Nak habaq awai².. susunan gambar main ikut dan sikit. Sesetengah gambar dari handphone saya & sesetengah dari handphone suami.. hehehe..
Lawatan ni dah lama berlangsung. Masa ni Adik ke KL sempena konvokesyen dia. Alang² dah smapai KL ajak dia berjalan. Mula² nak ke Planetarium, tapi nampak ramai pula orang. Last² kami ke Muzium Polis aje. Masuk pun percuma aje.. hehehehe..
Namun tak disangka juga yang Muzium Polis ni agak besar saiznya. Lokasi tak jauh dari Planetarium. Sesuai untuk seisi keluarga... So.. kita saksikan gelagat budak² ni bila berpeluang berjalan sama². Memang happy sakan...
|
Atas tu kepala Seladang betul tau.. Diawet sebab ada peristiwa disebalik seladang ni. Terkesima tengok saiz kepalanya tu... |
|
Ada anjing melepak dalam Muzium... very well behave. Tak tau lah anjing liar or Anjing Polis. Tapi nampak bersih aje macam terjaga. Dia duduk aje memerhati orang lalu lalang. |
|
Sejarah seladang tadi |
|
Saiznya besar sangat... memang amazing. |
Lepas ke Muzium Polis kami ke Tasik Perdana bagi makan ikan sekejap. Tapi tak ambil gambar pun masa ni. Lawatan kami juga melibatkan KLCC tapi ni hari lain pula rasanya. Sayapun dah ingat² lupa. Saja nak bawak budak² main air & tengok Musical Fountain..
|
Aiyyaakk.. seksa sungguh!!! |
|
Budak² ni tak berapa excited sebab kolam tak dalam!! Kononnya nak try erenang kat sini. Mama dah cakap mana boleh swim kat tempat cetek. Last time diorang datang, masih tak reti berenang, tu yang rasa kolam ni dalam!!!.. heheheeh... |
|
Dah start Musical Fountain |
|
Tapi Musical Show kali ni macam tak best aje. Saya agak mungkin lokasi kami di bahagian tepi buatkan Musical Show ni tak berapa ngam.. or sebab salah pemilihan lagu! Masa first time datang dulu boleh tahan gempak show nya tu...
|
0 comments:
Post a Comment