Lontong

Wednesday, May 9, 2012 0 comments
Tiba-tiba teringin nak makan lontong.  Biasanya saya suka serve lontong dengan kuah lodeh & sambal udang.  Tapi kali ni saya just buat kuah lodeh & perabis stok kuah kacang dlm peti beku.  Tempe pula saya gaul garam kunyit & digoreng garing.  So saya tak letak dah tempe dalam kuah lodeh ni (saya tak suka tempe yg tak rangup).

Kuah lodeh saya ni simpe aje sbb cara masaknya sama aje dgn kuah lemak biasa.  Cuma sekadar hiriskan bawang putih dan bawang merah dan rebus semua bahan dengan santan cair dulu. Bezanya saya ketuk 2 batang serai & tambah serbuk kunyit utk dapatkan warna kuning.  Bila sayur semua hampir masak, baru masukkan santan pekat.

Disebabkan saya ada letak fucuk & suhun, jadi saya cairkan sedikit & lebihkan kuahnya.  Kalau tak kering aje tak berkuah nanti.  Oh ye, pastikan fucuk & suhun tu direndam dulu sebelum dimasak.  Sayur yg biasa saya letak dalam ni - carrot, terung, kacang panjang, sengkuang dll.  Best juga kalau tambah udang fresh dlm ni (ada juga yg guna udang kering).

Sayur lodeh yg dah ready utk dimamam... 

Bread Pudding

Tuesday, May 8, 2012 0 comments
Masa saya kerja dulu, tiapkali keluar office selalu tengok staf restoran tengah buat puding roti.  Saya ni memang suka menyemak bila org tengah memasak, tambah-tambah bila memasak benda yg saya tak pernah buat.  Memang simple sangat, they all just campak-campak je bahan dalam loyang.  Tapi saya langsung tak pernah rasa walaupun puding roti ni agak laris.

Bila buka cafe sendiri, banyaklah kulit roti yg terbuang.  Ye lah baki sandwich, baki roti benggali yang dipotong dan sebagainya.  Jadi saya akan recycle untuk jadikan puding roti.  My husband pun nampak excited sangat sebab dia suka puding roti.. Saya pun try le campak mencampak macam budak-budak kat tempat kerja saya dulu buat, waahh!! Menjadi jee... seronotnyaaa.. less than 10 minutes dah siap.. tapi nak membakar je la lama sikit.

Pukul 3 biji telur, 2-3 sb marjerin, 10sb gula (tak perlu kembang, janji hancur gula aje), kemudian tuang 1 liter susu

Tuangkan dalam loyang yang dah disapu marjerin

Tambahkan roti.  Carik-carikkan roti (saya guna lebihan kulit) ke dalam susu.  Anggaran roti tu cukup sekadar tenggelam dalam susu tu.  Kalau suka puding yg basah-basah kasi extra berair sikit ye.  Then bakar pada 200c selama 50 minutes.  Siap!!!
Gambar ni dah lama saya ambil.  Saya bakar puding ni sebelah petang, then jual keesokannya.  Saya suka makan puding roti masa baru keluar oven sbb baunyaa.. Mmmm.. semerbak gitu.  Tapi kalau jual saya letak dalam chiller dan letak sedikit susu cair semasa dihidang.

Ni gambar bread pudding yg dah siap.  Nampak macam ada hangus-hangus.. tapi bukan tau...  kalau potong nanti cantik je hasilnya 

Kangkung belacan

Sunday, May 6, 2012 0 comments
Kalau makan nasi putih kat kedai siam, kailan ikan masin or kangkung belacan memang tak tinggal.  Dulu masa kecik-kecik, Mak akan buat kangkung belacan ni kalau ada lebihan sambal belacan.  Sekarang ni Mak dah jarang menumbuk sambal belacan, kalau ada pun asyik licin aje.. jadi dah lama saya masakan ni tak wujud dalam menu Mak.

Minggu lepas suami pergi ke pasar tani dengan 2 sikecik & Wawan (nenek).  Saya plak.. cheatinglah.. apa lagi.. bagi alasan still dalam pantang la konon.  Sebenarnya malas nak keluar.  Lagipun tak nak heret baby ke pasar-pasar ni.  Tak sesuaaii gitu..!!

Sempatlah saya memesan, kacang botol, kangkung, lada besar, daging, buah-buahan... dan seumpamanyalah.  Seronoknya saya kalau ada tukang shopping.  Main order-order aje.. hehehe..

Kangkung Belacan.. bestnyaa!!!
Ni percubaan pertama saya buat kangkung belacan.  Jadi saya pun tibai ajelah bahan-bahannya.  Saya kisarkan Bawang, bawang putih, belacan (sikit aje), lada besar (3 biji), cili padi (utk extra pedas) dan bilis (boleh ganti udang kering, udang fresh....dll). Saya guna chopper supaya tak hancur sangat.  Saya tumiskan sampai wangi & tambah sos tiram 1 sudu besar dan masukkan kangkung.  Not bad.. enjoy betul saya lunch hari tu.  Dah lama teringin nak buat, tapi sbb suami tak makan kangkung, saya malas sikit nak masak.

Kacang botol yang sedia di tapau utk Mertua
Hari ni pula tengah saya dok korek-korek barang dalam peti utk masak lunch, MIL telefon... oo.. nak mengecek lauk rupanya.  Segan juga saya sbb ingat nak masak simple-simple aje.  Saya nak habiskan stok yg dah nak rosak/senang rosak.  Saya cadang nak buat masak lemak fucuk, suhun & telur, kacang botol belacan & telur ikan goreng aje.  Mula-mula nak tukar menu, tapi macam malaslah pulak.. hehehe.. jadi saya hantar masak lemak dengan kacang botol aje ke rumah Mertua.

Kacang botol ni saya masak exactly macam kangkung belacan tadi.  Cumanya tak letak sos tiram aje.  Sebaliknya saya ganti dengan gula sikit.  Kacang tu pun saya tak goreng lama utk kekalkan kerangupannya. Cukup sekadar gaul-gaulkan dengan cili & tutupkan api.

Time lunch.. kesian plak dekat suami teringin nak try kacang botol ni, tapi dia tak suka bau belacan.  Nasib baik malam tadi saya ada buat rendang daging, takdelah rasa guilty sgt sbb nampak dia enjoy sangat makan rendang tu.  Next time Mama buat kacang botol goreng tak letak belacan ye laling.. hehehe..

Sandwich Maker

Thursday, May 3, 2012 0 comments
Tidur pun si Misha ni.  Sepanjang on the way ke Putrajaya tadi dia terkebil-kebil je.  Dah dekat sampai baru sibuk nak menyusu & terlelap.  Frust saya sebab punyalah bersusah payah struggling siapkan budak-budak ni utk ke sana, malangnya sepanjang jalan jem yg amat coz byk jalan dinaiki air.  Alamatnya saya sampai pejabat imegresen dah jam 4.45!! Jadi tengok kaunter kosong ajelahh.. Penatnya toksah cakaplah.. Minggu depan saya mengadap pejabat imegresen lagilah jawabnya sebab esok dah ada temujanji dengan Toyota Service Centre.

Kelmarin saya menyelongkar isi kandungan peti beku saya.  Since saya ada 2 peti beku (yg box) dengan peti beku fridge tu.. so banyak sangatlah isi kandungannya.  Kemudian saya ternampak baki Chicken Meatloaf Ayamas yg saya simpan.  Fuhh!! Lega rasanya.. saya dah ada menu sesuai untuk bekal Tiha esok!!
Ni contoh sandwich maker yg biasa saya guna... (gambar ihsan Google lagi)...
Biasanya dengan sandwich maker ni saya buatkan Tiha roti susu, just sapukan butter & susu pekat, kemudian kepitkan.  Biasanya dia akan bawa 2 set (4 keping roti) & pastinya habis semua.  Kalau saya baik hati sikit saya upgradekan jadi Roti Susu Cheese.  Saya just sapukan susu pekat & letakkan sekeping cheddar cheese, kepitkan dengan sandwich maker ni.  Hasilnya waauu.. manis, masin, masam.. semua adaa... kalau makan time panas memang best sbb cheese tu melting & roti tu pun rangup.

So dengan terjumpanya meatloaf tadi, maka terhasillah Chicken Sandwich & Cheese - Roti, chicken meatloaf, cheddar cheese, tomato/cili sos & mayonis.  Letakkan semuanya & kepitkan.  Balik sekolah tu Tiha tak habis-habis cakap " Mama.. sedapnya Mama masak..".. hehehe.. dia tak tau, semua tu main letak & kepit aje.

Oh ye.. saya suka gunakan sandwich maker ni sebab tak nak bagi sandwich tu berterabur dalam bekal Tiha.. paham-paham je la budak kindergarten ni kan.. plus kalau makan time panas tersangatlah yummy.. meleleh-lelah cheesenya... Mmmm..

Apapun thx to Nina (my ex-roommate masa duduk kat Putra Court Condo dulu) atas pemberian hadiah ni.  I selalu guna tauu.. hehehe.. Semua hadiah kahwin saya memang saya appreciate sangat & banyak sangat gunanya.  Kebetulan semua hadiah yg saya dapat tu barangan yang berbeza, jadi saya gunakan sebaiknya sampai sekarang.  Cuma blender & oven toaster dah rosak sebab digunakan untuk tujuan komersial.. mana tak cepat lingkup.. takpe.. pemberian ikhlas korang pasti akan mendapat pahala.. kann..kann...

MYESHA or MAYESHA

Wednesday, May 2, 2012 0 comments
Secara rasminya kami sepakat menggunakan ejaan Mayesha instead of Myesha seperti awalnya.  Bukannya apa.. bila difikir-fikir balik, takut org terkompius plak.  Sbb some people might pronounce My as Mi instead of Mai (ye la bunyi utk english & bm berbeza).  So to be safe, we all spell nama Misha as Mayesha, pastinya org bleh pronounce full name my third daughter dengan betul lagi terang.. hehehe..

Seminggu sudah saya lalui hari-hari berpantang di rumah sendiri.  Overall ok walaupun sometimes penaaattt yg amat.  Dua kali juga saya nak demam coz breast engorged sbb si Misha ni tak kuat sgt menyusu.  Jadi senangla saluran susu tu tersumbat.  Kalau dengan kakak-kakaknya dulu, asal breast saya mula terasa full, saya offer aje diorang minum.  Terus aje dorg minum dengan berselera.  Tapi dengan si Misha ni.. jgn harap le.. dia akan kemam mulut dia rapat-rapat.  Kalau dia bukak pun, sekadar kepitkan nipple ke mulutnya saja.  Adoii laa.. sakit wwoo.. mmg rasa nak demam plus denyut-denyut teramat.

Nak tak nak, saya panaskan air & sterilized breast pump.  Sekali perah... haa.. 80ml berjaya dikumpul, tu baru sebelah breast aje.  Walaupun still tak menyelesaikan masalah clogged tu, once both breast not so heavy sgt, susu pun kurang, rasa release sikitlah.  Nanti baby mesti akan hisap kuat-kuat sbb nak keluarkan ekstra susu.  Masa ni lah saluran yg tersumbat tu boleh clear balik.  Kalau guna breast pump belum tentu berjaya (lama juga saya try pump bahagian yg bengkak tu, tapi langsung tak keluar susu).

Mujurlah ni pengalaman ketiga saya menyusukan anak.  Jadi saya dah alami pelbagai masalah dan kesukaran dulu antaranya crack nipples, milk blister & engorged  breast.  So dari pengalaman-pengalaman yg lepas, saya dah boleh atasi masalah tu sendiri.  Lagipun memang dalam tempoh berpantang ni biasanya byk sikit problem maybe body & brain belum well functioning dgn perubahan fizikal kita. Babypun menyusu lebih kerap sbb saiz perut dorangkan extra kecik.  After 2 mths nanti barulah perut dorg expand, so storage pon besar sikitkan...

Tapi benda-benda macam ni lah yg mengganggu sikit projek memasak saya.  Walaupun dah plan menu-menu yg simple, tapi sometimes kena tapau lah jugak.  Mostly bila husband takde, susahle nak tinggal si kecik tu.  Kalau time Babanya ada reti pulak dia membuta sepanjang masa!!! Tapi baby 3 weeks old, camtulah.. no complaint...

Apapon esok saya kena ke imegresen pulak.. sblm bersalin saya tanya juga boleh wakilkan suami tak?  Dia cakap nak kena ada authorised letter la, surat doktor la... haa.. kalau dah susah sgt, biar saya aje yg dtg.  Jangan terkejut beruk plak tgk org dlm pantang dtg pejabat imegresen nanti (apply staf dari mengandung sampai beranak, tak habis-habis lagi urusannya). Kita tengok esok apa lagi imegresen tu nak... !!!