add hidden zip untuk menyusu aje kat depan... Masa bergambar ni dah ramai sebab Abang & family datang, begitu juga Adik Lelaki yang berkahwin dengan orang sejengka jugak... Jadi tiap-tiap tahun diorang mestilah ada... 
Raya tahun ni saya rasa happy sangat sebab boleh pakai baju yang dijahit sendiri.. Boleh tambah zip ke, button ke, apa ke.  Tudung saya ikut style Prof Muhaya yang labuh tu.. selesa sangat.. Awning pula saya gunakan soft awning... Masa jahit jubah saya ni,  kami dah kesuntukan masa sangat.  Mama memang tengah bz nak packing barang, baju, masak etc.. Last-last Baba decide biar dia aje yang jahit.  Jangan tak tau sampai awning tudung tu Baba yang jahitkan (agak susah untuk mereka yang amatur)... Cayalah Baba!  Bukan apa, sebelum-sebelum ni Baba surrender kalau nak deal dengan lycra.. Sebenarnya senang aje lycra ni, asalkan kita kena ikut dia, jangan paksa dia ikut kita.. heheh..  Nantilah saya share pola yang mana ada ye... Susah sikit nak share entri jahit sebab link banyak dalam hp or dekat husband.. tu yang asyik terlengah-lengah aje...

Saya bawak balik mesin jahit, jadi sempatlah saya menjahit macam-macam.  Cthnya malam raya saya jahitkan shirt untuk Ila & malam raya kedua saya jahitkan instant shawl untuk Tiha.. pendek kata, esok nak pakai, malam tu jahit!  Mulalah perasan hebat sendiri ni!... hahahaha... (frankly, banyak sangat kelemahan yang perlu dibaiki, mostly bab kekemasan tu).  So... jangan request untuk tempahan kat saya ye... Saya memang tak confident nak jahit kat orang... Memang kekemasan belum tahap yang dijual dikedai.  Jadi tak layaklah saya jual kan??