COOKIES - TART NANAS & KOLEKSI RESEPI CITRASAWAN

Thursday, July 6, 2017
Tart nanas adalah biskut wajib setiap kali raya.  Ini biskut untuk Baba!  Anak-anak takde pun yang makan.  Tapi Mama tau biskut ni pasti ditunggu oleh Baba, memang dah jadi menu wajib sejak Mama kenal dengan Baba lagi... :P.

Biasanya saya guna resepi Kak Gee.  Tapi kali ni saya ubah selera, guna resepi dari Kak Wan Citrasawan pula.  Dalam koleksi resepi Kak Wan, banyak betul resepi tart.  Tapi selepas saya belek, semua hampir sama, cuma ada sedikit pengubahsuaian dalam penggunaan susu pekat, kuantiti tepung dll.  Boleh refer semua koleksi biskut Kak Wan di sini 

Sebelum saya share resepi tart nanas, meh kita tengok antara kuih lain yang Tiha buat, tapi saya tak share resepinya atas faktor terlalu keras or terlalu gebu.. heheheh... 

Tengah pulun melenyek adunan kuih tiram..

Dilenyek, disapu adunan minyak, gulung dan potong...

Doh tu saya suruh Laieqa agihkan siap²

Selepas dipotong, dilenyek pula macam ni.  Part ni tugas Misha
Adunan minyak ni senang aje, gabungan tepung beras dan minyak jagung aje..

Dah siap.. tapi kurang comel kan?  Nak kena praktis lagi..  Kuih tiram ni agak keras, next time saya nak try resepi lain pula.  Kebanyakan mereka yang biasa buat kuih ni bgtau yang doh kuih ni cuma guna doh karipap aje!  Laaa.. kalau ku tahu, awal² dah saya guna resepi kulit karipap yang rangup dan gebu... heheeheh.. Insyaallah.. next time la ye..

Adunan kuih siput pula

Tiha yang tukang bentukkan ni... Sayangnya resepi ni menghasilkan kuih siput yang teramat gebu.  tak umpphh bila dikunyah.  So saya tak simpanlah resepi tu..
 Okay.. ini pula resepi tart nanas kami baru-baru ni.


Tart Nenas Rosalinda

Bahan-bahan
250gm mentega
40 gm gula kaster
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
370 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung

Jem Nenas - Siap guna boleh di beli di pasaraya - gentel bulat

Cara-cara :
1. Satukan mentega, susu pekat dan gula, pukul hingga berkrim. Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul hingga sebati.
2. Masukkan tepung yang diayak. uli hingga adunan tidak melekat di jari.
3. Canai antara 2 keping plastik dan terap menggunakan acuan yang di sukai. Letak jem nenas di tengahnya.
4. Bakar dalam oven di rak tengah pada suhu 160'C selama 15-20 minit. Keluarkan dari oven. Sejukkan dahulu.
5. Untuk menghias, picit royal aising putih di atas jem, 4 jalur melintang dan 4 menegak. Picit 2 dot di tepi dan letakkan bunga gumpaste kecil, picit royal aising hijau untuk daun.

Royal ising

2biji telur putih
100g ising suger

Cara2
Pukul hingga kembang & sebati.. kalau adunan cair bolh tambah gula lagi..
Saya buat tart nanas biasa aje.  Tak buat pun royal icing tu.  

Tiha bentukkan tart, Ieqa pula timbang inti, Misha tempek inti.. Biasanya Ieqa dgn Misha tu buat half way aje.  Kejap lagi bila Mama keluar jengok, tinggal Tiha sorang² bertungkus lumus handle semua tu sorang-sorang!  Walaupun kerja² ni penat.. tapi setiap hari Tiha tetap tanya.. hari ni nak buat biskut apa pulak Mama?  Tu yang buat Mama excited nak cari resepi dan adun.  Mama tau akan ada tukang siapkan semua cookies tu.. hahahaa.. 

0 comments:

Post a Comment