CARA BUAT TOPENG MUKA / FACE MASK

Sunday, October 4, 2015
Bacaan jerebu nampaknya makin teruk.  Terpaksa lah berkurung anak-beranak dalam bilik aje.  As usual bilik Baba & Mama akan jadi tempat lepak sebab bilik tu je ber air cond.  Memang huru-hara la bilik Baba & Mama kalau ada 4 budak mengganas kat dalam tu.  Dalam keadaan huru-hara tu, berjaya jugak kami siapkan facemask untuk semua orang.  Penat lah nak beli yang pakai buang tu.  Pastu baru tau mask yang biasa kita pakai tu surgical mask, tak membantu sangat untuk tapis jerebu.  Paling elok ialah N95 dan sewaktu dengannya.  Jadi saya try find out pula tentang mask dari cotton.  Oh better than surgical mask rupanya.  Okaylah... "Baba.. sila potong kain, Mama tengah ada mood nak menjahit nih!"...

Kami gunakan kain cotton baki buat baju raya baru-baru ni.  Then anak² request letak nama masing² la pulak.  Mama pun on kan aje... tengah rajin la katakan...

Haa.. siap dah mask.  Yang ni Misha punya... nampak tak namanya tu.. Misha...tapi font pilihan saya ni susah sikit nak baca... saya tak bukak pun set embroidery mesin jahit saya tu.  Nama ni saya guna function decorative stitch aje.  
 Kalau nak jahit mask ni, boleh ambil kat sini ye.  Baca betul² arahannya tu or refer gambar yang disediakan ye.. contohnya kena topstitch atas setiap jahitan untuk dapatkan hasil yang memuaskan.  Jangan lupa juga tambah seam allowance (basi) dan tambah 1 inci untuk bahagian tepi mask supaya ada ruang untuk letak getah tu.  Saya pesan ni sebab mask yang pertama saya buat tak cantik gara² mengabaikan kesemua arahan dari blog tu.. heheheh.  Kali ni pun ada sedikit kesilapan sebab Baba tak tambah satu inci kat bahagian tepi mask.  Terpaksalah saya lipat kecik aje utk bhgn getah tu.
3 beradik dengan mask.  Time ni Ila dah tido... kalau tak sure nak menyemak sekali ni.

Yang ni Baba punya, sama design macam Mama.. sehati sejiwa la katakan.. hehehe... Bahagian hitam tu ditambah kemudian sebab tak baca dulu arahan blog tu suruh tambah satu inci dari pattern yang diberi tu... hehehe... Yang Mama tak perlu tambah dah sbb dah ngam² dengan muka.  

Hiiii... ..Jom buat mask...! (orang buat peace, Ila mengira 1,2, 3...hehehe..)
Pattern dari blog ni dah bagi banyak saiz.  jadi ikut ajelah umur si pemakai tu.  Tapi elok juga saya sulam nama.  Walaupun saiz mask ni berbeza.. masih lagi nak tersalah ambik.  Mujurlah ada nama.. jadi takde lah jadi isu untuk berebut pula!


P/s :  tambahan satu inci tu bergantung kepada kelebaran muka masing²... Sebelum letak loop tu, tekap dulu kat muka utk make sure ngam ke tak.  Senang sikit nak potong ke apa sebelum finishing kan...



0 comments:

Post a Comment