Masih lagi dalam mood... malasnya nak bukak blog... heheheh... Nak kata busy sangat tu, tak la melainkan baby shumaila yang semakin mengganas tu. Sekarang ni dia suka kacau Baba & Mama malam-malam. Kalau kami tengah melayan movie or tv series, dia pun tumpang sekaki. Kalau kami tidur awal, dia kacau. Kesian Baba yang kena keluar awal nak ke pasar pun tak boleh tidur dibuatnya. Macam mana nak tidur kalau ada yang panjat, tampar muka, korek mata/hidung, cabut charger... pendek kata, memang tak aman dibuatnya. Biasanya Kakak-kakak kalau tak boleh tidur malam, semuanya buat hal sendiri.. yang ni.. Adehh... Tak tau dah nak buat apa. Biarkan ajelah dia merayap sana sini dalam gelap tu.
Raya baru-baru ni Saya berjaya juga buat 6 jenis kuih. Thx to Tiha yang memang boleh diharap. Mama tukang adun aje... Tiha yang terap & bakar serta simpan dalam balang. Tapi skill tengok biskut dah cukup masak ke tak berapa ok lagi. Masa raya ada juga biskut yang tak begitu rangup kerana masa pembakaran tak cukup... hehehe... Tapi takde lah yang tak masak, cuma kurang kering aje. Hopefully next year skill dia tu makin Ok. Tahun ni masa saya limited sangat sebab bertungkus-lumus menjahit baju raya kami tu...
SAMPRIT LAVENDER
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
250g buttercup/anchor (1 bata)
1/4 cwn gula castor
1/2 cwn susu pekat manis
400g tepung jagung (1 paket)
1/4 cwn tepung castard
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna kesukaan
Cara2
1. Masukkn buttercup/anchor dn gula ke dlm mangkuk mixer. Pukul SEBATI je... Tak payah nk pukul smpai kembang semangkuk yee...
2. Masukkn susu dn esen vanilla. Pukul SEBATI.
3. Ayak tepung jagung bersama tepung kastard dn masukkn ke dlm adunan. Gaul dgn tangan hingga jd doh... dn doh ni SANGAT LEMBUT ye... Klau doh yg trhasil keras, maknanya smpai kt sini pun step dh tak betul... (pastikn sukatan betul)
4. Bahagikn doh kpd 2 bhgn. Biar 1 bhgn dgn wrna asal. Letakkn warna kesukaan dlm 1 bhgn lg... sentiasa ttp doh dgn kain lembab supaya doh x keras.
5. Masukkn doh ke dlm acuan dn blh lah di tekan ats dulang yg tlh d gris (rujuk gmbr utk tutorial bunga lavender)
6. Bakar suhu 160°c selama 15 - 20 mnt ikut kesesuaian oven masing2. Guna api ats dn bwh yee...
Biskut Pecan Oatmeal yang sangat sedap, tiap-tiap tahun kami buat. Biskut ni dapat banyak sangat, tapi habis dulu! Bila Mama tanya, siapa yang makan... Semua orang termasuk anak-anak saudara point ke Laieqa! Haaaa... memang lepas rasa biskut ni dia dok cakap biskut favourite dia pun... |
Since buat biskut Dahlia & tart nanas gunakan kuning telur, banyaklah baki putihnya tu. Saya buat Pavlova guna putihnya tu dan bawak balik ke kampung.
Pavlova yang ready dibentuk... Teksturnya 'beku' dan tidak meleleh jika dibentuk. Nak buatnya senang, tapi silalah guna mixer untuk elakkan keletihan kepada tangan.. heheheh... |
Siap dah Pavlova... Mujurlah habis semuanya. Biasalah kalau balik Kampung, bawak makanan apa pun laku aje.. heheheh.. |
0 comments:
Post a Comment