Maggi@mee segera Goreng

Saturday, May 14, 2011 0 comments
Ini bukan maggi tau.. saya guna ni mee telur yg dijual di pasaraya tu.  Rupanya sama mcm mee segera tu, cumanya tidak beperencah & teksturnya agak kasar & liat.  
Mee telur ni antara stok brg kering yg sentiasa ada si dapur.  Anak saya suka sangat makan any kind of noodles, bila dah takde idea sgt, saya akan masak mee ni, sama ada bersup or goreng.  Since mee telur agak kasar & keras, saya rendam sekejap dgn air panas atau rebus sebentar atas api.  Kalau mee segera tu, saya rendam dlm air biasa (air paip) tu je..

Dulu² saya kurg pandai masak mee segera goreng, hasil gorengan saya jadi lembik & kembang.  Makan sikit je dah muak.  Tapi lepas saya cuba beberapa kali barulah dapat hasil yg memuaskan hati.  Mee segera tu seeloknya dipatah²kan dan dihancurkan kemudian rendam aje dgn air paip sekejap.  Goreng dgn api yg kuat & tambah sedikit air jika terlalu kering & renjis kicap.  Jika hendak gunakan telur, pecahkan telur selepas bwg ditumis & keringkan telur tersebut sblm masukkan bahan lain.

Bahan² yg biasa saya gunakan.. bwg putih, merah, ayam, udang & carrot. Boleh tambah sayur lain atau bahan lain ikut apa yg ada kat rumah.  Halia tu saya saja eksperimen, frankly saya teramat menyesal sbb rasa & baunya mengganggu tekak saya!!! Tapi kalau korg suka, letak le..  
Saya tumis bwng putih & merah tadi, dah naik bau saya masukkan udang & ayam.. goreng² jap half cook sblm letak perencah.
Kalau guna megi segera yg dah ada perencah tu, tuang aje.. gaul² rata & masukkan mee segera & sayur. Kalau kurg rasa, renjiskan kicap sesuka hati.. hehehe..

Kalau tak nak guna rencah mee segera tu or nak buat rencah sendiri, gunakan saja sos tiram, sos cili & kicap.  Kalau nak pedas, ketuk/belah cili padi & gorengkan semuanya dgn mee.  Kalau nak guna cili boh pon boleh, tapi tumis dulu sampai masak sblm masukkan ayam, udang..etc tu.. nanti berbau plak cili tu.

Lemon Chicken

0 comments
Simple sgt resepi ni.. saya biasa hidang dgn grill potato, grill vege or salad mayo je... Sos pula saya guna kuah ni or cicah dgn HP sauce .. Ayam bleh gak nak bakar or masak atas pan.  Kalau nak masak atas pan, seeloknya guna dada ayam spy sng masak.

Caranya sng je.. perapkan 1/2 ekor ayam dgn 1 biji lemon, thyme (fresh or dried), garlic (ketuk je), salt & peper.  Perap at least 1/2 & hour, lg lama lagi best..

Then bakar pada suhu 200 for 45min to 1hour, depends on saiz ayam tadi.  Then sedia dihidang!!



Sometimes saya perap sekali dgn kentang & bakar or grill mcm biasa. Kentang tu seeloknya dipotong kecil (kalau besar mcm ni lambat empuk). Boleh juga cucuk² dgn garfu utk lebih senang menyerap bhn perapan.

Pasta Ala Krim

Monday, May 9, 2011 0 comments
Saya pon x tau nak bagi nama apa resepi kali ni.  Resepi ni terhasil lepas kerap kali sgt makan Prawn Macaroni with cheese Secret Recipe tu.  Masa mula² try dulu, mmg marvelous habis la rasanya.  Tapi if everytime dinner kat sana, anak² order menu yg sama.. muak la pula kan.

Since dah selalu rasa mknn ni, saya cuba buat sendiri.  Cuma saya x masukkan udang sbb nak kurgkan udang dlm diet Tiha.  Saya buat kuah krim kosong je & siram atas pasta.  If nak tambah chicken ham, salami, sosej ke boleh juga. Takde la nampak plain sgt..



Bahan²

1/2 kotak krim
1/2 cawan susu segar
1 biji garlic (diketuk)
Black pepper
Parmesan/mozarella cheese

Tumiskan garlic (saya guna olive oil, boleh ganti dgn butter), masukkan udang or chicken ham... campurkan whipped krim & susu segar & cheese.  Perasakan dgn garam & black pepper.

Biasanya saya gunakan pasta yg berbentuk spiral utk dimakan dgn kuah ni.  Saya siramkan je kuah atas pasta & tabur mozarella cheese & masukkan dlm microwave 1 minit.  Hasilnya sama seperti Prawn Macaroni with Cheese tu..

Portugese Egg Tart

0 comments
Portugese Egg Tart - if nak hasil yg cantik, potong dulu doh pastri tu bentuk bulat & baru tekan atas loyang.  Ni version org² yg ada penyakit M.

Bekas terlebih besar dari doh pastri, since ni je bekas yg ada..  

Dulu² saya suka sgt makan Portugese Egg Tart ni, time keje kat Senai Airport byk masa terluang.. saya biasa juga pergi Time Square JB makan Portugese Egg Tart kat sana.  Skrg ni once in a while kalau saya jalan² & jumpa tart ni, saya grab juga satu or dua biji. Tapi kalau egg tart biasa tu mmg saya kurg gemar, biasanya Tiha yg akan habiskan.

Saya terjumpa resepi Portugese Egg Tart ni kat myresepi & a few blog lain.  Semuanya sama je sukatannya.. so saya try la buat since bahan²nya mmg ada dlm stok saya & nampak mudah.

Bahan²nya..

1/4 cawan susu segar
1/4 cawan krim (saya guna yg dlm kotak tu)
1/4 cawan gula (saya letak 2.5 sudu je, itupon dah terlebih manis if ikut tekak saya)
3 biji kuning telur

Gaulkan semua bahan dgn whisk & tuang dalam doh yg dah dibentukkan tadi (3/4 penuh) & bakar selama 20 minit pada suhu 200.

By the way.. saya double kan bahan² di atas utk dptkan 8 biji tart bersaiz besar mcm ni.

Doh yg saya gunakan ni ialah frozen doh pastri/puff yg biasa dijual kat pasaraya.  Saya biasa simpan doh ni sbb sng if nak buat sardine puff or curry puff biasa tu.  Just masak inti & masuk dlm doh & bakar.  Kalo beli puff yg siap, biasanya intinya sikit sgt, kulit aje yg tebal.  Buat sendiri puas hati sikit, boleh letak bahan apa yg kita suka.

Kuih Cara (Gula)

Thursday, May 5, 2011 0 comments
Dah lama saya masak kuih cara ni.. kuih ni favourite saya & hubby dulu², disebabkan sng disediakan, selalu menjadi menu bersama.. last², naik muak jadinya.  Bertahun² juga la saya x masak kuih ni.  Inipun saya buat sbb nak bagi anak² try rasa.  Suka pula budak² 2 org ni.  Tapi.. Mama & Baba still xleh nak hadap lagi...

Since dah lama sgt gambar kuih ni bertapa dlm hardisk, baik la saya upload kat sini.  Sblm ni ingat nak buat lagi sekali tapi (still muak lagi..)sbb aritu lupa nak anggar berapa byk air saya letak.  Main tuang² je.. patut la suami saya selalu cakap, saya patut rekod resepi sendiri so that senang saya nak refer bila² lupa.

Tapi saya ni malas sket bab² merekod ni, tiap kali masak saya still main cedok² & tuang² jugak!!! (inila akibatnya kalo x mendengar kata kan... hehehe). Tiap kali nak update blog, susahla plak nak buat anggaran.

Bancuhan kuih cara... kalau biasa buat, time kacau tu dah tau tahap kepekatan yg perlu


Bahan²

1 paket santan serbuk ( boleh ganti dgn 1/2 kotak kecil santan)
1 biji telur
2 cawan tepung
1-3 cawan air (nanti saya bgtau mcm mana nak agak ye)
1 sk garam
Gula - utk disudu ke dlm kuih.

Gaulkan semua bahan hingga sebati.  Air tu campurkan sedikit demi sedikit dulu.  Bancuhan cara lebih cair dari jemput².. agak² 2 cawan camtu.

Panaskan loyang, then tuang adunan cara dlm loyang & cedokkan 1 sk gula ke dlm adunan tu.  Tutup acuan & tunggu sekejap - 1-2 min je

Nak tau kuih cara dah masak ke belum, lihat di bhgn tengah kuih (kwsn bergula), warnanya bertukar jadi jernih seperti bhgn tepi.  Kuih juga nampak berkilat drp adunan asalnya.  


Bancuhan yg elok, gula terus tenggelam sebaik saja diletak atas adunan.  If gula terapung & cair di atas kuih atau lambat tenggelam, tambah air ke dlm adunan tadi.  Biasanya saya try 1 je dulu, bila bancuhan masak dgn cantik, baru saya start memasak.
Oooo ye lupa nak remind, acuan ni mesti dipanaskan di atas api & disapu minyak dahulu sblm tuang adunan atas tu.  In case kuih cara melekat, bersihkan acuan & panaskan semula.  Bila dah sure acuan betul² panas, sapukan minyak & boleh la mula memasak.

Jika terdapat air pada acuan, pastikan air tersebut betul² kering sblm disapu minyak.  Teknik ni juga berkesan utk kuali yg sng melekat jika menggoreng ikan & sbgnya.  Sentiasa pastikan kuali/logam tersebut betul² kering & panas sblm diletak minyak.  Insyaallah, gorengan atau kuih tidak melekat pada kuali/acuan.