TEKNIK MENGADUN ROTI MENGIKUT CITARASA SENDIRI.

Monday, September 18, 2017 0 comments
Kali ni saya just nak share cara saya mengadun adunan roti.  Teknik campak-campak saya ni terhasil dari cedok-cedok ilmu di sana-sini.  Kalau dulu, nampak aje orang share resepi roti yang gebu, memang gatal je tangan nak test.  Bila dah terlalu kerap refer resepi, rimas pulak sebab tiapkali nak masak, kena refer resepi.  Jadi saya belek-belek dan study serba sedikit, saya rekacipta 1 teknik yang senang untuk saya apply.  Since that, saya dah perlu refer resepi lagi tiapkali nak meroti.  Saya akan combine apa bahan yang ada di dapur dan boleh adjust rasa roti tu ikut jenis roti yang nak saya buat.

Teknik ini adalah formula saya sendiri dan untuk makluman saya bukanlah profesional baker atau chef.  Jadi yang mana ada kekurangan dan kesilapan tu saya minta maaf ye. Lagipun saya dah maklumkan, teknik ni ialah teknik suka suki saya yang suka buat keje shortcut.. hehe. 

Roti² saya juga amat jarang menggunakan bahan-bahan pelembut yang lain.  Yang penting kita faham dan kenalpasti doh kita tu sudah elastik dan kena make sure roti dah cuku naik sblm dibakar.

Perkara basic yang perlu kita tahu ialah (susunan mengikut cara bancuhan menggunakan breadmaker) :

1. Cecair

Cecair yang biasa kita guna pastilah air.  Untuk sukatan tepung 500gm, kandungan air yang ideal bagi saya (ikut pada kualiti tepung dan jenis tepung juga) ialah 225ml jika menggunakan telur gred A/B.  Kalau tidak letak telur, anggaran air ialah 270ml setiap 500gm.  

Cecair yang kita guna tu tidak tertakluk kepada air sahaja, boleh gabungkan dengan susu segar (roti lebih lemak dan lembut), telur, yogurt, susu cair, susu pekat, whipping cream dan lain-lain lagi.  Sesetengah resepi menggunakan 100% susu segar.  Memang sedap tau kalau air tu diganti dengan susu. 

Apa juga cecair yang diguna tu, seeloknya di dalam keadaan sejuk.  Telur tu bagi saya optional ye.  Terpulang pada selera masing².  Kalau white bread/benggali atau roti john yang kat bawah ni saya tak guna telur.  Kalau bun manis saya letak 1 biji telur setiap 500gm tepung.  kdg2 1kg saya letak 1 biji aje telur A tu.  Ada sesetgh yang letak telur kuning aje (hasil lebih cantik).

2. Bahan perasa

Bahan perasa di sini yang saya maksudkan gula dan garam.  Kita tahu, yis sangat sukakan gula dan bencikan garam.  Terlebih garam, alamat kojol lah yis tu.  Jadi kita boleh sesuka hati letak gula sebanyak mana yang kita nak, tapi berhati-hatilah dengan garam.  Tidak hairanlah banyak resepi donut yang tidak bergaram!  

Sukatan cadangan untuk gula setiap 500g tepung boleh masukkan 30gm to 100gm gula.  Macam mana nak campak?  Senang aje.. 10gm sama dgn 1 sudu makan kita tu.  so bila saya buat roti, saya akan timbang tepung.  Dr situ saya agak aje berapa sudu gula yang saya suka.  Cthnya 500gm tepung mungkin saya campak 4 sudu untuk roti benggali, 8 sudu untuk roti manis.  Atau saya adjust gulanya jika saya nak letak susu pekat.  Saya juga pernah buat roti tanpa gula tapi menggantikannya dengan honey.  


link roti  Ini resepi wholewheat tanpa gula. tapi menggunakan honey.  Resepi asal ni agak mengelirukan, kalau ada masa nanti saya bagi proper resepi ye. ( Ini Resepi yg saya dah ubahsuai semula supaya lebih mudah..)
Garam - biasanya saya hanya letak 1/2sk - 1sk garam atau kurang untuk 500gm tepung.  Jangan lupa butter yang diguna sudah ada rasa masinnya.

Dalam katogeri bahan perasa ini juga boleh letakkan susu tepung jika takde susu pekat, susu segar atau lain-lain tu.  Kalau tak nak letak pun takpe.


3. Tepung

Roti saya biasanya menggabungkan tepung high protein dan tepung gandum biasa.  Anggaran tepung gandum di dalam campuran ialah 10%-20%.  Kalau nak campur lebih tepung gandum pon boleh.  Tapi tepung high protein ni lebih kukuh teksturnya dan menghasilkan roti yang kembang setaman.  


4. Yis

Sukatan yang biasa saya guna untuk yis ialah 1kg tepung bersamaan 1pack yis.  1 pack yis bersamaan 1tablespoon (lebih kurang ye).  Jadi kalau saya adun 1kg roti, saya cedok aje 1 tablespoon yis.  Macam yang saya katakan tadi, yis ni jangan bertemu lagi dengan garam tu.  Jadi inilah cara saya.. yis adalah bahan terakhir sebelum bm di set untuk uli.

Kandungan yis yang kurang ni memberikan tekstur yang lebih baik pada roti tapi sedikit mengambil masa untuk doh naik.  Biasanya saya naikkan doh yang dah dibentuk dalam 30minit ke atas (bergantung kepada saiz doh dan keadaan cuaca). Bolrh juga tunggu hingga sejam kalau was2 doh dah betul2 naik atau tak.  Since kandungan yis yang kurang, kalau terbabas masa pun roti tak mudah colapse.  TAPI kalau anda spesis yang nak cepat, boleh aje lebihkan kandungan yis tu... (kalau cuaca mendung atau malas menunggu lama, saya tambah sedikit yis)

5. Lemak

Lemak jugak penting untuk hasilkan roti yang lembut dan doh yang anjal.  Namun penggunaan lemak yang berlebihan juga menghasilkan doh yang sedikit 'kering'. Lemak ni kita boleh guna marjerin, butter, shortening atau minyak.  Tapi setiap jenis ni saya suka gunakan untuk doh yang berbeza.  Cthnya untuk roti, saya gunakan butter, pau saya gunakan shortening, pizza - minyak zaitun dan donut gabungan butter+shortening.  Untuk donut, seeloknya diletakkan sedikit shortening untuk mengurangkan kadar serapan minyak semasa menggoreng.  

Berapa banyak lemak?  Kalau dari segi gram, berat lelemak yang sesuai untuk 500g tepung ialah 30gm-120gm (macam gula juga) cumanya 1sudu butter bersamaan dengan 15gm (lebh kurang).  Jadi kalau saya bancuh 500gm tepung, saya akan masukkan 2-3 sudu butter (sy guna sudu mkn, letak rumbu) ke dalam doh yang sudah digaul oleh BM.  Kiranya ni paling akhirlah ye


Ok.. ni contoh resepi campak-campak yang saya gunakan ubtuk doh roti kat bawah ni.  Macam saya katakan tadi, semasa mengadun roti, saya hanya timbang tepung dan sukat air (itupon saya akan adjust kalau perlu sbb masa menguli saya akan tengok doh dah licin ke belum), doh yang sukar diuli, mungkin kekurangan air.  Tunjal² aje dengan jari kalau nak cek doh dah ok ke belum.. hehehe.  Jadi resepi ni taklah tepat mana sebab bahan² tu semua saya campak² aje tau..

400gm tepung roti/high protein
100gm tepung gandum
270ml air sejuk dr peti(adjust ikut kelembutan doh/jenis tepung)
2sb gula
4sb susu pekat
1/2sk garam
3/4sb yis (1 paket pon boleh)
3 sb butter/marjerin

Saya guna BM, masukkan cecair dahulu, baru tepung, yis. Bila tepung dah bergabung, masukkan butter. Saya uli 3x, guna setting no. 8 (14minit 1 Ulian).
Dah siap uli, bahagi kepada 8 bahagian dan bulatkan (rounding). Rehatkan doh 10 minit sebelum dibentuk.


Doh ni saya timbang 110gram each..





Ok.. ini aje cara saya meroti campak² dan mengikut citarasa sendiri tu.  Takde la hebat mana pun...nama pun campak².. :P

P/s: ada yang tanya.. Mcm mana nak buat inti dan cara roti john. Nanti bila free sy update. Sy ada share dekat fb suatu ketika dulu. Tak perasan pulak kat blog takde.. Sorry semua.. 

PROJEK JAHITAN SEMPENA WEDDING ADIK (JUGA SEDIKIT TIPS JAHITAN)

Wednesday, September 13, 2017 0 comments
Kalau sebelum ni kami sibuk dengan projek jahitan anak saudara.  Baru-baru ni kami sibuk pulak dengan persiapan untuk majlis perkahwinan Adik.  Kali ni extra excited sebab majlis perkahwinan Adik Bongsu.  Kiranya majlis terakhir lah untuk kami kan...

Mulanya saya beli Dull Satin di Tewah dan nak gabung dengan kain corak Pucci.  Malangnya saya tersalah beli warna!  Mana taknya 4kali pertukaran warna dibuat.. last² confused lah!  Nak taknak kena simpan kain tu and beli kain baru.  Rabak jugakla poket sebab total kali tu hampir RM400.  So kain yang kami beli kali ni, cari yang murah ajelah.  Saya beli kain Como Crepe dari Asiah Wahid (boleh cari di FB) semeter RM10, kain bidang 60.  Saya order 10 meter aje.. memang sipi² tu.  Maklumlah buat untuk sekeluarga kan.  Kemudian saya beli kain warna pink oren di Nagoya untuk digabung.  Kain ni RM12/m tapi jarang ala² chiffon dan ada sedikit batu² kecil.

Bila sampai kainnya.. memang cantik material como crepe ni.  Rasa amat berbaloi berbanding harganya.  Kainnya tak terburai dan senang dijahit.  Kalau baru-baru nak berjinak menjahit, boleh cuba guna como crepe ni.  Kat bawah ni antara hasil kerja Baba dan Mama dalam masa hampir 2 minggu juga.  Maklumlah proses menjahit tu banyak terganggu plus banyak jugak kesilapan² yang kami terpaksa perbaiki.

Ini antara kekecewaan yang kami kena hadapi.  Plan asalnya kami nak pasang horse hair supaya peplum anak² kembang setaman.  Tapi terpaksa tetas kerana untuk pasang horse hair ni seeloknya potongan kain 720 or 360 darjah.  Kami kononnya nak jimat kain, buat 180 darjah aje.  Bila dipasang horsehair, bukan main buruk jadinya.. Frust sangat
Ini rupa sepatutnya


Burukkan?  Tu terpaksa tetas.  Sebab peplum tu x cukup kembang, hasilnya peplum nampak tersenget-senget bila horse hair tu tegak dan tak sekata.  
 Walaupun amat kecewa, tapi baju anak² still nampak ok.  Takpelah.. next time lah saya guna horsehair tu..
Kalau nak tau, saya gunakan gunting zig zag atau nama betulnya pinking shear.  Kalau ada gunting ni, tak perlu nak snip kain, cepat kerja.  Kalau kain jenis tak terburai pun boleh zig zag aje, tak perlu jahit tepi.  Tapi kali ni Baba mintak saya jahit tepi juga walau nampak kainnya jenis tak lerai.  Ini saya gunting bahagian leher, sebelum pasang pelapik

Kain como crepe ni susah patah sebab tebal.  Gunakan setting jahitan zig zag untuk hujung lengan dan juga baju untuk kekemasan.  Kalau ada twin needle pun cantik.  Tapi masa ni saya dah makin mengejar masa, zig zag lebih pantas.. hehehe

Ini baju saya yang separa siap.  Masa tengah jahit saya rasa baju ni labuh semacam.  Bila saya pakaiii... Alamakkk... Memang kalah supermodel punya ketinggian ni.  Aduhh.. Dalam happy tengok hasil idea kami ni berjaya dijahit, nak kena tetas semula pulak.. huhuhu... 

Bayangkan terpaksa tetas kesemua jahitan ni supaya boleh alter balik pola baju sebab pinggang dan ketiak semua jatuh...
 Sementara nak tunggu Tiha tetas, Baba alter pola dan potong baju saya tu.  Saya try buat baju Kurta Baba.  Ini first time saya buat plaket baju Melayu ni.  Menggigil juga sebab jahitan kena betul² kemas.  Sekejap² refer video nak make sure tak tersilap.  Nak tegok tutorial buat plaket, boleh masuk FB SUE BADRUL.  Tengok kat bahagian video, lengkap video tutorial untuk buat kurta.

Dah siap!  Cuma nak tebuk lubang butang dan pasang butang.  Tapi itu pun nak kena refer youtube juga tau.. hehehe.  Frankly saya happy sangat dengan hasil jahitan plaket saya ni... Tak tergambar rasa excited tu.  Terbalas rasa perit jerih kami berdua belajar menjahit melalui video demi video, google sana sini, youtube lagi.... 
Akhirnyaaa.. siaplah baju Mama & Baba.  Boleh packing barang dan balik kampung!! Yahooo!!! 

Untuk jahitan di leher tu saya refer video tutorial dari Nisa Abas di Youtube.  Suami saya cakap Sue badrul pun ada share, tapi masa ni saya dah faham melalui tutorial dari Puan Nisa Abas, jadi saya tak refer dah video Puan Sue Badrul tu.
Elok siap aje jahit, bergegas kemas barang² untuk balik ke kampung.  Macam ni lah jadinya selalu buat kerja last minutes.  Kami sampai kat kampung dah jam 3.00 pagi.. :P


IDEA

0 comments
Since dah lama sangat tak update blog.  Banyak sungguh gambar-gambar dalam phone.  Itu pun banyak sangat yang hilang.  Yang ada ni kira koleksi tah hapa² je.  Takpelah.. saya share aje, boleh jadi idea untuk sesiapa yang buntu tak tahu apa nak masak.

Bagi saya yang sedang ber Atkins ni, memang amat mencabar untuk menahan diri utk cut 100% karbo dan sugar.  Kali ni saya agak nekad sebab saiz badan makin membesar dengan jayanya.  Kalau nak tahu, walaupun kita dah diet sampai slim, tapi kalau masih mengamalkan corak pemakanan yang sama, pasti kita akan kembali ke berat asal juga.  Itulah hakikatnya.  Tapi dalam tempoh 6 bulan ni, saya dah enjoy makanan sepuas-puasnya.  Dah bulat balik, jomlah kita diet semula!.. hehehe.. Bagi saya nak diet tu, ok lagi.. nak maintain tu amat sukar.  Tiapkali nampak makanan best, pasti nak buat!


Masak Lemak Cili Padi Udang + belimbing buluh.  Sedap oiitt.. selama ni kalau buat tak makan belimbing tu, bila saya cuba makan.. Mak Aiii.. sedapnya belimbing yang dah hilang masamnya ni.  Korang kena cuba buat tauu.. 

Nak buat masak lemak ni senang aje.  Tumbuk/kisar cili padi dan kunyit, masak dengan santan.  Kemudian saya masukkan asam tu sampai agak-agak dah sebati dengan kuah then baru masukkan udang dan daun kunyit.  Kacangg.. 

Ini pulak sandwich anak-anak.. sandwich telur dan ayam.  Lepas buat sandwich ayam style macam ni, masing² dah tak pandang sandwich telur tu.  Nak resepi sandwich telur boleh cari kat entri lepas² ye.  
 Sandwich ayam pula.. Grill ayam (boleh renjis salt n pepper atau gaul apa² bahan kesukaan, saya guna rempah cajun).  Hancurkan ayam tadi, gaul dengan mayo serta perahan lemon kemudian perasakan garam dan pepper nya sampai menjilat bibir.  Fuhh.. berebut-rebut sekeluarga makan.
Yang takde sayur tu sandwich anak².  Yang Mama and Baba banyak sayur (salad, tomato) dan gunakan roti wholewheat

Buat dua bekas besar (hampir 3 loaves roti) tetap tak cukup... huhuhu..

Percubaan nak plating cantik-cantik.  Failed!!

Sunny side up.. ni breakfast simple.  Makan dengan roti.  Pecahkan telur atas pan yang diletak minya/butter.  Letak pepper banyak² dan tutup.  Kalau makan dengan nasi lemak pun saya buat macam ni.  Senang, sekali masak 3 biji terus
 Bawah ni mendonut.  Kali ni saya guna resepi humban² aje.  Takde telur dan guna tepung gandum 100%.  Alhamdulillah.. hasilnya not bad walau tak diuli sakan.  Sayangnya takde gambar kejadian donut yang dah bergoreng.
Kalau kuih terpenyek sana sini pastilah hasil tangan Tiha.  

Saya sibuk menggentel donut cheese dan donut coklat.. sedappp!!!

Ni cheesetart.. Tiha yang prepare kulit dan juga bahagian cheese tu.  Dalam cheesetart ni takde filling sebab we all tak suka cheesetart yang ada filling.  Yang kosong macam ni lagi sedap!  Ala-ala cheesecake rasanya

Ini baki roti wholewheat yang saya toast dengan butter then picit susu.  Suka betul anak-anak.  Habis diet pasti saya buat lagi.  Yang ni hasilnya belum perfect, nanti dah dapat hasil yang saya betul-betul puashati baru saya share resepinya

Buat donut kat kampung atas request adik ipar.  buat 1kg, ini aje yang tinggal!

Pau yang amat cantik kejadiannya

Saya amat puashati dengan pau kali ni.  Saya buat 1/2kg, memang tak cukuplah jawabnya.  Resepi ada dekat entri lama saya.  Habis diet.. siaplah kau pau!!

AWNING TUDUNG

Tuesday, September 12, 2017 0 comments
Since takde gambar lain dalam photo phone saya.. Saya share dulu keje-keje menukar awning tudung yang saya buat selepas Raya Puasa hari tu.  Tudung-tudung ni kebanyakkannya koleksi tudung Adik yang dah tak nak dipakai sebab awningnya rosak.  Laju je saya angkut.. tak payah dah beli tudungkan?  Awningnya pula saya gubakan kain-kain yang ada kat rumah aje...
Ini tudung first yang saya jahit, awningnya longgar dan ada kesan kain tertarik, jadi saya tukar awningnya... Awning ni saya guna material lycra moss crepe

Ini pula kain t-shirt yang saya jahit tetulang dan bakal dipotong dan disambung sebagai awning.  Senang dan cantik rupanya buat awning pakai kain t-shirt.  Saya rasa tak perlu buat tulang pun dah ok...

Dah siap!!

Kain t-shirt juga ni

Ini kain t-shirt jenis Gildan.  Kain ni agak tebal dan cantik sangat.  Antara semua saya paling suka awning yang ni


Tudung awning Gildan tadi

Tudung dari lycra moss crepe
Untuk buat tetulang tudung, boleh refer entry yang lepas ye.  Cara menjahit awning tudung.  Mula-mula memang rasa susah.. dah try buat nanti, rasa simple sangat.  Sekejap aje dah siap.  Nak tetas tudung tu yang kena lebih hati-hati bimbang termakan kainnya.  Selamat mencuba!!


CUCUR MANIS VIRAL

0 comments
Tadi saya tengah buat entry tentang Anniversary hari tu yang tertunda.  Bila nak upload photo.. alamakkk!!  Memang takde pon photo dan video anniversary tu dalam list.  Gambar latest just cucur viral ni aje.. huhuhu.. Entah berapa banyak koleksi gambar saya yang hilang tak tahulah sebab dalam tempoh beberapa bulan ni lebuh 3x kot saya format hp dan bertukar hp.  Haii.. nasib-nasib...

Alang² dah ada gambar cucur viral, saya share resepi cucur viral ajelah ye.  Saya dah try 3 teknik buat cucur ni.  Teknik yang ni paling saya suka dan menjadi cantik :

2 cawan tepung gandum
2 cawan air (saya lebihkan beberapa sudu)
3 sudu besar gula
1/2 sk garam
1 sb minyak (optional)- saya prefer letak sbb rasanya lebih enak, tak melekit

* Didihkan atas api semua bahan kecuali tepung.  Bila air dan bahan-bahan tadi dah mendidih sakan, terus tuang dalam tepung.  Gaul-gaul sampai sebati dan boleh bulat-bulatkan dengan bantuan air (celupkan jari ke air) supaya tak melekat di jari.  Doh boleh ditindih-tindih, takde masalah...

Ni mama demo kat Tiha je.. nanti dia sambung la menggentel dan goreng.



Ni testing.. Mama yang bulat-bulatkan.  Lepas tu Tiha sambung goreng

Bila Tiha sambung goreng, banyaklah bisulnya sana sini..
Kalau nak tahu, memang sedap sangat cucur ni.  Luarnya rangup dan dalamnya lembut sangat.  Saya pernah buat masa kat kampung tapi jenuhlah nak menggentelnya.  Adik Ipar pun excited bertanya itu ini bila dah gigit sebiji kuih ni.  Nak gentel kuih ni kena licin kalau nak cantik dan enak.  Kalau menggerutu kadang-kadang cucur ni jadi keras (first time buat saya tinggalkan Tiha gentel dan goreng cucur ni, menggerutu dan keras hasilnya) tapi anak-anak makan sampai licin juga.. hehehe..