Sorry.. lama betul tak muncul. Penat beraya la katakan... :P. Ikutkan malam ni pun takde mood nak mengupdate lagi. Tapi tak bolehlah diikut sangat malas tu.. Kang satu keje pun tak jadi. Malam ni saya tak story pasal raya.. Tapi nak tepek gambar Tiha. Balik aje dari sekolah, tiba-tiba bagitau Mama... "Mama.. Esok Cikgu suruh mekap, pakai pin kat tudung"... ehhh.. apsal pulak ni?? Rupanya dia masuk 'fashion show'. Bulan puasa buat fashion show? Lepas Mama belek segala surat-surat yang bertempek dekat peti, baru perasan yang sekolahnya adakan aktiviti sempena Ramadhan. Salah satunya ialah Pertandingan Busana Muslimah... Tiha.. Tiha.. Mama ingatkan fashion show apalah tadi tu.
Since Mama ni memang tak kuasa nak spend duit untuk benda-benda macam ni. So... pakailah apa yang ada tu aje. Tudung tu adult size, Mama tarik naik ke atas & pinkan dengan bunga yang Mama buat dari kain perca. Mekapnya pula... Mujurlah ada eye shadow dengan lip gloss yang saya beli masa dia tadika dulu (mekap untuk persembahan tadika). Maka...
|
Muka tengah perasan cun... |
|
Abaikan latar belakangnya tu... Ieqa yang tengah beraksi as badut sarkas.. |
|
Ni bukan possing... Tiha dah gelak guling-guling melihatkan Ieqa. Ieqa dengan tragedi-tragedinya (tak boleh nak share kat sini) sampai semua orang tak tahan gelak... heheheh |
|
Mama ajak possing kat balkoni plak... Haaa.. Ila dulu yang terpa keluar. Mujurlah penghadang kalis baby yang Baba pasang 3 tahun lepas masih utuh... hehehe... |
Petangnya.. Balik dari sekolah..
|
Laaa.. Menang rupanya. Mama ingatkan takde can pon sebab semuanya main tangap muat aje. Suka kemain lah si Tiha ni. Dia memang suka masuk apa-apa competition. Asal ada peluang sure dia register nama. Tapi selalu aje tak terpilih atau tak memang. Kesian jugak sebab dia cukup bersemangat nak join aktiviti macam ni. Mama memang tak pelikla kalau anak-anak jenis macam tu sebab Mama memang jenis suka naik stage.. tak kiralah berlakon ke, bersyair ke, berpantun, public speaking... Dari darjah 2 sampailah ke uni... dapat pegang Mic tu kira seronok sangatlah...(ooppss)... So bila dia menang kali ni, Mama tumpang happy sebab for sure dia makin excited nak mencuba lagi lepas-lepas ni. Tapi kalau boleh, masuklah pertandingan yang ilmiah sikit tau...
|
0 comments:
Post a Comment