COOKIES - TART NANAS & KOLEKSI RESEPI CITRASAWAN

Thursday, July 6, 2017 0 comments
Tart nanas adalah biskut wajib setiap kali raya.  Ini biskut untuk Baba!  Anak-anak takde pun yang makan.  Tapi Mama tau biskut ni pasti ditunggu oleh Baba, memang dah jadi menu wajib sejak Mama kenal dengan Baba lagi... :P.

Biasanya saya guna resepi Kak Gee.  Tapi kali ni saya ubah selera, guna resepi dari Kak Wan Citrasawan pula.  Dalam koleksi resepi Kak Wan, banyak betul resepi tart.  Tapi selepas saya belek, semua hampir sama, cuma ada sedikit pengubahsuaian dalam penggunaan susu pekat, kuantiti tepung dll.  Boleh refer semua koleksi biskut Kak Wan di sini 

Sebelum saya share resepi tart nanas, meh kita tengok antara kuih lain yang Tiha buat, tapi saya tak share resepinya atas faktor terlalu keras or terlalu gebu.. heheheh... 

Tengah pulun melenyek adunan kuih tiram..

Dilenyek, disapu adunan minyak, gulung dan potong...

Doh tu saya suruh Laieqa agihkan siap²

Selepas dipotong, dilenyek pula macam ni.  Part ni tugas Misha
Adunan minyak ni senang aje, gabungan tepung beras dan minyak jagung aje..

Dah siap.. tapi kurang comel kan?  Nak kena praktis lagi..  Kuih tiram ni agak keras, next time saya nak try resepi lain pula.  Kebanyakan mereka yang biasa buat kuih ni bgtau yang doh kuih ni cuma guna doh karipap aje!  Laaa.. kalau ku tahu, awal² dah saya guna resepi kulit karipap yang rangup dan gebu... heheeheh.. Insyaallah.. next time la ye..

Adunan kuih siput pula

Tiha yang tukang bentukkan ni... Sayangnya resepi ni menghasilkan kuih siput yang teramat gebu.  tak umpphh bila dikunyah.  So saya tak simpanlah resepi tu..
 Okay.. ini pula resepi tart nanas kami baru-baru ni.


Tart Nenas Rosalinda

Bahan-bahan
250gm mentega
40 gm gula kaster
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
370 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung

Jem Nenas - Siap guna boleh di beli di pasaraya - gentel bulat

Cara-cara :
1. Satukan mentega, susu pekat dan gula, pukul hingga berkrim. Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul hingga sebati.
2. Masukkan tepung yang diayak. uli hingga adunan tidak melekat di jari.
3. Canai antara 2 keping plastik dan terap menggunakan acuan yang di sukai. Letak jem nenas di tengahnya.
4. Bakar dalam oven di rak tengah pada suhu 160'C selama 15-20 minit. Keluarkan dari oven. Sejukkan dahulu.
5. Untuk menghias, picit royal aising putih di atas jem, 4 jalur melintang dan 4 menegak. Picit 2 dot di tepi dan letakkan bunga gumpaste kecil, picit royal aising hijau untuk daun.

Royal ising

2biji telur putih
100g ising suger

Cara2
Pukul hingga kembang & sebati.. kalau adunan cair bolh tambah gula lagi..
Saya buat tart nanas biasa aje.  Tak buat pun royal icing tu.  

Tiha bentukkan tart, Ieqa pula timbang inti, Misha tempek inti.. Biasanya Ieqa dgn Misha tu buat half way aje.  Kejap lagi bila Mama keluar jengok, tinggal Tiha sorang² bertungkus lumus handle semua tu sorang-sorang!  Walaupun kerja² ni penat.. tapi setiap hari Tiha tetap tanya.. hari ni nak buat biskut apa pulak Mama?  Tu yang buat Mama excited nak cari resepi dan adun.  Mama tau akan ada tukang siapkan semua cookies tu.. hahahaa.. 

COOKIES - ULAT VIRAL

Wednesday, July 5, 2017 0 comments
Raya kali ni saya pun tak terlepas dari demam ulat viral.  Ala.. buat untuk budak-budak.  That's why bila isu halal haram keluar saya tak nak ambik pot sangat.  Depends on niat masing² lah.  All this while macam-macam makanan berbentuk binatang pun ada.  Benda-benda macam ni if kita nak berbahas, memang takde sapa menang dan kalah.  Hanya akan 'merendahkan' status muslim di kalangan bukan muslim aje... Segan tau tengok muslim suka bergaduh² siap dengan maki hamun atas isu² yang kecil.

Biskut ni takde satu resepi yang spesifik pon.  Saya tengok ada yang guna resepi samperit susu, ada yang guna resepi biskut lain juga dan kali ni saya tiru satu resepi ni sbb letak cornflakes.  Tiapkali nak masak apa² saya akan belek stok² yang sedia ada.  Mana² barang yang dah lama terperam, akan saya keluarkan dulu. So kali ni 'terguna' lah jugak separuh dari baki cornflakes tu.

Resepi ni saya dapat dari FB ye :

RESEPI ULAT GENDONG
250g mentega
120g gula icing
70g cornflakes hancur
300g tepung
1/4 susu tepung(ske ati nk ltak atau x)
1 sudu kecil baking powder
Coklat chip
Cara2
1.ayak tepung dan satukan bersama baking powder dan susu tepung.ketepikan
2.putar mentega dan gula hingga sebati
3.masukan cornflakes dan putar sekejap
4.masukan tepung sikit demi sedikit hingga menjadi doh yg lembut.
5.bentukan mengunakan sikat untk bahagian badan.coklat chip tekan sedikit utk mata dan bengkok kan badan ye.
6.bakar pde suhu 150○c dalam 15-20 minit.
Tips:utk mndpt kn badan ulat gendong yg cantik,pastikan doh lembut dan bile bengkok kn badan ye dye xkan pecah

Kalau tengok gambar dari tuan empunya resepi, memang sebijik rupa ulat.  Tapi yang saya buat, tak berapa nak cukup syarat.. hehehe.  Saya guna acuan kuih siput utk dapat jalur-jalur ulat tu.

Antara semua biskut, yang ni paling anak² suka!  Walaupun saya tertinggal balang kuih ni kat KL, tapi kuih ni dulu habis!  Masa bulan puasa pun jenuh Mama nak dengar pujuk rayu diorang yang nak sangat makan kuih ni.  Satu adunan ni taklah banyak mana hasilnya, plus Tiha dah terhanguskan 2 loyang terakhir gara-gara tertidur.  Mama pulak keluar dating dengan Baba kejap malam tu... ooppss..




Oleh kerana resepi ni ada letak baking powder, biskut ni akan mengembang sedikit bila dibakar.  So jangan buat besar-besar sangat.  Selamat mencuba!!

COOKIES - MARMAR CARRIES @ MAMA CARRIE

0 comments
Kuih ni pernah popular zaman saya kecik-kecik dulu.  Actually cookies ni hampir sama dengan shortbread dan dihiaskan dengan Royal Icing.  Kalau ikut pemerhatian, saya jumpa dua nama berbeza untuk biskut ni.  So tak kisahlah yang mana-mana pon, kuih ni saya buat untuk ceriakan anak-anak.  Rasa cookies ni rangup.. saya suka.  Tapi anak-anak lagi suka Rainbow Cookies or Vanilla Crunchy.  Jadi dua-dua biskut tu awal-awal lagi dah licin! Biskut Marmar Carries ni masih lagi ada suku balang.. hehehe..

Biskut kali ni saya harap penglibatan oleh semua beradik sebab proses melorek tu mmerlukan artis yang ramai.. hehehe.. Pendek kata, kalau banyak sangat masa terluang bolehlah buat sebab proses nak lorek satu-satu cookies tu memang mengambil masa.  Biskut kali ni saya yang adun juga.  Bukan sebab Tiha tak boleh buat, tapi lebih mudah jika saya adun di sebelah pagi, simpan dalam peti.  Balik sekolah Tiha sambung.  Tapi bila dia dah start cuti sekolah, saya bagi aje resepi dan suruh dia adun sendiri aje.  Cookies je pon kan.  Kalau tak bg dia buat, sampai bila pun dia takkan boleh.  Tapi memang warning dia awal², kalau tak sure tanya Mama.  Jangan pandai-pandai sendiri.

So far menjadi je kuih² yang dia buat walaupun still ada kecuaian sana-sini dan bersepah!!!  kalau sukat tepung, tepung tumpah, tuang gula, gula tumpah... atas kaunter tu pulak penuh dgn platik tepung lah, segala bekas sukatan lah.. tumpahan bahan masakan lah... Yang ni memang boleh Mama naik angin and buat Mama fikir 5x sebelum bagi dia handle.  Slowly tengah train dia supaya susun atur kerja tu elok² and buang sifat bekerja sambil menyepah!!

Inilah Royal Icing... 

Artis-artis jadian sedang kusyuk mengerjakan cookies.  Mujur masa ni budak gemok tertido dengan jayanya... Fuhhh!  

So far Misha ni memang minat cooking.  Harap² bolehlah jadi backup cook juga.. in case Kak Tiha busy dengan exam next year kan.. hehehe.  Cuma saya jarang train Misha ni sebab tak sanggup nak say No dekat si Shumaila yang akan sibuk nak buat juga!  Last² dua-dua saya halau keluar dari dapur.. hahaha.. 

Antara hasil terawal.  Icing sedikit cair sebab saya bancuh awal pagi, ptg baru buat.  Masa nak buat tu nampak telur & gula tu dah terasing pun.. hehehe.. Tapi still boleh diguna aje..

Dah siap bakar.. not bad kan???

Sepatutnya nak buat design macam ni... Tapi semua nak keluarkan kreativiti masing².. Suka ati koranglah.  
 Ini resepinya.. Saya ambil dari FB :

Resepi :
250gm mentega
3/4 cawan gula icing(saya guna gula kaster sbb nk rangup.. Xnk moist sgt biskutnya)
Sedikit esen vanila
3 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung jagung
1 bj kuning telur
*pukul mentega + gula + esen vanila sampai kembang.. Kemudian kuning telur dan pukul sebati.. Masukkan tepung sikit2 gaul guna spatula ke, senduk ke je dulu tau..kemudian sebatikn doh guna tgn plak..
Dah siap rehatkan sekejap
Topping :
1 bj putih telur
95 gm gula icing
1 sb tepung jagung
1 sk jus lemon (xnk letak pon xpe... Saya buh sbb nk potong rasa lemak gula)
Mix semua sehingga kental..
Bakar dlm 150-160 dlm masa 20-25 min utk sekali bakar..
Atau bakar dulu biskut dlm 12-15min.. Letak topping bakar sekali lg.. Bakar dlm 10min.. Klu dh keras topping tu kuarkan le biskut wlupon xcukup lg 10min ye.. ðŸ˜Š
Cara2 buat saya sertakan dlm gambar.. Harap2 terjawab le ye semua soalan semalam.. Semlm klu ada jawapn saya kurang mmberangsangkan saya minta maaf..xboleh nk berfikir dah sbb penat.. Lps buat biskut ni trs keluar g cari kelengkapan raya anak3..😊
(boleh click link atas untuk gambar ye)

Kat bawah ni pula Rainbow cookies yang Tiha buat hari yang sama.  Sambil adik² sibuk deko biskut, dia bancuh rainbow cookies.  Cuma kali ni dia ada tersilap sikit.. patutnya dot-dot tu lebih rapat, akibatnya cookies tu jd bulat² satu².. hehehe.  Tapi yg first tu aje la.. yang lepas² tu ok dah.  Then masa pembakaran pun agak terkurang, jd biskut ni tak berapa rangup.  Salah Mama jugak tak pantau langsung... :P.  Biasanya dia tau aje nak cek cookies dah masak ke belum.  tapi memang spesis dia jenis kena remind selalu walau dah beribu cookies dia bakar... (sighh..)


COOKIES - VANILLA CRUNCHY

Monday, July 3, 2017 0 comments
Salam Aidilfitri... Sana-sini masih lagi dengan mood beraya.  Kami sekeluarga dah pun balik ke KL semula pada raya kedua.  Lepas tu everything dah back to normal.  Nak keluar beraya pun takde mood sebab KL ni bila musim beraya macam ni, semua jalan jemnya lain macam!  Tak sanggup pulak nak tersangkut dalam jem, baik kami duduk kat rumah diam-diam aje... :P

Hujung Ramadhan, masa untuk saya mencuba resepi-resepi kuih raya.  Tahun ni sempat mencuba 2 jenis resepi bergoreng dan 5 cookies.  Tapi nama pun mencuba kan.. hanya a few yang saya berminat nak simpan as rujukan pada masa depan.  Kali ni saya share resepi vanilla crunchy (chocolate chip).  Simple dan rangup sekali. Saya adun cookies pakai senduk aje, lagi mudah.  takyah nak cuci dan simpan mixer... yahooo!!


Gambar cookies nanti saya upload kemudian.. jenuh menunggu photo ni loading.  Nasib baikla resepi ni ada dalam FB.  Hampeh jugak Blogger ni... Buat hilang mood nak letak resepi banyak-banyak malam ni.. huhuhu... Ingatkan masalah nak loading gambar ni dah selesai.... tensionnn!!!

Fuhh.. mujur malam ni laju je blogger ni load semua gambar... 



Mula² try guna tablespoon.. macam besar sangat.  last² try guna teaspoon.. ok cun... Saya suka dah saiz ni.  Cookies ni diuruskan oleh Tiha sepenuhnya.. Saya adun sebelah pagi, balik sekolah dia akan start baking dan simpan adunan dalam balang sampai siap.  




SALAM AIDILFITRI

Friday, June 30, 2017 0 comments
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.  Maaf juga sebab lama sudah tak bersiaran.  Saya masih belum bersara dalam bidang blogging, cuma kesuntukan masa dan banyak masalah² teknikal lain juga.  Maklumlah pc, laptop semua dah lanjut usianya.  Bertabahlah sikit.  Entri kali ni saya share hasil jahitan Baju Raya kami ajelah ye.  Resepi-resepi tertunggak tu diharap bakal muncul kat sini di kemudian hari.. InsyaAllah..

Kali ni kami jahit baju cara 'cheating' sikit.  Kami nak jimat masa kann.. Maklumlah sepanjang puasa saya banyak juga memasak untuk jualan bazaar Ramadhan, memasak untuk menu berbuka lagi dan buat kuih raya.  Lagipun kain-kain t-shirt/knitt cotton yang saya beli serba sedikit tu dah makin bertambah koleksinya.  Alhamdulillah.. memudahkan kerja.  Walaupun kebanyakannya remnants tapi pandai-pandailah berkreativiti supaya baju 4 beradik ni matching.  Mama dan Baba takde pun baju baru.  Baju dulu-dulu pun masih boleh dipakai, membazir pulak nak buat baru.  

Mulanya nak jahit 3 pasang, tapi kami dah nak balik semula ke KL raya ke2, so jahit 2 pasang cukuplah.  Anak² memang wajib dijahit baju baru.  Maklumlah diorang cepat membesar, paling lama boleh pakai pun 2 tahun.  Kami pun dah lebih 3 tahun tak membeli baju lagi dah.  100% Mama & Baba jahit aje.. 
Jahitan pertama... Raglan style... senang ya amat!  

knitt cotton bercorak tu ada a few meters aje. Bimbang tak cukup, kami combine dengan kain t-shirt kosong.  Since kain t-shirt kosong pun ada serba sedikit each color, maka jadilah fashion caca marba ni... hehehe.. Time ni belum siap finishing lagi pun.  Cadangnya nak tambah additional deco, riben dll kat pinggang tu, tapi tak sempatlah pulak.  

 Ini pula design kedua.  Kami guna konsep single pleated aje.. senang jugak.  Masa jahit baju kedua ni saya belajar dua perkara yang buat saya terasa tersangat happy! Firstly cara buat pleated dengan betul!  Kali ni hasil pleated tersangat cantik terletak dan nak jahit pun senang!  Harap² one day saya dapat buat tutorial yang mudah untuk semua orang ye.
 Yang kedua pula, teknik jahit leher dengan kemas tanpa guna ribbing/lobon!  Frankly saya lebih suka cara ni berbanding ribbing.  Nampak lebih kemas dan mudah sangat nak jahit!

Dapat idea ni dari tutorial jahitan dari vietnam.  Rasanya para otai ramai yang tahu dan banyak kali juga saya dah jumpa teknik ni.  Tapi masa tu saya still blurr dan tak faham kot.  Bila saya mintak tolong Baba fikir macam mana nak solve part ni, maka terhasillah teknik jahitan yang selama² ni saya cari!  
Di pagi Raya!!

Selfie sikit... Maklumlah dimekap oleh my Adik Bongsu, Adawiyah Zainol yang memang laku keras dengan projek mekapnya tu.  Mekap ni disiapkan dengan penuh tergesa-gesa pun.  Tak sempat nak pakai eyeliner dllnya tu.  Hantam lah labu! macamlah saya faham bab-bab make up ni.  Nak berbedak pun malas!.. hahahah...

Clan Pak Non.. Tak cukup 1 family aje.  Adik kat Kulim beraya di Bagan Datoh tahun ni.
 Pagi raya kami pakai baju yang kami jahit sempena Majlis Perkahwinan Anak saudara.  Maklumlah nak bagi nampak matching.  Mama dengan Baba pun bukan ada baju lain.. hehehe..
Kids & cousins..

Ila dengan beg raya... Beg raya ni nanti saya share dari mana sumbernya dalam entry lain ye. Baju ni hanya Ila & Misha bercorak Hello Kitty.  Tiha dgn Ieqa pulak bahagian bawahnya tu saya guna corak lain.  Maklumlah kain bercorak tu tak cukup.  Lagipun Tiha dgn Ieqa pun cakap malu nak pakai Hello Kitty.. macam baby katanya!! 


Baju ni pun ada sumbernya.  Kalau perasan kami jerutkan di kawasan pinggang dress supaya tak nampak macam 'baju tidur' sangat.  Idea ni Baba jumpa dari blog mat saleh.  Yang tu pun saya share kemudian ye.  Baba dan tido... hehehe...


Ini aje gambar² baju yang Baba tolong snap.  Tak jelas mana pun nampak bajunya. Punyalah malas nak ambik gambar banyak².. huhuhu..  Takpelah.. janji puashati dengan hasil jahitan last minutes kami ni.  Puashati sebab dapat belajar banyak benda baru dan puashati dapat hasil yang baik dengan masa yang amat singkat.  Alhamdulillah...