Tak lama lepas tu, Ieqa pulak muntah! Si Ieqa ni memang tak pernahnya boleh muntah elok-elok dlm toilet. Habis berterabur atas lantai dengan bajunya. Adoii laaa... Jenuhla kami laki bini mengadap dua beradik ni muntah non stop sepanjang malam. As usual kami bagi minum air kelapa... bila muntah, minum lagi... buat ulang-ulang sampailah air kelapa tu tak dimuntahkan balik.
Akhirnya Tiha stop muntah by 2.00 a.m. Tinggal Ieqa yang dah kesejukan dan keletihan dalam bilik air tak selesai lagi. Saya suruh dia stay dalam bilik air aje sebab dah 3 helai baju habis kena muntahnya. Lantai.. alas kaki semua pun habis kena. Kesian jugak sampai terlelap-lelap dlm bilik air.
Bila dah dua-dua muntah.. kami soal siasat semula.. apa yang diorang ni makan berdua. LAst-last kantoi lah sudah... Ieqa offer Tiha gula-gula sempena Birthday kawannya kat sekolah. Diorang makan sorang sebiji (saya tak benarkan, Ieqa curi-curi makan & perdaya Tiha kononnya Mama bagi)... Mujurlah Misha tak makan... Kalau tak, tak dapat imagine la macam mana teruknya dia kena. Boleh nampak effect nya tu kemain teruk pada Ieqa sebab saiznya yang kecil tu. Geram betul saya... Gula-gula ke racun ni?? Sampai teruk macam tu budak-budak ni muntah. Sayangnya saya tak boleh report ke pejabat kesihatan sebab kesemua gula-gula tu dah pun dibuang Baba. Kalau tak memang saya angkut ke pejabat kesihatan untuk diperiksa kandungan gula-gula tu.
Inilah bekas gula-gula tu. Sila pastikan tiada sesiapa yang makan gula-gula ni! Isi kandungannya ala-ala pil. Mujurlah anak-anak makan sebiji aje & Misha tak makan! Kalau tak, boleh maut dibuatnya. |
Pagi esoknya... elok bangun, dua-duanya membuang dulu. Tak lama lepas tu baru saya perasan... Ya Allah,, penuh kesan muntah kering kat bahagian tepi baju & tilam Ieqa. Agaknya dia muntah dalam tidur. Baba tak perasan sebab dia tidur mengiring agaknya. Lepas bagi minum air kelapa.. 2x dia muntah... Terus saya decide bawa dia ke hospital. Bimbang....
Mujurlah by the time Baba sampai... dia berjaya minum lagi setengah gelas air kelapa tanpa muntah. Lagipun saya perhatikan bibirnya tak kering & bunyi muntahnya pun tidaklah 'azab' sangat... Means kesan keracunannya tu dah berkurangan lah. So cancel plan ke hospital... pantau aje dia kat rumah untuk make sure dia well hidrate. Makanan diorang cuma isi kelapa muda & bubur ayam aje. Alhamdulillah.. by petang takde muntah lagi dah. Ieqa pun nampak segar & ceria. Lega sikit..
So.. saya just nak pesan pada parent semua.. hati-hati dengan gula-gula, junk foods, jajan yang dibeli untuk anak-anak tu. Make sure kita tahu apa kandungannya, pilihlah jenama yang boleh dipercayai... Jangan lah suka belikan jajan di kedai borong & murah-murah tu. Mostly yang asalnya dari China. KAlau nak bagi goodie bag pun, make sure makanan yang memang selamat dimakan. Kalau takde budget nak beli coklat mahal, bagi aje benda-benda lain.. Asalkan jangan beli gula-gula murah yang tidak diketahui halal haramnya & mungkin tidak elok untuk kesihatan. Setiap kali ada sambutan Birthday, memang banyak sangat gula-gula saya buang! Saya memang tak benarkan anak-anak makan gula-gula yang meragukan. Cuma kali ni Ieqa decide untuk makan tanpa kebenaran sebab Mama selalu tak benarkan kot. Harap-harap dia seriklah bila dah kena macam ni.. (heheheh.. skrg ni rasa nak tergelak pun ada)... Ieqa ni memang hantu benda manis, susah nak explain dekat dia benda tu tak elok. Bila jadi macam ni, tak serik lagi, tak tau lah kan...
* Mama mintak Baba balik so that boleh hantar Ieqa ke hospital or tolong Mama sama-sama jaga budak-budak ni. Dahlah sebelah malam tu, masa kami kelam kabut settlekan diorang, si Ila pon kelam-kabut sama merangkak ke sana sini, sampai tergelincir terkena muntah Ieqa & jatuh dalam muntah! Hadoii... kelam kabut Baba mandikan dia... Jadi Mama memang susah jugak nak handle keadaan yang havoc macam ni. Sekali tu.. bila sampai, Baba pulak demam!! Huhuhu... Ada lagi sorang sakit Mama nak kena tengok!!! Dugaannn....
0 comments:
Post a Comment