PASTA CARBONARA & CHICKEN POT PIE

Tuesday, October 6, 2015
Pasta carbonara or pasta jenis berkrim.  Masa mula² kenal dulu, saya minat la jugak. Tapi sekarang ni saya prefer bolognaise lagi sebab tak muak sangat.  Pasta carbonara ni saya buat untuk anak² aje coz diorang ni memang suka benda² creamy & cheesy macam ni.  Kuahnya saya ubahsuai ikut bahan yang ada kat rumah.  Kalau masa tu ada cream, saya guna cream.. kalau xde, saya guna susu.  If guna susu, saya masakkan tepung gandum bersama butter masa awal² tumisan tu - untuk lebih pekat kuahnya.  Ala² buat white sauce untuk lasagna tu jugak... 

Kali ni saya tumis kan garlic sedikit bersama butter & minyak, masukkan pepperoni yang dipotong, cream &susu serta pepper juga garam.  Bila dah mendidih, saya ambil sebiji telur, asingkan kuningnya.  Then gaulkan kuning telur tu dalam kuah, terus tutup api.  Penggunaan kuning telur ni saya tengok masa makan di Picknik hari tu.  No wonder lah kuah pasta diorang very creamy, ada tambahan kuning telur rupanya. Oh ye.. terlupa nak mention yang boleh tambah sedikit cheese & masak sekali or boleh ditabur atas kuah & masak sekejap dalam microwave untuk cairkan cheese tu. 

Boleh dihidng dengan pasta yang direbus.  Memang kegemaran anak²... Saya hanya letak sedikit cheese masa masa memasak kuah tadi... Masa hidang ni saya tak letak cheese dah.  Kuahnya dah cukup creamy..(lagipun boleh jimat cheese... :P) 

Then saya nak share inti chicken pie yang amat digemari kanak² ni.  Inti pie ni sebenarnya hampir sama jugak dengan mushroom soup.  Saya ubahsuai sedikit dengan menambah ayam & mixed vegetable.  Saya tak gemar buat pie berintikan kari/kentang sebab macam makan karipap pulak.  Inti pies saya memang ikut style asalnya, creamy & boleh dihidang dengan gravy (brown sauce).  Tapi tak berapa rajin nak buat gravy, hidang pie togel macam tu pun dah cukup... hehehe...
Saya tumiskan bawang & garlic bersama butter & minyak.  dah wangi, masukkan mushroom (saya guna cendawan segar untuk dapatkan rasa manisnya tu).  Saya gunakan 2 paket cendawan butang.  Masak sampai cendawan hampir kering & harum...

Saya gunakan sekilo dada ayam & potong halus serta sepaket mix veggies

Masukkan ayam, bila ayam hampir masak masukkan mixed vege & fresh krim (jika tak ada krim, boleh gantikan dengan susu segar).  Kalau kuah terlalu cair, boleh adjust dengan tambah tepung jagung atau masukkan tepung gandum semasa masak cendawan tadi untuk pekatkan kuah. saya lebih suka penggunaan tepung gandum sebab inti akan nampak lebih creamy.  Kemudian masukkan lada hitam & chicken cube kalau suka. Garam jangan dilupa ye.  
Masa buat ni saya tak keringkan sangat kuahnya sebab saya nak buat chicken pot pie for dinner.  Haaa.. apa beza chicken pot pie dgn chicken pie ni?  Chicken pot pie ni sebenarnya chicken pie versi malas... heheheh... Chic pie ni asalnya dari UK, sampai kat US dorang ubahsuai buat chicken pot pie pulak.

Nak buat chicken pie, kita kena letak base, inti & tutup.  Tapi chicken pot pie, cukup sekadar inti (biasanya berkuah) & ditutup dengan lapisan puff/kulit pastri.  Kemudian bakar...
Chicken pot pie... cedukkan kuah dalam ramekin or bekas tahan panas, tutup dengan kulit pastri, sapu dengan telur , bakarlah pada suhu 180c selama 25minit.  Masa pembakaran tu pandai²lah agak ye... Janji kulit puff tu masak, bolehlah angkat.  Memang sedap sebab ayam dalam tu lembut sangat.  Melt in your mouth gitu.  Jangan masak ayam tu lama², nanti isinya terasa kering.  Cukup sekadar isi ayam tu berubah warna. letak perasa & tutup api.  Nak makan, cedok aje dengan sudu. Yummyyy!!! 
Inti yang sama juga saya guna untuk buat chicken pie birthday Tiha.  Cuma bila dibuat versi chicken pie, intinya sedikit kering .  Tapi tetap menjadi rebutan.  Kawan² Tiha dah pesan kat Tiha, kalau Mama buat chicken pie lagi, diorang nak.  Kang Mama jual kat sekolah kang baru tau... heheheh...


0 comments:

Post a Comment