Pizza

Sunday, August 26, 2012
Humbankan apa yg adaaaa!!!
Sukanyaaa!! Hari ni percubaan pertama buat pizza sendiri.. biasa kalau buat pizza saya cheating, guna frozen dough or roti pita je.  Tapi hari ni saya nekadkan diri buat pizza sendiri sbb sblm puasa ada 'terbeli' tepung high protein.  Lagipon upah cik abang yg bertungkus lumus tolong saya settlekan laundry room & guest room sejak khamis lepas.

Selepas mencari resepi, saya berkenan dengan 2 cara ni.  So arini saya try cara Mat Gebu DTS yg memang reliable.  Memang meletoplah Encik Mat kita ni kalau bab-bab share resepi.  Saya copy paste semula dari sini 

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional) - tak letak pun
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. 

KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no1). Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
Saya buat pizza sosej & cheese (mozarella, parmesan & cheddar) untuk Tiha & Ieqa.  Sosnya saya sapukan dengan tomato sos aje sbb budak-budak ni suka sgt makan sos tomato plus Mamanya malas nak masak sos pizza.. hehehe.  Untuk Mama & Babanya pula saya habiskan semua stok lama dlm peti - Tuna Mayo, onion, tomato cherry & capsicum (yg dah lebih sebulan dlm peti) plus 3 jenis cheese.  Tomato cherry tu walaupun dah agak kecut & lisut tapi still boleh guna utk memasak tau.  

Ini rupa pizza Mama & Baba (pizza budak-budak ni sedang dibakar).

Habis stok cheese saya!!! Combination 3 jenis cheese.. Yummyy!!!
Dah siap masak, memang semua org sangat enjoy dengan rasa pizza ni.  Tak nak beli doh instant/frozen lagi dah.  Rasanya macam langit dgn bumi.. really..  Istimewanya resepi ni, Mat Gebu gunakan madu dalam adunan dohnya dan memang sedap dimakan begitu saja.  

Oh ye, saya takde tempat bakar pizza, jadi saya tekan-tekan aje doh ikut ketebalan yg saya nak dlm loyang.  Loyang bulat saya semuanya saiz kecik, so bakar dlm loyang square ajelah.. unik apa, senget-benget rupanya.  Barulah homemade kan.. hehehe

Satu lagi, kalau tak nak loyang rosak atau bercalar balar time memotong, keluarkan le pizza tu dulu dr bekas & letak atas chopping board.  Bolehlah potong sesuka hati kat situ.  Saya memang tak gunakan pisau utk potong apa-apa kuih dr loyang.  Biasanya saya gunakan cutter & pisau plastik je.  

2 comments:

{ Outbound di malang } at: August 27, 2012 at 3:26 PM said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

{ Kina } at: August 28, 2012 at 12:06 AM said...

thanks.. ok, no prob..

Post a Comment