Kalau sebelum ni kami sibuk dengan projek jahitan anak saudara. Baru-baru ni kami sibuk pulak dengan persiapan untuk majlis perkahwinan Adik. Kali ni extra excited sebab majlis perkahwinan Adik Bongsu. Kiranya majlis terakhir lah untuk kami kan...
Mulanya saya beli Dull Satin di Tewah dan nak gabung dengan kain corak Pucci. Malangnya saya tersalah beli warna! Mana taknya 4kali pertukaran warna dibuat.. last² confused lah! Nak taknak kena simpan kain tu and beli kain baru. Rabak jugakla poket sebab total kali tu hampir RM400. So kain yang kami beli kali ni, cari yang murah ajelah. Saya beli kain Como Crepe dari Asiah Wahid (boleh cari di FB) semeter RM10, kain bidang 60. Saya order 10 meter aje.. memang sipi² tu. Maklumlah buat untuk sekeluarga kan. Kemudian saya beli kain warna pink oren di Nagoya untuk digabung. Kain ni RM12/m tapi jarang ala² chiffon dan ada sedikit batu² kecil.
Bila sampai kainnya.. memang cantik material como crepe ni. Rasa amat berbaloi berbanding harganya. Kainnya tak terburai dan senang dijahit. Kalau baru-baru nak berjinak menjahit, boleh cuba guna como crepe ni. Kat bawah ni antara hasil kerja Baba dan Mama dalam masa hampir 2 minggu juga. Maklumlah proses menjahit tu banyak terganggu plus banyak jugak kesilapan² yang kami terpaksa perbaiki.
|
Ini antara kekecewaan yang kami kena hadapi. Plan asalnya kami nak pasang horse hair supaya peplum anak² kembang setaman. Tapi terpaksa tetas kerana untuk pasang horse hair ni seeloknya potongan kain 720 or 360 darjah. Kami kononnya nak jimat kain, buat 180 darjah aje. Bila dipasang horsehair, bukan main buruk jadinya.. Frust sangat |
|
Ini rupa sepatutnya |
|
Burukkan? Tu terpaksa tetas. Sebab peplum tu x cukup kembang, hasilnya peplum nampak tersenget-senget bila horse hair tu tegak dan tak sekata. |
Walaupun amat kecewa, tapi baju anak² still nampak ok. Takpelah.. next time lah saya guna horsehair tu..
|
Kalau nak tau, saya gunakan gunting zig zag atau nama betulnya pinking shear. Kalau ada gunting ni, tak perlu nak snip kain, cepat kerja. Kalau kain jenis tak terburai pun boleh zig zag aje, tak perlu jahit tepi. Tapi kali ni Baba mintak saya jahit tepi juga walau nampak kainnya jenis tak lerai. Ini saya gunting bahagian leher, sebelum pasang pelapik |
|
Kain como crepe ni susah patah sebab tebal. Gunakan setting jahitan zig zag untuk hujung lengan dan juga baju untuk kekemasan. Kalau ada twin needle pun cantik. Tapi masa ni saya dah makin mengejar masa, zig zag lebih pantas.. hehehe |
|
Ini baju saya yang separa siap. Masa tengah jahit saya rasa baju ni labuh semacam. Bila saya pakaiii... Alamakkk... Memang kalah supermodel punya ketinggian ni. Aduhh.. Dalam happy tengok hasil idea kami ni berjaya dijahit, nak kena tetas semula pulak.. huhuhu... |
|
Bayangkan terpaksa tetas kesemua jahitan ni supaya boleh alter balik pola baju sebab pinggang dan ketiak semua jatuh... |
Sementara nak tunggu Tiha tetas, Baba alter pola dan potong baju saya tu. Saya try buat baju Kurta Baba. Ini first time saya buat plaket baju Melayu ni. Menggigil juga sebab jahitan kena betul² kemas. Sekejap² refer video nak make sure tak tersilap. Nak tegok tutorial buat plaket, boleh masuk FB SUE BADRUL. Tengok kat bahagian video, lengkap video tutorial untuk buat kurta.
|
Dah siap! Cuma nak tebuk lubang butang dan pasang butang. Tapi itu pun nak kena refer youtube juga tau.. hehehe. Frankly saya happy sangat dengan hasil jahitan plaket saya ni... Tak tergambar rasa excited tu. Terbalas rasa perit jerih kami berdua belajar menjahit melalui video demi video, google sana sini, youtube lagi.... |
|
Akhirnyaaa.. siaplah baju Mama & Baba. Boleh packing barang dan balik kampung!! Yahooo!!! |
|
Untuk jahitan di leher tu saya refer video tutorial dari Nisa Abas di Youtube. Suami saya cakap Sue badrul pun ada share, tapi masa ni saya dah faham melalui tutorial dari Puan Nisa Abas, jadi saya tak refer dah video Puan Sue Badrul tu. |
Elok siap aje jahit, bergegas kemas barang² untuk balik ke kampung. Macam ni lah jadinya selalu buat kerja last minutes. Kami sampai kat kampung dah jam 3.00 pagi.. :P
0 comments:
Post a Comment