CUCUR UDANG RANGUP & NUGGET AYAM

Thursday, July 9, 2015
Malam ni daku kesorangan menjahit & curi tulang jap dengan mengadap blog.  Bz wehh bulan posa ni.  Bz ngalahkan orang ambik tempahan kuih or menjahit aje.. hhehhe.. Nak buat baju se family je pon.  Tapi huru hara nya yang lebih.. :P.  Sementara Suami ku keluar berdatim dengan Stephen, ada la masa ngadap laptop jap.  

Baru nak start menjahit, tetiba lapar plak.  Masak Maggi Asam Laksa di malam hari, hadap sorang-sorang... Bukak puasa tadi makan cucur udang aje... Sahur nanti baru nak makan nasi plak.. heheh..
 Sementara tu nak share resepi cucur udang rangup ni yang saya dapat dari FB.  Memang rangup hasilnya, bolehla nak cuba.  Saya copy paste resepi kat sini ye...


Bahan-bahan :

3 ½ cawan tepong gandum*
1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)
2 cawan isi udang
3 cawan air sejuk
2 sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)
1 ¼ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
½ cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci & tos
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur

Minyak untuk menggoreng

Cara2 Menyediakan:

1. Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.

2. Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata. Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata. Habiskan kesemua air & kacau rata.

3. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.

4. Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar. Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.

5. Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.

6. Bila dah garing, angkat & toskan.

7. Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 untuk nikmati kerangupannya.

Time menggoreng pun boleh nampak kerangupannya tu.  Gunakan minyak yang banyak & api yang besar tau...

Memang besar gedabak cucur saya kali ni... Time nak makan saya potong.  Rangup sangat.. yang versi ada sayur paling best.  Terpaksa buat 2 versi sebab budak-budak ni tak nak yang besayur.  
 Selain dari tu ada jugak saya buat nugget ayam.  Ieqa suka sangat nugget, asyik-asyik nak nugget MCD (padahal bukan sedap pon...:P).. Saya kurang suka makan kat mana-mana fast food.  Tu yang buat-buat tak dengar je kalau diorang request.  So kali ni Mama buatkan nugget... jangan nak sibuk mintak nugget lain dah tau!
Saya gunakan FP untuk kisar isi ayam (kalau yang frozen tu byk campuran lemak & kulit je) dan perasa - lada sulah, garam dan mayonis serta sedikit breadcrumb.  Masa ni breadcrumb habis, jadi saya letak sedikit biskut weetameal (nak guna roti putih pun boleh) sebagai pengganti. Kalau nak tambah carrot atau sayur-sayur lain or perasa lain pun boleh.  Ikut citarasa masing-masing... 

Agak lembik untuk dibentuk... Saya tekapkan sikit atas tepung jagung supaya mudah dibentuk (tepung gandum pun boleh)

Kemudian celup dengan telur yang dipukul sedikit & dicelup pula dalam breadcrumb.  Since takde breadcrumb, saya gantikan dengan tepung gandum yang ditambah perasa (garam, lada hitam, baking powder & paprika)... Jadi nugget tempura style gitu.. heheh..
Haaa.. dah siap... Banyak jugak dapat.  Separuhnya tu saya bekukan... 
 Kat bawah ni pula rupa creampuff yang saya buat minggu lepas.  Gunakan resepi ni..

Saya 'terbancuh' 2 adunan... 2 hari bertirut-turut kami melayan cream puff.  Ni batch yang hari kedua tu.  Cream puff ni saya pipe kan dengan custard & juga whipped cream.  Tak jemu-jemu budak-budak ni makan.  

Creampuff yang naik dengan jayanya.... 
 Ni satu lagi kuih yang saya buat baru-baru ni.  Saya tak minat sangat dengan kuih lapis, tapi anak-anak request.  Tapi kali ni nampaknya diorang pun macam dah muak... Dahla Mama tersilap, patutnya nak buat separuh adunan aje.  Demam la nak mengabihnya... last-last ada juga jadi makanan cik tong sikit.. Sorry kuih.. kali ni kurang laris sikit.  Maklumlah bulan puasa... Memang tak de masa nak makan banyak pun... Si kuat makan kat rumah ni pun macam diet je bulan puasa ni.  Tu yang Mama tak berani nak memasak sakan...

Kuih lapis kat rumah ni mesti lah kena pelbagai warna.  Dorang bising mintak Mama campur warna nak bagi jadi rainbow.  Tapi stok warna Mama tak banyak sangat.. guna apa yang ada ajelah... 
Macam tak berapa best je entry bulan puasa ni kan.  Maklumlah asyik berkampung dalam rumah aje & dok struggling siapkan baju raya.  Banyak entry menjahit saya na share kat sini, tapi tunggu lah lepas raya nanti ye.... Oklah... Dah 2.30 a.m ni.. kang terbabas pulak bangun sahur ni kang... Niteeee...


0 comments:

Post a Comment