Kuih Keria

Friday, March 25, 2011 0 comments
Keria yg sedia disadur gula
Ni antara kuih yg sng, x payah sukat menyukat.  Cuma part utk sadur gula je mungkin x menjadi kalo gula x cukup pekat.  Tapi rasanya still sedap, cuma gulanya tu agak basah² instead of jadi berketul² bhgn tepi keria.

Bahan² ni anggaran sahaja.  Jgn bimbang, kuih ni x cerewet.. utk elak dari kuih jadi keras, kurgkan tepungnya.   Biasanya saya suka letak tepung cukup² utk adunan boleh dibentuk.  Jika keledek 2 cawan, pastikan tepungnya x melebihi 2 cawan.  If letak 1 cawan adunan dah boleh dibentuk, proceed je la ye.. lagi byk keledek, lagi manis & lembut.

Cara buat :

Rebus 3 biji keledek (potong²) bersama sedikit garam & tapis airnya
(air x perlu byk, asalkan menutupi keledek)
Lenyek keledek & tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Pastikan keledek sudah sejuk semasa diuli dgn tepung kerana keledek panas akan sbbkan adunan jadi lembik.

Sapu sedikit minyak di tangan utk elak tepung melekat dan start la bentukkan keria - bulat²kan, leperkan & cucuk jari telunjuk di bhgn tengah utk dilubangkan.

Kemudian goreng dlm minyak yg byk (deep fry).  Kadang² saya makan je keria yg belum diletak gula, sbb rasanya dah ada lemak manis.  Mostly if guna ubi keledek merah.

Utk saduran gula :

Tunggu lagi sampai berbuih & memekat.. 

Masukkan 1/4 cwn air & 10 sudu gula.. biarkan air gula ni berbuih dgn byk & pekat.  Masukkan semua keria yg telah digoreng tadi dan gaulkan sehingga gula kering & melekat pada keria.

Sukatan ni bergantung pada tahap kemanisan, if x suka manis, krgkan gula.  Cuma pastikan air gula berbuih & pekat sblm digaul dengan keria... selamat mencuba!!!

Masak Lemak Cili Padi Rebung

0 comments

Lauk favourite my husband ni.. tapi dia lagi suka guna rebung fresh.  Since kat KL ni mmg susah nak jumpa rebung fresh, rebung masam tu pun rembat je la.  Rasanya x sama la sbb rebung fresh mmg lemak² manis, rebung masam tu plak baunya agak kuat & rasanya dah betukar masam semasa proses penyimpanan tu..

Biasanya rebung ni saya suka match kan dgn udang, utk naikkan rasa manis.  If rebung masam tu, saya bilas utk kurgkan rasa masam & kurgkan baunya.  Biasanya lepas beli terus saya bilas & simpan dlm peti beku utk simpan.  Kalau rebung fresh, kena sagat & rebus sekejap utk buang rasa kelatnya sblm di masak.

Okla.. cara masaknya sama je macam masak lemak cili padi lain :

 Bawang merah  4 ulas
 Bawang putih    2 biji
 Cili padi            10 tangkai
 Kunyit (serbuk / fresh)
- dikisar

 Udang            
 Rebung      
 Santan              sekotak (biasanya sy x habiskan sekotak, tapi kuah akan cair sedikit)
 Daun kunyit (jika ada)

Tumis / rebuskan bahan kisar (jika suka cara tumis, guna sedikit je minyak). Masukkan udang, rebung & santan & daun kunyit yg dipotong.  Tambah air jika nak kan kuah lebih.  Perasakan dgn garam & aji jika suka.  Dah siap!!

Ada sesetengah org suka tambah serai yg diketuk dlm masakan ni.  Saya kurg suka rasa serai dlm masak lemak, kecuali masak lemak cili padi ayam.  So terserah la pada selera masing².  In fact ada juga org yg x gunakan bwg & bwg putih, pon sedap juga.  Mak mertua saya pula letak sedikit halia. Mmg byk sgt cara utk masak satu² jenis makanan.  Kalau rajin, cuba la satu², pilih la yg mana sesuai dgn selera keluarga.

Lemon & Limau Nipis

Friday, February 11, 2011 0 comments


Dulu saya selalu teragak² everytime nak beli lemon or limau nipis time shopping.  Bukannya apa.. bimbang x habis, last² kering je dlm fridge.  Dahla harga limau nipis & lemon ni agak mahal.

Kebetulan time saya search cara utk masak hummus, saya jumpa teknik yg bagus & mudah utk menyimpan lemon.  Skrg ni saya mmg dah x ragu² lagi.. in fact my husband boleh order honey & lemon panas anytime dia nak.  

Ok.. caranya mudah aje, BEKUKAN LEMON OR LIMAU NIPIS tu. Paling saya suka dgn teknik ni, lemon akan jadi lebih juicy (tak perlu la kita guna teknik gelek²kan lemon or lime tu utk dptkan byk jus).  Biasanya saya keluarkan lemon around 5 mins  before guna, then just slice mcm biasa.  

Saya tak perah lemon tu, biasanya saya terus letak 1-2 slices dlm air minuman. Untuk buat lemon chicken, saya biasa guna 1 biji lemon utk 1/2 ekor ayam, terus perapkan saja ayam dgn hirisan lemon...

Ada lagi satu teknik utk dptkan perahan lemon, cucuk² lemon dgn garfu & panaskan dlm microwave sekejap.. (saya x pasti berapa lama coz saya x pernah try..).  Mengikut petua ni, jus akan keluar sendiri.. tak perlu susah² utk potong & perah.


Jagung oh Jagung

0 comments
 Jalan² ke pantai timur, jumpa deretan gerai jual jagung.  Perut pun dah berkeroncong, nak berhenti makan pon tak bleh, nak check up hotel cepat².  Ni la mslh if jalan² time CNY, susahnya nak cari hotel.  Saya x berapa suka nak booking awal² coz suka survey dulu... tempat pilihan pula biasanya bukan hotel/resort yg pernah diinap sblm ni.. saja nak rasa suasana berbeza everytime travel.

Since anak² suka sgt makan anything yg berjagung, saya singgah beli 4 tongkol jagung bakar & capai selonggok jagung fresh.  Mmg besar sungguh jagungnya.. almost double dr jagung yg biasa saya makan kat psr mlm.  Selonggok - 6 biji = RM10... Biar jenuh budak² ni mkn jagung!!!

Malangnya perjalanan yg panjang, membuatkan jagung dah kekuning²an.. ye la.. 2 hari dlm kereta.. 2 hari plak tersadai kat dapur.  Confirm x sedap kalau direbus or dibakar.  Sblm jagung tu kering or busuk, baik saya kerjakan semuanya hari ni..
4 tongkol jagung je tinggal, 2 tongkol dah jadi cucur jagung utk breakfast.
Dilulur tanpa belas ihsan!!
Bersedia utk dibekukan
Tadaaa!!! Sedia digunakan bila² kelaparan!!!
Esoknya anak² dah mula bertanya mana jagung yg mama beli hari tu.. ingat plak dorg ye.. baru je jagung tu sempat tido semalaman dlm freezer.  Ok la.. mama buat CORN IN CUP je la.. 1 bekas pon dah cukup utk 2 budak kecik ni (don't under estimate them.. sometimes tiha can eat like 2-3 corns by herself!!).
Masuk je corn beku tadi dlm rice cooker & steam it like 10-15 mins..  nak guna pengukus biasa pon ok. Saya malas sket nak basuh steamer tu, byk layer.. hehehe..
Tips :  Biasanya saya letak garam, butter & susu pekat time menggaul jagung tadi.  Balance kan rasa lemak, masin & manis jagung tu.

2 budak kegirangan dpt mkn jagung.  Ieqa prefer mengutip jagungnya satu persatu & refused disuap. ..terkial² nak kutip jagung, last² terus sedut dgn mulut je.. ngerinya mama tgk.


Atasi Nasi Mentah

Wednesday, February 2, 2011 0 comments
Just to share tip yg berguna time memasak.  Selalunya setakat memasak utk mkn 1 family xde la nasi jadi mentahkan?  But sometimes bila kita nak mencuba resepi baru or memasak dlm kuantiti byk or BLACKOUT!!! Bab² blackout ni dah jadi rutin time saya awal² berniaga dulu.  Paling tension bila tgh tanak nasi.. habis mentah!!.. xkan nak buang lak kan? Rugi woo.. bukannya sikit, seperiuk besar tu.. Alhamdulillah lepas guna teknik ni, nasi masak tanpa ada kesan mentah.

Ok.. caranya sng je.. bila nasi dah masak then nampak tanda² mentah, ambik anything yg boleh cover seluruh bhgn nasi tu, tutup tudung periuk & tekan cooking semula.  Tunggu sampai nasi tu siap cooking or kalau guna dapur gas, tunggu la 5-10 mins ke.. then cek semula.  If still x masak, biar je nasi tu bertutup lama sikit.  Tujuannya utk wapkan bahagian atas nasi tu..

Bhn² yg biasa diguna pakai utk tutup atas nasi - nasi lemak wrapper (yg ada wax tu), daun pisang or plastik sampah (yg belum guna tau).  Bhn² yg digunakan tu mestilah x telap air & make sure boleh tutup keseluruhan mulut periuk tu then tutup mcm biasa.

JANGAN gaul nasi yg mentah.  Bahagian atas sahaja biasanya terjejas.  That's y wapkan bhgn atas nasi.  Jika digaul, kesemua nasi akan terasa mentah.  If nasi yg mentah tu puncanya sbb terkurg air, tambah air panas  & kemudian ikut petua di atas. Jgn terlebih byk tambah, agak² 1-2 cawan or bgantung kepada kuantiti nasi yg ditanak.