Ini bukan maggi tau.. saya guna ni mee telur yg dijual di pasaraya tu. Rupanya sama mcm mee segera tu, cumanya tidak beperencah & teksturnya agak kasar & liat. |
Dulu² saya kurg pandai masak mee segera goreng, hasil gorengan saya jadi lembik & kembang. Makan sikit je dah muak. Tapi lepas saya cuba beberapa kali barulah dapat hasil yg memuaskan hati. Mee segera tu seeloknya dipatah²kan dan dihancurkan kemudian rendam aje dgn air paip sekejap. Goreng dgn api yg kuat & tambah sedikit air jika terlalu kering & renjis kicap. Jika hendak gunakan telur, pecahkan telur selepas bwg ditumis & keringkan telur tersebut sblm masukkan bahan lain.
Saya tumis bwng putih & merah tadi, dah naik bau saya masukkan udang & ayam.. goreng² jap half cook sblm letak perencah. |
Kalau tak nak guna rencah mee segera tu or nak buat rencah sendiri, gunakan saja sos tiram, sos cili & kicap. Kalau nak pedas, ketuk/belah cili padi & gorengkan semuanya dgn mee. Kalau nak guna cili boh pon boleh, tapi tumis dulu sampai masak sblm masukkan ayam, udang..etc tu.. nanti berbau plak cili tu.
0 comments:
Post a Comment