Fuuhhh!!!.. Berjaya juga saya terlepas dari genggaman Shumaila. Dahlah siang dia conquer Mama, malam pun sama! Memang tak jadi kerja dibuatnya. Bila Baba ada, barulah banyak sikit ruang Mama nak siapkan pelbagai kerja or rest! Bila Baba tido, pandai-pandaila Mama handle baby yang mengada tu. Biasa endingnya, Mama pun terlelap sekalilah kann... Tu yang selalu je blog ni sunyi sepi sekarang...
Meh kita layan hasil anyaman ketupat orang yang tak pandai. Tah kenapa lepas raya hari tu rasa teringin nak buat ketupat & rendang. Anak-anak pun macam tak puas je makan masa Raya baru-baru ni. Memang Mama & Baba langsung takde pengalaman dengan ketupat. Maka Youtube & blog la tempat rujukan... heheheh..
|
Mama tanak pulut. Ada 2 cara.. satu dikacau dalam santan yang didih, atau dikukus. Saya ikut yang mana mudah aje.. :P |
|
Disebabkan tak sabar nak membalut... NI hasil kerja Saya & Tiha. Errr.. macam tak berapa kena je... Alaa.. belasah je la... |
Saya buat sikit je dulu & rebus sebab tak sabar nak tengok hasilnya. Bila Baba balik.. dia cakap semua betina! Hehhee.. Baba dah terror anyam ketupat hasil dari pengajiannya melalui Youtube & blog semalam... Eleehh.. eksyen je lebih Baba ni...
|
Gambar model 'ketupat jantan'.. Errrkk... (ni gambar Baba possing untuk group Wassap family... hehehe..) |
|
Hasil tangan Baba... |
|
Direbus.. .. Ni belum potong tangkai... Lepas tu rasa rimas pulak.. |
|
Saya potong pulak tangkainya tu... Almaklumlah.. Orang tak reti buat ketupat kan... |
Bila dah siap... berebut-rebutlah nak makan. Frustnya sebab ketupat kami lembik gara-gara termasuk air rebusannya tu!... hahahah... Ohh nak bungkus ketupas kena ikat kuat yeerr?? Kami ingatkan kena longgar sikit supaya pulut tak mampat sangat... hehehehe.... Kelakarlah tengok longgar-longgar jadi bungkusan ketupat tu lepas siap masak.
|
Tiha bawak bekal ke sekolah. Dahlah rendang kali ni agak hancur & kering... Tapi rasanya sedap tauu.. Walaupun ketupat ku lembik, kawan Tiha mintak ketupat lagi esoknya!! Katanya sedap dari ketupat yang dia pernah makan.. Haaa.. ni baru ketupat lembik Mama masak. Kalau betul-betul menjadik, mau berebut ye... |
Walaupun hasilnya tak memberansangkan, tapi sangat puashati sebab 1kg pulut tu habis dimakan tanpa sisa. Siap mintak lagi dan lagi! So Mama rasa mission accomplished sebab anak-anak enjoy je makan. Mama pulak makin bersemangat nak buat lagi nanti. Seronok rupanya buat ketupat ni ye...
* Bila sebut ketupat, teringat Arwah Tok sebelah Ayah yang terror buat ketupat. Biasanya memang semua orang puji ketupatnya tu. Saya tak tau cara nak buat sebab Tok tak bagi tolong (maklumlah cucu berderet & kecil-kecil pula.. bukannya boleh tolong apa pun, tolong bikin semak adalaa...). Yang paling sadisnya, saya tak pernah makan pun ketupat tu! Sekarang ni rasa nyesal pulak sebab tak rasa. Masa kecik, saya memang tak suka ketupat pulut, tambah-tambah kalau dihidang dengan serunding! Bila dah ada anak, semuanya kaki ketupat & lemang, barulah saya pun enjoy makan sama... hehehe... Rugi rasanya tak dapat belajar & simpan resepi ketupat Tok yang digemari ramai tu.
4 comments:
Gambar 1st balut tu mmg mostly betina, nmpk 1-2 je yg jantan. Btw, pandai ye baba balut jadi ketupat jantan. Lepas balut, patutnya atas daun yg lebih tu, kena simpulkan, then baru potong. Next time leh try kukus pulak, confirm ketupat tak lembik. Mak sy lg suka kukus ketupat. Ok, now mengidam ketupat jugak! Nasib baik ada simpan yg frozen, ni yg nk cpt2 pi kukus blk ketupat frozen ni
Ketupat akak masuk air sebab tak ikat kat lebihan tangkai tu..kena ikat kemas kat situ baru air xmasuk. Ketupat palas ni nak kena pastikan tiada bucu yang berlubang
A'ah.. Ye la.. Parutla saya rasa mcm ada yg tak kena.. Kami tak simpul ketupat tu ye? Hehehe.. Nasib baikla awak perasan. Thx ye sbb bgtau... Saya memang nak buat lagi, harap2 kali ni menjadi..
Hahaha.. Memang saya tak pandai walaupun dah refer tutorial sana sini. Nasib baik Baba jenis senang faham. Tu yg dia elok je jadinya. Tp kantoi part lain pulak. Kukus? Menarik jugak cara tu. Agak2 berapa lama ye? Mcm mana nak tau ketupat tu dah ready ke belum? Thx ye.. Makin bersemangat nak buat lagi ni. Bestnya dapat makan ketupat buatan sendiri...
Post a Comment