STEAK MEDAN SELERA BANGSAR

Wednesday, October 7, 2015 0 comments
Kebetulan terasa nak belek draft.  Banyak jugak koleksi draft saya yang terperam rupanya. Aduhai.. Ila pun masih baby lagi.  Yg paling tak best tu entry tentang Steak ni.  Medan Selera Bangsar ni dah pun tak wujud.  Uwaaa.. kenapa la port makan we all asyik disappear ajerrrr??







Kalau sesiapa tahu kat mana kedai steak ni dah berpindah, inform saya yer.. 

PASTA CARBONARA & CHICKEN POT PIE

Tuesday, October 6, 2015 0 comments
Pasta carbonara or pasta jenis berkrim.  Masa mula² kenal dulu, saya minat la jugak. Tapi sekarang ni saya prefer bolognaise lagi sebab tak muak sangat.  Pasta carbonara ni saya buat untuk anak² aje coz diorang ni memang suka benda² creamy & cheesy macam ni.  Kuahnya saya ubahsuai ikut bahan yang ada kat rumah.  Kalau masa tu ada cream, saya guna cream.. kalau xde, saya guna susu.  If guna susu, saya masakkan tepung gandum bersama butter masa awal² tumisan tu - untuk lebih pekat kuahnya.  Ala² buat white sauce untuk lasagna tu jugak... 

Kali ni saya tumis kan garlic sedikit bersama butter & minyak, masukkan pepperoni yang dipotong, cream &susu serta pepper juga garam.  Bila dah mendidih, saya ambil sebiji telur, asingkan kuningnya.  Then gaulkan kuning telur tu dalam kuah, terus tutup api.  Penggunaan kuning telur ni saya tengok masa makan di Picknik hari tu.  No wonder lah kuah pasta diorang very creamy, ada tambahan kuning telur rupanya. Oh ye.. terlupa nak mention yang boleh tambah sedikit cheese & masak sekali or boleh ditabur atas kuah & masak sekejap dalam microwave untuk cairkan cheese tu. 

Boleh dihidng dengan pasta yang direbus.  Memang kegemaran anak²... Saya hanya letak sedikit cheese masa masa memasak kuah tadi... Masa hidang ni saya tak letak cheese dah.  Kuahnya dah cukup creamy..(lagipun boleh jimat cheese... :P) 

Then saya nak share inti chicken pie yang amat digemari kanak² ni.  Inti pie ni sebenarnya hampir sama jugak dengan mushroom soup.  Saya ubahsuai sedikit dengan menambah ayam & mixed vegetable.  Saya tak gemar buat pie berintikan kari/kentang sebab macam makan karipap pulak.  Inti pies saya memang ikut style asalnya, creamy & boleh dihidang dengan gravy (brown sauce).  Tapi tak berapa rajin nak buat gravy, hidang pie togel macam tu pun dah cukup... hehehe...
Saya tumiskan bawang & garlic bersama butter & minyak.  dah wangi, masukkan mushroom (saya guna cendawan segar untuk dapatkan rasa manisnya tu).  Saya gunakan 2 paket cendawan butang.  Masak sampai cendawan hampir kering & harum...

Saya gunakan sekilo dada ayam & potong halus serta sepaket mix veggies

Masukkan ayam, bila ayam hampir masak masukkan mixed vege & fresh krim (jika tak ada krim, boleh gantikan dengan susu segar).  Kalau kuah terlalu cair, boleh adjust dengan tambah tepung jagung atau masukkan tepung gandum semasa masak cendawan tadi untuk pekatkan kuah. saya lebih suka penggunaan tepung gandum sebab inti akan nampak lebih creamy.  Kemudian masukkan lada hitam & chicken cube kalau suka. Garam jangan dilupa ye.  
Masa buat ni saya tak keringkan sangat kuahnya sebab saya nak buat chicken pot pie for dinner.  Haaa.. apa beza chicken pot pie dgn chicken pie ni?  Chicken pot pie ni sebenarnya chicken pie versi malas... heheheh... Chic pie ni asalnya dari UK, sampai kat US dorang ubahsuai buat chicken pot pie pulak.

Nak buat chicken pie, kita kena letak base, inti & tutup.  Tapi chicken pot pie, cukup sekadar inti (biasanya berkuah) & ditutup dengan lapisan puff/kulit pastri.  Kemudian bakar...
Chicken pot pie... cedukkan kuah dalam ramekin or bekas tahan panas, tutup dengan kulit pastri, sapu dengan telur , bakarlah pada suhu 180c selama 25minit.  Masa pembakaran tu pandai²lah agak ye... Janji kulit puff tu masak, bolehlah angkat.  Memang sedap sebab ayam dalam tu lembut sangat.  Melt in your mouth gitu.  Jangan masak ayam tu lama², nanti isinya terasa kering.  Cukup sekadar isi ayam tu berubah warna. letak perasa & tutup api.  Nak makan, cedok aje dengan sudu. Yummyyy!!! 
Inti yang sama juga saya guna untuk buat chicken pie birthday Tiha.  Cuma bila dibuat versi chicken pie, intinya sedikit kering .  Tapi tetap menjadi rebutan.  Kawan² Tiha dah pesan kat Tiha, kalau Mama buat chicken pie lagi, diorang nak.  Kang Mama jual kat sekolah kang baru tau... heheheh...


CARA BUAT TOPENG MUKA / FACE MASK

Sunday, October 4, 2015 0 comments
Bacaan jerebu nampaknya makin teruk.  Terpaksa lah berkurung anak-beranak dalam bilik aje.  As usual bilik Baba & Mama akan jadi tempat lepak sebab bilik tu je ber air cond.  Memang huru-hara la bilik Baba & Mama kalau ada 4 budak mengganas kat dalam tu.  Dalam keadaan huru-hara tu, berjaya jugak kami siapkan facemask untuk semua orang.  Penat lah nak beli yang pakai buang tu.  Pastu baru tau mask yang biasa kita pakai tu surgical mask, tak membantu sangat untuk tapis jerebu.  Paling elok ialah N95 dan sewaktu dengannya.  Jadi saya try find out pula tentang mask dari cotton.  Oh better than surgical mask rupanya.  Okaylah... "Baba.. sila potong kain, Mama tengah ada mood nak menjahit nih!"...

Kami gunakan kain cotton baki buat baju raya baru-baru ni.  Then anak² request letak nama masing² la pulak.  Mama pun on kan aje... tengah rajin la katakan...

Haa.. siap dah mask.  Yang ni Misha punya... nampak tak namanya tu.. Misha...tapi font pilihan saya ni susah sikit nak baca... saya tak bukak pun set embroidery mesin jahit saya tu.  Nama ni saya guna function decorative stitch aje.  
 Kalau nak jahit mask ni, boleh ambil kat sini ye.  Baca betul² arahannya tu or refer gambar yang disediakan ye.. contohnya kena topstitch atas setiap jahitan untuk dapatkan hasil yang memuaskan.  Jangan lupa juga tambah seam allowance (basi) dan tambah 1 inci untuk bahagian tepi mask supaya ada ruang untuk letak getah tu.  Saya pesan ni sebab mask yang pertama saya buat tak cantik gara² mengabaikan kesemua arahan dari blog tu.. heheheh.  Kali ni pun ada sedikit kesilapan sebab Baba tak tambah satu inci kat bahagian tepi mask.  Terpaksalah saya lipat kecik aje utk bhgn getah tu.
3 beradik dengan mask.  Time ni Ila dah tido... kalau tak sure nak menyemak sekali ni.

Yang ni Baba punya, sama design macam Mama.. sehati sejiwa la katakan.. hehehe... Bahagian hitam tu ditambah kemudian sebab tak baca dulu arahan blog tu suruh tambah satu inci dari pattern yang diberi tu... hehehe... Yang Mama tak perlu tambah dah sbb dah ngam² dengan muka.  

Hiiii... ..Jom buat mask...! (orang buat peace, Ila mengira 1,2, 3...hehehe..)
Pattern dari blog ni dah bagi banyak saiz.  jadi ikut ajelah umur si pemakai tu.  Tapi elok juga saya sulam nama.  Walaupun saiz mask ni berbeza.. masih lagi nak tersalah ambik.  Mujurlah ada nama.. jadi takde lah jadi isu untuk berebut pula!


P/s :  tambahan satu inci tu bergantung kepada kelebaran muka masing²... Sebelum letak loop tu, tekap dulu kat muka utk make sure ngam ke tak.  Senang sikit nak potong ke apa sebelum finishing kan...



SKIRT MUDAH & DRESS/BLOUSE (SESUAI UNTUK BEGINNER)

Friday, October 2, 2015 7 comments
Dah lama tak share tentang topik jahitan kan.  Malam ni saya share sikit ilmu jahitan saya yang tersangat ciput ni.  Share supaya saya tak lupa & mudah nak refer balik di kemudian hari juga... hehehe... 

Cuti baru² ni saya curi² masa sikit untuk menjahit.  Antara yang saya hasilkan ialah peasant blouse untuk anak saudara (Izz), palazzo untu Tiha & Izz.  Blouse ni saya dah pernah buat sebelum² ni.  Adik request saya buatkan untuk Izz sehelai.  Kebetulan kain Denim lycra yang saya beli di Kamdar tu masih ada.  jadi saya guna lah baki kain tu.  Asalnya nak buat sepasang dengan seluar macam Tiha punya.  Tapi kainnya tak cukup pulak!  Kerja menjahit saya kali ni jadi tersangat mudah sebab dengan adanya pelbagai jenis Foot.  Bukan main seronok saya menjahit... Puashati sangat sebab jahitan dah makin kemas.  

Palazzo kanak²... Ni belum siap lagi bhgn bawahnya tu.  Saya tak share polanya sebab saya pun tekap dari palazzo Tiha yang sedia ada... Kalau nak jadikan seluar Aladdin, saya just jerut bahagian bawahnya tu.  
Ini contoh seluar Aladdin yang saya jahit untuk Izz menggunakan pola yang sama.  

Baju yang saya hasilkan kali ni digelar peasant.  Baju ni sesuai sangat untuk beginner kerana tak memerlukan pola yang susah & tidak berbahu!

Ini blouse peasant lengan panjang untuk Izz.  

Ni blouse peasant lengan pendek
 Kalau nak tau, baju peasant & raglan ni hampir sama aje bentuknya.  Yang berbezanya ialah pada lehernya.  Cuba perhatikan baju raya yang saya jahit kat bawah ni... Baju ni style raglan...
 
Baju style raglan - cutting nya sama juga macam peasant cuma lehernya tidak besar.  Kalau peasant lehernya besar & diletakkan getah.  Raglan.. lehernya muat² kepala aje. 

Raglan style - leher kecil tapi memerlukan sedikit kemahiran untuk kemasan leher.  

Peasant style - kemasan dileher hanyalah dengan melipat & dimasukkan getah.  Mudah bukan??

Peasant style... Kalau nak jadikan peasant tadi sebagai dress, just potong kain tu mengembang (supaya tak sempit di bahagian kaki) & potong ikut labuh yang kita nak.  Mudah sangat!  
 Untuk dapatkan pola peasant, boleh ambil kat sini ye.  Boleh masuk ke blog ini untuk lebih detail.  Saya pun guna free pattern yang diambil dari sini aje.  Cuma untuk raglan Suami dah pandai buat pola sendiri mengikut t-shirt aje.

Kat bawah ni pula basic skirt.  Inilah hasil jahitan pertama Baba sebenarnya.  Skirt ni tersangat simple, kejap pun boleh siap.  Untuk tutorial boleh masuk ke blog ini .. Boleh tengok betapa comel & kreatifnya dia buat basic skirt ni.  Bila kita rajin jengah blog macam ni, mesti bersemangat nak menjahit jugak... hehehe...
Topi kesayangan Misha ni... Dalam rumah pun dia pakai tau... 
 
Ini yang asal... bila nampak plain sangat, saya jahitkan lis berwarna purple pula di bahagian bawahnya tu... (sila belek gambar yang lain² tu)... 
Skirt ni lebih sesuai di jahit pendek.  Kalau terlalu labuh, nanti tak boleh kangkang sakan sebab saiz bukaannya kecik aje.  Basic skirt la katakan.  Nanti dah terror, pandai² lah olah sendiri.  Nak baut berlayer-layer ke... nak besarkan lagi ke.  Saya sendiri dah tak jahit skirt ni sekarang.  Ini masa awal² dulu aje.  Kalau dah makin confident nanti, bolehlah try potong skirt half circle or full circle pulak.  Haaa... skirt full circle ni memang cantik sangat.  Tiap kali jahit skirt yang kembang ni... hati & hidung Mama pun turut kembang setaman bila tengok kejadiannya yang cantik... hehehehe.  Yang ni kalau ada kelapangan saya share nanti² ye...


CUTI KALI NI & ALERGIK

Thursday, October 1, 2015 0 comments
Sepanjang cuti baru² ni, banyak urusan luar yang kena diselesaikan.  Memang berkejar ke sana-sini kami sekeluarga.  Maklumlah kalau hari biasa susah sikit Mama & Baba nak ke mana² sebelah petang, bimbang terlambat ambik Tiha kat sekolah.  

Di antaranya... ke Tabung Haji.  Boleh aje kalau nak masukkan duit melalui Bank Islam, Pej Pos or online.  Tapi memang sengaja saya bawak anak² ke sini sebab nak bagi pengalaman diorang menyimpan di bank.  Tiap² tahun, semua duit raya yang diorang dapat, akan masuk ke sini.  Memang excited habis masing² sebab diorang yang hulur buku & duit di kaunter.  Duit Tiha pasti lah paling banyak sebab dia kan dapat duit sekolah RM100 yang awal tahun tu.  Then duit simpanan belanja sekolah lagi.  
Tengah menunggu giliran...
 
Baby gemok Mama ni paling banyak duit raya dia kali ni.  Almaklumlah... dia kan lahir Hari Raya.  Jadi duit raya tahun lepas banyak yang bagi RM50.00.  Rezeki budak lahir Hari Raya lah katakan... 





Haa... tengok muka budak tengah mengadu... 
Then kalau dah namanya cuti... menjelang petang aje, memang masing² mundar-mandir cari makanan.  Jadi Mama kena spare makanan atas meja sokmo.  Sebelum cuti dah lama juga Tiha request Mama buatkan Cream Puff ni.  Saja je Mama tunggu cuti, biar dia belajar buat sendiri.  

Cream Puff buatan Tiha... Kurang garing sebab semua dah tak sabar nak makan.  Inti dalam saya gunakan cream lebihan cake birthday Tiha hari tu.  Topping coklat tu pun baki topping kek nya.  Yang bercoklat ni Ieqa punya.  Tiha & Mama suka inti custard.  So Ieqa & Baba sibuk layan yang ni... Misha pulak main balun je mana² pun.

Chef hari ni... Tengah sibuk paipkan filling puff... 

Ni pula... Tak sabar nak makan!  Kalau bab kuih manis.. inilah tukang perabisnya.  

Inilah antara kuih favourite kat rumah ni.  Saya try bagi Ila... habis seketul dia makan.  
Lepas makan, saya pun ke dapur membasuh pinggan etc.  Then nampak si Ila terkial² ke dapur (tujuannya nak mengacau Mama lah apa lagi kan...).  Bila saya datang dekat... Ya Allah!!  Merahnya biji mata Ila.  Mukanya dan leher pun dah naik merah.  Tangannya start mengenyeh Mata, muka & leher... Lepas mandikan, saya susukan dia untuk bagi dia tidur.  Biasanya kalau dia terlelap, merah tu akan reda sendiri.  Tapi nampaknya alergiknya agak teruk.  Last² terpaksa lah Mama suapkan ubat alergiknya tu.

Kesian Ila... Mama letak setitik di mulut pun dia termuntah, inikan pula 3ml!  Saya rasa ubat tu mesti teruk rasanya sebab boleh nampak dia struggling & berkali² nak termuntah.  Tapi Mama terpaksa jugaklah suap sebab nampak pernafasannya pun laju & dia pun macam tak senang duduk.  Aduhhh... agaknya dia alah dengan telur kot.  Masa baby memang dia agak alah dengan telur, tapi bila umurnya setahun, kalau saya bagi biskut, roti dll makanan yang ada telur, nampak macam dia ok aje.  Tu yang saya assume alergiknya dah hilang.  Maybe dia tak boleh makan telur dalam kuantiti yang banyak agaknya.. Macam Cream Puff ni memang banyak letak telur, custard nya pun ada telur juga.  

Meh saya share sikit antara gambar² Ila bila dia kena alergik... Kakak²nya pun semuanya ada alergik, tapi tak seteruk Ila.  Mujurlah bila semakin besar, boleh dikatakan alergik tu dah hilang.  Mostly bab dengan kucing.  Ila pun dah tak alergik dengan kucing lagi dah.  Cuma dia sangat alah dengan SANTAN dan telur.
Tengok ni... Gara² Mama tak basuh tangan lepas makan kuih koci yang bersantan tu... Mama ambil dia dari Baba (tangan dah lap)... terus naik biji² berair ni bila sentuh dia!  Haaa... bayangkan apa jadi kalau Ila termakan benda bersantan. 

Sebelah belakang... 
 Kat bawah ni pula masa dia makan pulut beberapa biji... masa ni saya tak tau dia tak boleh makan benda bersantan.  Dia hanya suap dalam mulut beberapa biji kemudian dia mula jelir² lidah dan menenyeh muka.  Slowly habis merah muka, badan & leher.

Merah ni tak nampak ketara sebab phone ni cuba 'clearkan' warna skin tu.... Kalau tengok real life memang bertompok teruk


Ini pula bila exposed dengan kucing... Masa tu tiapkali balik Jengka, memang teruk saya nak menjaga dia.  Biasanya sampai 2 minggu hidungnya masih berair & tanda merah tak hilang.  Malam pun tak boleh tidur. Mulanya saya ingatkan dia selsema.  Tapi bila banyak kali jadi... barulah saya tau.  Tiapkali kami balik Jengka, exposed dengan kucing!  Sampai saya rasa serba salah pula... Ye lah.. takkan tak boleh balik jengok parents kat kampung.  Tapi kalau balik aje... memang seminggu dua tu saya memang 'sengsara' sebab Ila tak boleh tidur, mungkin sebab hidungnya tersumbat... 

Kalau Ila start mengenyeh mata non stop... saya tahulah yang alergiknya menyerang...





Inilah gambar yang saya hantar pada Paed kami.  Masa ni saya tak tahu nak buat macam mana lagi dah.  Selepas 2 minggu hidungnya berair & naik kesan merah, hari tu tiba² pula naik lepuhan (biji² berair) sekitar badan & muka!  Besar² lepuhan tu... Hampir dah kami ke Emergency HKL.  Mujurlah Dr tu cepat balas PM saya tu.  Bila dapat tau nama ubat, terus kami beli.  Alhamdulillah... lepuhan tu slowly hilang.  Ila pun tertidur & bila bangun.. kesemua kesan alergiknya hilang terus!  Bayangkan dah 2 minggu kami sangkakan dia kena demam campak ke apa... alergik rupanya.  Sejak dari tu saya terpaksa bagi ubat kalau alergiknya nampak teruk.  Kalau lah saya tahu dari awal.. 
Sejak dari tu saya terpaksa bagi ubat kalau nampak alergiknya tu teruk.  Sebelum tu saya sangkakan bila saya pulang ke KL & tiada kucing, slowly kesan alergik tu hilang.  Rupanya tidak... kesan merah, hidung berair langsung tak berhenti, malahan masuk minggu kedua, keadaan dia makin teruk.  Sampai naik lepuhan pula.  Means once dah exposed, naik rashes yang teruk, memang kena bagi ubat.  

Masa ni barulah Mama teringat yang Baba pernah alami benda yang sama beberapa tahun sudah.  Dah banyak Dr kami jumpa, ada yang kata scabies, ada yang kata infection, chicken pox dll.  Last² bila lepuhan tu dah mula naik satu badan... kami ke pakar kulit.  Rupa²nya serangan alergik!!!  Dengan sekali suntikan, terus semua rasa gatal hilang.  Lepuhan tu pun slowly surut.  Aduhai.. seminggu lebih juga kami ke klinik sana-sini.  Sampaikan Saya asingkan Baba dari semua orang bimbang kalau berjangkit (rupanya macam kudis buta).  Tak sangka pula, Ila pun senasib dengan Baba.  Cuma bezanya, Baba alah dengan sejenis fiber/fabrik (kain selimut kat kampung) bukan makanan or kucing.  Cukup sekadar Baba sentuh kain tu.... terus dia akan rasa gatal.  Padahal orang lain boleh aje berselimutkan kain tu... selesa aje.  Bukan selimut kotor or kain buruk ke apa.. heheheh... 

Mama harap sangat bila Ila makin membesar problem alergik ni berkurangan.  Susah juga nak pantau makanan dia kalau dah bersekolah nanti.  Sekarang ni pun saya terpaksa la abaikan jeritannya yang nak makan ketupat ke, nasi lemak dll nya tu. Kalau nak makan apa pun saya akan cek dulu label makanan tu or tanya tukang masak kalau masih was².  Kesian kat Ila kalau tersalah bagi makan....