Sheperd Pie

Wednesday, July 11, 2012 0 comments
Pie ni lagi sedap kalau garing sikit.. ni first time, jadi belum memandai nak ubahsuai lagi.. hehe
Dah lama teringin nak merasa Shepperd Pie sebab saya agak suka makan pie.  Tapi suami asyik keberatan aje.  Kalau si Baba dah keberatan, saya doubt la anak-anak pon akan makan.  Akhirnya a few weeks lepas, saya beranikan diri juga masak pie ni.  Biasanya taktik saya nak bagi anak-anak makan, include they all time penyediaan tu.  Tapi rasa nak naik anginlah sikit sbb ada toyol kecik sibuk nak tolong kupas, pukul, lenyek.. hiisshh.. tapi bila fikirkan untuk naikkan keinginan nak makan si Tiha & Ieqa, gagahkan diri jugaklah biarkan budak berdua ni yg buat keje.  Tapi extra la kerja nak mengemas dapur & tempoh nak siapkan makanan pun double jadinya!!!

Namanya aje Shepperd Pie, tapi tak guna daging kambing pun.  Gunakan mince meat biasa aje...

OKlah.. ini resepinya.. ada banyak blog letakkan resepi ni tapi semuanya claim resepi asal dari Chef Hanieliza yg makin terkenal tu.  Saya buat half je dalam percubaan pertama ni..  Saya Copy paste balik dari blog Kak Yati ni 

Bahan A (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang
  • 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) - Yatie guna yg kering je dlm 1 sudu kecil
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
Bahan B (Untuk Pai):-
  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. Yatie tabur atasnya sedikit serbuk lada hitam dan sedikit daun parsli kering.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....


Layer pertama.. saya lapik dengan baking paper 
Tupp..tupp.. dah siap pie ni.. ajaib ye.. (sorry lupa nak snap gambar sebenarnya)

Frankly resepi ni memang mabeles la.  Tak disangka-sangka anak-anak dengan bapak anak sekali cukup suka.  Mak anak lagilah.. makan sampai tak cukup.. hehehe.. menyesal pula saya masak separuh dari resepi aje.  Tiha yg pemilih tu pon sanggup makan everything yg ada dlm pie tu, kalau tak tu dia kuis satu-satu & tanya semua ingredient yg ada.  Carrot yg dalam tu pun dia telan tanpa banyak soal.  Cukup suka saya kalau dapat jumpa resepi yg disukai sekeluarga.  Senang kerja!!

Bertahanlah sikit

0 comments
Hari tu beria-ia nak beli hydrogel utk kurangkan sakit & fast recovery for my cracked nipple problem, tapi last-last tak belipun.  Firstly because takde hydrogel pad macam yg dikehendaki, yang ada pun jenis macam bawah ni.  Harganya sekitar RM25+.  Gel ni akan mengeras lepas ditampal pada luka, jadi macam salutan la jugak.
Tapi fikir punya fikir, bertahanlah sikit sbb saya bimbang benda ni tak effective mana.  Lagipun nak kena cabut everytime nak breastfeed, dibuatnya saya terlupa, mau baby tertelan gel tu.  Kebetulan luka tu di sebelah bawah nipple, memang invisible la..

Last-last saya korek almari cari apa lagi stok ubat yg ada (almari ubat tu dah separa farmasi).  Ooohh!! Tak teringat saya ada Bactroban (utk elak wound kena infection).  Bactroban ni prescribed by Dr Zarin (Paed Anak-anak).  So selain dari sapu susu badan pada kawasan yg luka, saya sapu juga Bactoran ni.  Alhamdulillah, kawasan cracked jadi semakin lembut & luka tak jadi nak bernanah (sblm ni dah ada nanah sikit-sikit).  Kalau dah jadi infection, nak kena makan antibiotikla plak kan.  Saya kan tak reti nak telan ubat.. so.. no..no.. saya akan jaga luka ni leklok.. hehehe..

Cracked Nipple

Friday, June 29, 2012 0 comments
Sakitnya tiapkali kena cracked nipple ni.  Saya sebut tiapkali coz saya kena cracked nipples ni sepanjang ketiga-tiga kali saya breastfeed anak-anak.  Haaiii.. bertuah betul babies saya ni... puncanya terjadi macam ni sama je.. MENGGIGIT!!. Bukan saya tak cuba stop they all & keluarkan nipple dgn masukkan jari utk elak dari terus digigit, tapi biasanya nipple saya dah mula terluka.  Mana taknya, bukan takat gigit, ditarik² sampai nak putus!! Untuk recover memang menyiksakan sebab bila luka tu nak bercantum, kembali terbuka bila baby menyusu.  Sometimes kesan luka terbuka semula bila melekat pada bra / baju yg dipakai.  This time memang extra lama luka saya nak sembuh.  Biasa dulu-dulu a few days dah ok.

Kalau dulu-dulu saya just elakkan menyabun kawasan nipple yg luka (utk elak dryness & memburukkan keadaan crack), basahkan dengan air susu (susu ibu mengandungi vitamin E yg boleh percepatkan proses penyembuhan) & bagi extra udara (dedahkan) nipple yg luka untuk instat recovery.  Tapi teknik tu nampaknya tidak berhasil kali ni.

Tadi saya try surfing & jumpa info fasal hydrogel dressing.  Esok nak try tanya farmasi ada tak produk ni.  Since cracked ni nampak macam tak recover or makin besar, maybe saya perlu try treatment cara lain pula.  Masalah besar saya ialah untuk elak kawasan luka ni dari melekat pada fabrik or bra pad. So i guess dressing ni boleh membantu.  Malah saya boleh terus menyusu dengan memakai dressing ni, jadi takle sakit sgt time baby menyusu nanti.  Harap-harap farmasi kat area sini ada la jual produk ni.

Haa.. ini antara contoh produk  hyrogel dressing for nipple healing yg saya jumpa kat google :



You can get more info about this product at  www.first-water.com/breasts/ and  http://www.urbanbaby.com.au/Rite-Aid-Hydrogel-Breast-Discs


Info Masakan - Jenis² Tepung

Wednesday, June 27, 2012 0 comments
Baru-baru ni saya terjumpa satu blog masakan yg agak informative.. jadi teruslah saya follow. Antara info yg menarik perhatian saya ialah fasal tepung.  Sekarang ni barulah saya faham kegunaan tepung yg pelbagai tu. 
Sumber - Google
Tambah-tambah kalau masuk kedai bakery.. tercengang-cengang tengok pilihan yg ada.  Kalau dulu saya tau tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, tepung ubi, tepung kastad & tepung pulut aje.  Tapi tak boleh plak saya nak copy paste kat sini, jadi bolehlah masuk blog citrasawan melalui link ini ye. 

Saya ni suka juga copy paste info or resepi dekat blog sendiri sebabnya senang untuk saya refer & banyak kali terjadi bila saya nak access semula link resepi tu dah mati le, sometimes web tu bz sgt, so slow gila nak browse (cthnya myresepi yg glamour tu, ada masa takleh nak access tau).  Really takde niat nak curi resepi org & credit dekat diri sendiri.  Memang everytime ambil resepi org saya akan maklumkan & sertakan link sekali so that other people bleh access & tahu dari mana saya kutip resepi tu. 

Berbalik fasal tepung tadi, ini antara tepung yg saya tak pernah tau kegunaannya.. hehehe..
Sumber - Google
Tepung superfine or tepung kek or tepung low protein.. (ooo.. gitu....)
Sumber gambar : Google
Ini pula tepung Red Rose atau dikenali juga sebagai tepung biskut (oooo.. gituuu....)

Makin lama saya follow blog masakan sana-sini terasa betapa ceteknya pengetahuan saya dalam bidang masakan.  Pastinya saya semakin excited untuk menambah ilmu di dada & mengumpul resepi sebanyak mungkin.  Tapi buat ke tidak, itu saya tak jamin... hehehe.. 

Oklah, itu aje entry malam ni.  Ingatkan nak update sikit fasal a few makanan yg saya cuba masak baru-baru ni, tapi tak jumpa pulak kabel hp saya.  So saya peramkan ajelah dulu gambar makanan tu!!!

Pantai Timur

Friday, June 22, 2012 0 comments

Dari utara lajak pula ke timur.  Sebenarnya ada dua sebab saya ke sini, bukan setakat jalan-jalan.  Tapi biarlah ia menjadi rahsia giteww.. hehehe.. Alang kepalang dah lajak ke Terengganu, of course la ambik kesempatan layan pantai.

Oh ye, my beloved father pun ikut sama.  Tapi takde lah gambarnya.  Saja je ajak dia sekali sebab dah lama asyik mention nak ke pantai timur.  Saya tau ayah ni kaki jalan jugak.  Pantang diajak jee.. hehehe..

Tengahari singgah Cherating je kejap, pusing-pusing lebih kurang then lunch dkt kedai area challet tu.  Lepas makan terus ke Kemaman, ke kampung halaman mak mertua.  Selesai je urusan, kami patah balik ke Kuala Kemaman.  Saja nak grab sata, kopok leko & seumpamanya.  Kat sini memang famous dgn benda-benda macam ni. 


Sedap juga satar dkt kedai ni.. tapi lupa pula nama kedainya..  saya singgah pun sbb nampak ramai sungguh org yg menikmati satar dkt sini.


Lepas beli satar, ketupat goreng, pulut panggang dan keropok lekor, bolehlah bergerak ke pantai.  Kali ni berpatah balik semula menuju ke Kuala Terengganu.  Asalnya nak bawak ayah naik ke arah Dungun, tapi hari dah agak lewat, nanti langsung tak nampak rupa pantai.  Jadi kami menghala ke arah Kijal ajelah.  Try singgah Pantai Kemasik.  Kalau sekitar Kemaman sana, biasanya kami menyinggah di Cherating atau Chendor aje.

Kemasik ni tak susah nak cari, dari Kemaman, terus aje ambil jalan ke Kijal / Kuala Terengganu.  Sebelum Kijal akan nampak signboard Kemasik & masuk ke simpangnya di sebelah kanan jalan.  Kat sini dah ada foodcourt & public toilet.  Nampak macam baru di buka tapi agak tak terurus sbb semua sinkinya leaking.. :(.

Sampai kat tepi pantai, awal-awal dah nampak sign warning dilarang mandi.  Tapi memang tak plan nak mandi, lebih kepada nak bawa ayah jalan-jalan & penuhi impian Tiha yg dah sekian lama request nak main layang-layang.  

Laieqa takut nak pijak pasir.. geli kononnya.  Main benda-benda kotor tak rasa geli pulak!! Haaii.. macam-macam hal

Tiha asyik junamkan layang-layangnya ke tanah.. jgn sondol kepala org sudah!!

Muka Sedih!! Tension sbb takleh join org lain main beach

At last.. mana boleh tahan beb!!









 Pantai Kemasik ni bagi saya tak mencapai standard yg ada dalam kepala saya sebelum tu.. hehehe... Pemandangan sekitar pantai ni agak cantik, malangnya agak tak terjaga (most of the beach yg open to public selalu macam tu kan...).  Plus pasirnya pun agak yellowish & kasar.  Saya suka pantai yg bersih dengan pasir putih yg halus mulus.. aauuww..

Hampir Maghrib kami bergerak keluar & pilih jalan alternatif ke Kemaman.  Sampai Kemaman singgah dinner kat restoran Cowboy (atas air).  Environment dah best sbb atas air dan floating ala-ala rumah rakit. Sekali bot lalu bergelombang sakanle. Tapi frust sbb makanannya tak sebest dulu dan banyakkkk sangat nyamuk!! Jenuh dok usap satu badan baby sbb dia terlalu yummieess utk nyamuk-nyamuk di sini!!