MENJAHIT - TWIN NEEDLE & FINISHING

Wednesday, November 30, 2016
 Dah bermalam-malam berazam nak update blog.  End up dia... update Candy Crush kat atas katil ajelah sebelum terlelap.  Makin merundum kerajinan nak tambah info kat blog nampak gayanya ni.  Nak bersara rasa sayang jugak sebab masih banyak resepi yang perlu di access selalu ... hehehe...

Lately ni tugas memasak & menjahit memang seiring.  Tadi pun semasa ke USIM bawa Tiha untuk follow up, staff bertanyakan baju yang dipakai beli kat mana.  Pernah juga saya bawa anak² ke Tawakkal Hospital pakai baju sedondon... Ramai sangat yang tegur, yang menoleh dan berbisik² tengok baju anak².  Syukurlah bisikan² positif yang saya dengar tu.  Dr Zarin pun siap perasan dan menegur.  Alhamdulillah sebab hasil jahitan saya dah mula mendapat respond dari orang luar.  Anak² pun bagitau ramai yang tegur baju diorang cantik, siap pegang-pegang baju tu.. hehehe...Tapi sebenarnya deep inside saya memang tak berapa puashati lagi sebab masih banyak sangat yang perlu diperbaiki pada mata saya.

So malam ni saya just nak share sikit jahitan² saya yang mana saya sempat snap gambar.  Rasanya ada 6 helai baju lagi tak de dalam gambar.  Tu belum lagi termasuk kain, palazzo, night pants etc yang dah dijahit.  Kalau tetiba terajin or teringat nak ambik gambar, bolehlah saya tepek kat sini.  Masakan pun sama, dah masuk perut baru ingat nak ambik gambar.. hehehe... Takpe.. boleh buat lagi & lagi kannn..

Bawah ni ialah bahagian tepi tudung sekolah Tiha yang saya jahit.  Saya beli kain lycra ni di Nagoya for RM12.90/m bidang 60 and ada diskaun 10%.  Beli 2 meter rasanya, dapat 4 helai tudung dan sedikit lebihan kain. 

Mula² saya kelim gunakan setting zig zag... tak puas hati sangat sebab nampak berkedut²... Nak jahit lurus saya bimbang pula tak cantik sebab kain ni kan jenis stretchy

Tudung yang lepas tu saya lipat 2x dan jahit lurus biasa.. Alhamdulillah... memang jauh lebih kemas dari hasil yang tadi.  New lesson learned!
Kemudian saya juga rimas pada bahagian finishing t-shirt.  Kalau straight line biasa tak nampak pro aje kan?  Jadi saya cuba guna twin needle.  Dah pernah try sekali, asyik tersangkut, saya give up sekejap.  Tapi biasalah.. mana boleh give up lama² kan.. Nanti dah sejuk pasti ku cuba lagi dan lagi.. hahaha...

Dah siap!!!!
Saya suka! Saya suka!!....
Lepas tu semua benda lah saya nak guna twin needle... hehehehe...

Yang ni
Yang ni juga!!
Haa.. inilah twin needle yang saya maksudkan
 Pendek kata semua t-shirt saya buat finishing dengan jahitan twin needle ajelah.  

Then saya nak tunjuk cara saya buat leher t-shirt.  Saya prefer gunakan kain jenis lobon or rib sebab hasilnya lebih kemas & nak jahit pun mudah.  Kalau gunakan rib, kain bahagian rib tu mestilah dipotong kurang 2-3 inci dari ukuran lubang leher.  Kemudian tarik semasa menjahit supaya rib tadi elok terletak macam yang kita biasa tengok kat kedai tu kan.. eceh... hehehe.
Ni contoh t-shirt guna kain rib.  

Kain lycra ni juga saya guna teknik yang sama... 

Leher baju ni pula tanpa rib.  Saya guna kain yang sama aje.  Since kain ni tak strechy, wajiblah dipotong bias (serong) dan saiz kain tu mesti sama panjang dengan bukaan leher.  Kemudian jahit aje keliling leher tu... InsyaAllah boleh... Saya tak berapa pandai nak bagi tutorial tau.  Tapi boleh cari di FB atau blog-blog kalau nak tutorial bergambar.





Kain rib hanya ada warna hitam aje, jadilah neckline nya hitam walau pun baju berwarna maroon & dark grey... hehehe...

Cuma satu part aje lagi saya tak puashati... finishing dalam baju tu.  Cuba tengok gambar contoh kat bawah ni dengan gambar² t-shirt saya buat.  Nampak kemas sangat kan?  Haaa... part ni lah yang saya 'malas' nak buat lagi.  Just tutup bahagian jahitan tu dengan tali barut atau kain t-shirt tu juga aje.  Nampak simple.. tapi bimbang juga makin berserabai jadinya nanti... hahahaha... 

 Takpe.. next trip saya cuba kot... (ada perkataan kot tu bahaya sikit... hehehee...)




0 comments:

Post a Comment