Inilah tempat kami mencari rezeki.. Kina Kitchen yang ditubuhkan pada 2010 dan masih beroperasi di Bangsar Utama. Sesiapa yang mengenali saya, pasti tahu saya amat meminati bidang F&B sejak dari kecil lagi. DI masa lapang, hobi saya ialah mengenali masakan-masakan dari seluruh dunia. Saya suka mengkaji sesuatu makanan tu sebelum saya memasaknya. Saya amat particular dengan bahan-bahan dan teknik memasak supaya masakan yang terhasil setanding dengan resepi asal (originaliti sesuatu makanan dikekalkan). Melalui Kina Kitchen, saya amat berharap, masakan saya dikenali dan dapat dirasai oleh orang lain juga.
Di bawah ialah antara proses penyediaan pes asam pedas dan Kari Ikan kami....
Ini pula tempahan cucur. Selain Nasi Lemak, tak kurang juga peminat Cucur Labu dan Cucur Sayur Kina Kitchen ni tau..
Cucur Labu |
Breadpudding |
Cucur Labu dan Cucur Bilis |
Cucur Sayur |
Kalau korang terlajak ke Bangsar Utama, carilah Kina Kitchen ye. Kami beroperasi Setiap Isnin-Jumaat jam 7.30am to 5.30 pm dan Sabtu 7.30a.m -3pm. Kami ditutup setiap hari Ahad dan cuti umum. Untuk Lokasi, boleh cari di Waze dan Google Map. Atau boleh Like FB Kina Kitchen untuk update terkini... :)
0 comments:
Post a Comment