Lama juga kami sekeluarga tak makan² kat tempat macam ni. Masa nak ke sini memang dok congak juga duit dalam wallet ada berapa. Bimbang juga tak lepas bayar nanti. Harganya pun saya tak tau nak agak. Saya siap called and tanya price range before buat reservation. Semua ni sebab nak surprised kan Baba sempena Birthday dia. Sepanjang tahun ni memang kami sekeluarga struggling dengan pelbagai dugaan yang datang & struggling dengan business baru juga. Walaupun Kina Cafe sudah 6 tahun bertapak di Bangsar Utama, tapi kewujudan Kina Kitchen masih asing untuk warga setempat.
Bila sampai ke Menate Steak, orang dah hampir penuh. Mujurlah saya dah buat reservation tadi. Mulanya kami nak try yang di Cawangan Wangsa Maju. Rupanya outlet tu dah pun ditutup. Jadi kami ke cawangan Setapak (berdekatan Festival City). Walaupun kedai sesak, staff nya nampak tersenyum menyambut pelanggan & friendly. Cuma agak lama kami terpinga² & menunggu menu. Bila menu sampai barulah tahu range harga dan decide nak makan apa kan.
Oh... Rupanya untuk makan steak, terus aje pilih daging di display chiller nun di sana. Sorry sebab tak banyak gambar saya ambik sebab keadaan agak busy masa ni. Saya memang kurang suka ambik² gambar kalau ada orang... hahaha... Patutlah ramai orang mengerumuni chiller tu. Pilihan dagingnya banyak.. pilih aje nak yang mahal or murah. Range harga RM35.00 ke atas... So tengok budget ye. Lagi mahal, lagi sedap dan lembut dagingnya tu. Harga pada daging tu dah merangkumi harga setelah dimasak. Jadi jangan bimbanglah bill nak kena berapa sebab selain harga steak kita dah tau, minuman di sini adalah free flow ok! Pilihan air pun sangat banyak... Jadi kalau bawa anak² kecil, tak bimbang sangatlah bab² air kan.. hehehe...
Haa... dari segi rasanya???? Meh kita tengok ni...
Ila makan onion ring, pasta & mushroom soup. Tapi malam ni selera nya tak menyerlah sangat. Dia makan serba sedikit aje |
Tiha moyok sebab steaknya lambat... heheheh... Steak Mama dgn Baba dah nak habis pun... Kelaparan la dia menunggu... |
Saya lampirkan bil kami malam tu... Sorry gambar bergegar sikit.. ;P |
Ok.. done for tonite. Malam ni agak kepenatan, petang struggle siapkan 6 uncang batu seremban & start bancuh sekilo kulit karipap untuk parti kelas Tiha esok. Nak tergolek sambil layan candy crush & segala ilmu masakan & jahitan di FB... Nite!!!
0 comments:
Post a Comment