Suatu ketika dulu saya kerap juga beli barang-barang dari Aliexpress. NI sambil membelek draft, ternampak post yang masih tersimpan. Oh.. antara barang-barang yang pernah kami beli dari sana. So far kami takde masalah berurusan dengan Aliexpress ni walaupun pengeposan dari China. Cuma expect dalam 2 minggu jugakla untuk barang-barang tu sampai kalau guna yang free postage tu ye.
Sebenarnya dah agak lama saya tak beli kat sana mostly lepas ketaktentuan matawang kita. Then bila saya survey, kebanyakan barang yang saya nak tu, ada jugak kat Lazada & harga pun hampir sama je. Jadi baik saya beli dengan Lazada aje kan? Senaang sikit kalau nak returned barang or complaint apa-apa kan?
Since that saya banyak membeli dengan Lazada aje. Tapi baru-baru ni, kami agak serik jugaklah berurusan dengan Lazada ni. Barang yang kami order tak sampai-sampai, tp ditanda as delivered! jenuh jugak kami nak maklumkan yang barang tu memang tak sampai! Courier pon takde call ke apa. Berhari-hari jugaklah kami call, live chat, email.. Malahan co yang supply barang tu pon ada reply di komen katanya barang kami dipulangkan balik, atas alasan.. Kami reject!! YAng geram tu, Lazada tetap degil, katanya dalam system barang tu dah delivered. Bila kami mintak bukti penerimaan, dihantarnya form kosong! Langsung takde tandatangan dari kami dll. Mujurla lepas hampir sebulan, dapatlah balik duit kami tu. Alahaii Lazada.. tolong la cek betul-betul. Janganlah percaya bulat-bulat report dari budak-budak delivery tu. Rupanya lepas kami, berlambak-lambak lagi complaint dari customers yang alami masalah yang sama. Harap-harap Lazada lebih bijak menangani segala complaints dan sila jangan guna khidmat SKYNET yang memang hampeh tu!! Makin ramai yang dah terkena dan serik nak berbelanja di LAZADA sekarang ni!
Ni antara barang-barang yang saya bli beberapa tahun lepas. Kebanyakan barang-barang ni harganya double di pasaran kita. Saya akan tengok review pembeli dan rating seller dulu sebelum order. Kena hati-hati juga kan..
Ni hadiah Birthday surpriseutk Tiha. Masa ni dia gila dengan My LIttle Pony.. Harga bendalah ni mahal ohh.. jatuh 50 seekor.. saya beli ni dalam rm15 aje seekor. Bukan main suka dia. Till now masih tersimpan rapi
Ini walking foot. Sampai sekarang saya rasa happy sangat saya decide untuk beli walking foot ni awal-awal lagi. MAsa beli ni harga masih murah. Walking foot ni banyak sangat jasanya. Kalau nak jahit material yang tebal macam accordian wallet , pot holder, rugs dan macam-macam lagi lah... Sangat-sangat berguna ni tau! |
Ni saya belikan set cake decorating (nozzle) untuk adik |
Ni pulak tshirt My Little Pony.. Bukan main susah nak cari, saya beli aje dgn Pak Ali.. heheheh.. eh.. Uncle Jack Ma... |
Banyak lagi barang Aliexpress yang saya dah beli. Yang antara yang saya ambik gambar.. hehehe... Lepas-lepas ni tak surela nak terus berurusan dengan Aliexpress semula atau tak. Kita tunggu dan lihat ajela..
P/s : Lazada tu pon owned by Alixpress jugak sebenarnya. Share diorang dah kena beli dengan Jack Ma pun... hehehe. Cuma curious, kenapa la servis diorang ni lousy sgt ekk..
0 comments:
Post a Comment