Sepanjang cuti baru² ni, banyak urusan luar yang kena diselesaikan. Memang berkejar ke sana-sini kami sekeluarga. Maklumlah kalau hari biasa susah sikit Mama & Baba nak ke mana² sebelah petang, bimbang terlambat ambik Tiha kat sekolah.
Di antaranya... ke Tabung Haji. Boleh aje kalau nak masukkan duit melalui Bank Islam, Pej Pos or online. Tapi memang sengaja saya bawak anak² ke sini sebab nak bagi pengalaman diorang menyimpan di bank. Tiap² tahun, semua duit raya yang diorang dapat, akan masuk ke sini. Memang excited habis masing² sebab diorang yang hulur buku & duit di kaunter. Duit Tiha pasti lah paling banyak sebab dia kan dapat duit sekolah RM100 yang awal tahun tu. Then duit simpanan belanja sekolah lagi.
|
Tengah menunggu giliran... |
|
Baby gemok Mama ni paling banyak duit raya dia kali ni. Almaklumlah... dia kan lahir Hari Raya. Jadi duit raya tahun lepas banyak yang bagi RM50.00. Rezeki budak lahir Hari Raya lah katakan... |
|
Haa... tengok muka budak tengah mengadu... |
Then kalau dah namanya cuti... menjelang petang aje, memang masing² mundar-mandir cari makanan. Jadi Mama kena spare makanan atas meja sokmo. Sebelum cuti dah lama juga Tiha request Mama buatkan Cream Puff ni. Saja je Mama tunggu cuti, biar dia belajar buat sendiri.
|
Cream Puff buatan Tiha... Kurang garing sebab semua dah tak sabar nak makan. Inti dalam saya gunakan cream lebihan cake birthday Tiha hari tu. Topping coklat tu pun baki topping kek nya. Yang bercoklat ni Ieqa punya. Tiha & Mama suka inti custard. So Ieqa & Baba sibuk layan yang ni... Misha pulak main balun je mana² pun. |
|
Chef hari ni... Tengah sibuk paipkan filling puff... |
|
Ni pula... Tak sabar nak makan! Kalau bab kuih manis.. inilah tukang perabisnya. |
|
Inilah antara kuih favourite kat rumah ni. Saya try bagi Ila... habis seketul dia makan. |
Lepas makan, saya pun ke dapur membasuh pinggan etc. Then nampak si Ila terkial² ke dapur (tujuannya nak mengacau Mama lah apa lagi kan...). Bila saya datang dekat... Ya Allah!! Merahnya biji mata Ila. Mukanya dan leher pun dah naik merah. Tangannya start mengenyeh Mata, muka & leher... Lepas mandikan, saya susukan dia untuk bagi dia tidur. Biasanya kalau dia terlelap, merah tu akan reda sendiri. Tapi nampaknya alergiknya agak teruk. Last² terpaksa lah Mama suapkan ubat alergiknya tu.
Kesian Ila... Mama letak setitik di mulut pun dia termuntah, inikan pula 3ml! Saya rasa ubat tu mesti teruk rasanya sebab boleh nampak dia struggling & berkali² nak termuntah. Tapi Mama terpaksa jugaklah suap sebab nampak pernafasannya pun laju & dia pun macam tak senang duduk. Aduhhh... agaknya dia alah dengan telur kot. Masa baby memang dia agak alah dengan telur, tapi bila umurnya setahun, kalau saya bagi biskut, roti dll makanan yang ada telur, nampak macam dia ok aje. Tu yang saya assume alergiknya dah hilang. Maybe dia tak boleh makan telur dalam kuantiti yang banyak agaknya.. Macam Cream Puff ni memang banyak letak telur, custard nya pun ada telur juga.
Meh saya share sikit antara gambar² Ila bila dia kena alergik... Kakak²nya pun semuanya ada alergik, tapi tak seteruk Ila. Mujurlah bila semakin besar, boleh dikatakan alergik tu dah hilang. Mostly bab dengan kucing. Ila pun dah tak alergik dengan kucing lagi dah. Cuma dia sangat alah dengan SANTAN dan telur.
|
Tengok ni... Gara² Mama tak basuh tangan lepas makan kuih koci yang bersantan tu... Mama ambil dia dari Baba (tangan dah lap)... terus naik biji² berair ni bila sentuh dia! Haaa... bayangkan apa jadi kalau Ila termakan benda bersantan. |
|
Sebelah belakang... |
Kat bawah ni pula masa dia makan pulut beberapa biji... masa ni saya tak tau dia tak boleh makan benda bersantan. Dia hanya suap dalam mulut beberapa biji kemudian dia mula jelir² lidah dan menenyeh muka. Slowly habis merah muka, badan & leher.
|
Merah ni tak nampak ketara sebab phone ni cuba 'clearkan' warna skin tu.... Kalau tengok real life memang bertompok teruk |
|
Ini pula bila exposed dengan kucing... Masa tu tiapkali balik Jengka, memang teruk saya nak menjaga dia. Biasanya sampai 2 minggu hidungnya masih berair & tanda merah tak hilang. Malam pun tak boleh tidur. Mulanya saya ingatkan dia selsema. Tapi bila banyak kali jadi... barulah saya tau. Tiapkali kami balik Jengka, exposed dengan kucing! Sampai saya rasa serba salah pula... Ye lah.. takkan tak boleh balik jengok parents kat kampung. Tapi kalau balik aje... memang seminggu dua tu saya memang 'sengsara' sebab Ila tak boleh tidur, mungkin sebab hidungnya tersumbat... |
|
Kalau Ila start mengenyeh mata non stop... saya tahulah yang alergiknya menyerang... |
|
Inilah gambar yang saya hantar pada Paed kami. Masa ni saya tak tahu nak buat macam mana lagi dah. Selepas 2 minggu hidungnya berair & naik kesan merah, hari tu tiba² pula naik lepuhan (biji² berair) sekitar badan & muka! Besar² lepuhan tu... Hampir dah kami ke Emergency HKL. Mujurlah Dr tu cepat balas PM saya tu. Bila dapat tau nama ubat, terus kami beli. Alhamdulillah... lepuhan tu slowly hilang. Ila pun tertidur & bila bangun.. kesemua kesan alergiknya hilang terus! Bayangkan dah 2 minggu kami sangkakan dia kena demam campak ke apa... alergik rupanya. Sejak dari tu saya terpaksa bagi ubat kalau alergiknya nampak teruk. Kalau lah saya tahu dari awal.. |
Sejak dari tu saya terpaksa bagi ubat kalau nampak alergiknya tu teruk. Sebelum tu saya sangkakan bila saya pulang ke KL & tiada kucing, slowly kesan alergik tu hilang. Rupanya tidak... kesan merah, hidung berair langsung tak berhenti, malahan masuk minggu kedua, keadaan dia makin teruk. Sampai naik lepuhan pula. Means once dah exposed, naik rashes yang teruk, memang kena bagi ubat.
Masa ni barulah Mama teringat yang Baba pernah alami benda yang sama beberapa tahun sudah. Dah banyak Dr kami jumpa, a
da yang kata scabies, ada yang kata infection, chicken pox dll. Last² bila lepuhan tu dah mula naik satu badan... kami ke pakar kulit. Rupa²nya serangan alergik!!! Dengan sekali suntikan, terus semua rasa gatal hilang. Lepuhan tu pun slowly surut. Aduhai.. seminggu lebih juga kami ke klinik sana-sini. Sampaikan Saya asingkan Baba dari semua orang bimbang kalau berjangkit (rupanya macam kudis buta). Tak sangka pula, Ila pun senasib dengan Baba. Cuma bezanya, Baba
alah dengan sejenis fiber/fabrik (kain selimut kat kampung) bukan makanan or kucing. Cukup sekadar Baba sentuh kain tu.... terus dia akan rasa gatal. Padahal orang lain boleh aje berselimutkan kain tu... selesa aje. Bukan selimut kotor or kain buruk ke apa.. heheheh...
Mama harap sangat bila Ila makin membesar problem alergik ni berkurangan. Susah juga nak pantau makanan dia kalau dah bersekolah nanti. Sekarang ni pun saya terpaksa la abaikan jeritannya yang nak makan ketupat ke, nasi lemak dll nya tu. Kalau nak makan apa pun saya akan cek dulu label makanan tu or tanya tukang masak kalau masih was². Kesian kat Ila kalau tersalah bagi makan....
0 comments:
Post a Comment