Kalau diikutkan sudah 6 tahun kami membuka perniagaan dalam bidang F&B ni. Dari kecil saya memang dah terbiasa dengan suasana berniaga ni. Malah ada saja benda yang saya niagakan masa sekolah dulu. Masa sekolah rendah, Saya niaga aiskrim, sagon, jeruk amra bila ke sekolah Agama di sebelah petang. Bila sekolah menengah pula saya berniaga karipap (balik sekolah, lepas settle homework mengadap karipap sambil menonton TV). Saya juga biasa menolong Mak buat kuih muih, sambal nasi lemak dan lain-lain.
Habis U, saya kerja dengan co F&B (setahun di Belissini & A&W) then join pula Deli & Meals dan O'briens (7 tahun). Masa zaman ni juga saya jadi Tukang Masak / Fasilitator / Balaci... hehe.. untuk Kelab Arus. Weekend tertentu saya ikut diorang masuk hutan & masak untuk group ekspedisi. Penat tauuu... Pukul 5.00 pagi kena start masak dah sebab peralatan dalam hutan sangat limited then jumlah peserta 40-60 orang pada satu-satu masa. Sampai patah² sudip besi dikala kacau nasi goreng... tangan ni lenguh & sakit toksah cakapla. Tapi memang seronok bila peserta makan sampai licin & siap puji² masakan kita tu.. hehehe..
Biasanya saya ada sorang Assistant untuk membantu. Dia jugalah yang intro saya dengan group ni. Mr Topoy ni asalnya chatmate saya masa zaman² belajar dulu. Yang paling kelakar, punyalah lama berchatting, barulah tau dia senior saya di UUM... hahaha... Siap jaga CC dekat The Mall lagi. Rupanya ramai jugalah geng chat saya yang se Uni... Zaman² chatting Mirc dulu memang sukar dilupakan. Sahabat² chatting saya punyalah ramai & syukurlah sampai dah beranak pinak pun kami masih keep in touch. We all chatting bukan sebab nak 'pancing' ikan... memang pure friendship. Cuma secara tak sengaja salah sorang chatmate yang paling suka kutuk saya end up nya jadi husband & pastinya business partner saya sekarang... Hahaha... ehh.. kami bukan bercinta masa chatting ye. Hampir 8 tahun kami hanya berstatus kawan. Dia siap dah bertukar ganti aweks lagi... hahaha... Agaknya dah takde awek dah dia nak ngorat, tu yang cari membe dia suka kutuk sangat selama ni.
Ehhh... merepek.. merepekkk... Bab melalut memang no 1. Ingatkan nak update tentang Kina Kitchen yang sekarang ni dah wujud di FB. So nak bagitau la yang dunia bisnes & masakan ni bukanlah asing untuk saya. Memang Saya dah biasa menyaji/memasak makanan untuk orang ramai sejak dr zaman sekolah lagi. Baru² ni kami ditugaskan menjamu 100 orang di rumah Mak Mertua.. Alhamdulillah... sampai sekarang Saudara Mara masih lagi bertanyakan tentang resepi masakan & memuji² kelazatan makanan hari tu... Ewwwaaahh... promote.. jangan tak promote!!!
Ini pula feedback beliau...
Oooppsss.. merepek lagi! Ini juga satu sebabnya... Saya memang suka terbabas atau melalut.
Oklah.. tanpa mengarut lebih panjang lagi... jemputlah ke FB kami ye... Cari aje Kina Kitchen... Sila like reramai OK. Bagi kami confident lebih sikit... hihihi.. (gelak mengilai... )... hihihi...
0 comments:
Post a Comment