KEK KARAMEL COKLAT

Thursday, November 24, 2016
Mula² tengok kek ni.. rasa macam tak berapa match la pulak coklat dgn karamel.  Tapi bila ramai yang show off hasil masakan masing²... Mulalah bergelora nak try jugak.  Banyak sangat resepi yang boleh kita jumpa.  entahlah yang mana paling sedap sebab tukang share semua claim sedap sangat.  Mencabar betul kalau banyak sangat pilihan resepinya.  So bila jadi macam ni saya buat pilihan dari segi hasil rupa kuih tu yang dah siap, bahan² (nampak logik ke tak, ada ke tak dalam stok) dan juga proses pembuatan (kalau boleh yang mudah la kan.. hehehe).... Kalau nak try satu² memang jenuhla kan... 

Kek karamel coklat ni kali kedua saya buat.  Kali pertama sempena Birthday Baba yang lepas.  Tapi masa tu kek kurang perfect gara² saya salah faham dari penggunaan 'cawan' penyukat.  Bila bancuhan nampak banyak semacam, barulah saya terfikir balik... "Eh.. cawan dalam resepi ni guna cawan minum teh or cawan metrik ye?"... Tapi dah siap bancuh, so continue aje lah... Maka hasilnya...

Inilah akibatnya... Bahagian kek tak nak beku sepenuhnya walau lebih sejam dikukus!  Ye lah.. memanglah lari kan.. kalau cawan minum tu isipadunya 160ml, cawan metrik 250ml.  Skrg ni kalau ambil resepi saya kene belek balik or tanya semula empunya resepi... guna cawan apa.  Biasa kalau resepi dari blogger, memang cawan yang diguna ialah cawan metrik.  Ada yang kata sama aje... guna cawan yang sama ok aje!  Eehh... mana plak... kuantiti telur pastinya berbeza.  Telur itulah yang bekukan kek & puding.  Kalau kita guna sukatan cawan yang besar, maka bilangan telur pun kena tambah tau.  So tak semua resepi kita boleh kata tak kisah guna cawan apapun. Mujurlah kek ni tetap sedap dimakan walaupun rupa buruk sikit... 
Kali kedua buat saya try resepi lain pula.  Bukan sebab merajuk or sebab resepi sebelum ni tak sedap.  Tapi saya pun dah tak pasti resepi mana saya guna sebelum ni... hahaha... 


Kejadian kali kedua... Perfect!  Kali ni saya guna cawan rice cooker untuk sukat bahagian kek coklat tu.  Next time kalau buat lagi saya nak guna half cup dari sukata metrik aje sebab bahagian kek ni agak tebal berbanding karamel.  Bahagian karamel pulak saya nak guna cawan besar sikit.. hehhe... 
Resepi yang saya copypaste dari FB ye... 
 Cuma satu yang saya nak highlight untuk self reminder kat sini.  Pls kurangkan kandungan gula tu sebab agak manis utk tekak kami.  Untuk sesiapa yang tak sensitif bab manis, boleh follow resepi sepenuhnya.. InsyaAllah menjadi.  Gunakan sukatan cawan yang kecil tu ye... 160ml mcm tu... :).

Since saya lupa nak ambil gambar bila dah keluar dari loyang, saya tempek gambar masa jamuan Prasekolah Laieqa.  Gambar ni Cikgunya share di group Wassap. Kalau perasan puding karamel coklat tdalam container sebelah dengan nugget (dekat dengan tangan orang tu...)... Saya hantar 2 bekas, satu bekas besar & yang dihidang ni bekas kecil.


Selamat mencuba!!!

0 comments:

Post a Comment