Dari utara lajak pula ke timur. Sebenarnya ada dua sebab saya ke sini, bukan setakat jalan-jalan. Tapi biarlah ia menjadi rahsia giteww.. hehehe.. Alang kepalang dah lajak ke Terengganu, of course la ambik kesempatan layan pantai.
Oh ye, my beloved father pun ikut sama. Tapi takde lah gambarnya. Saja je ajak dia sekali sebab dah lama asyik mention nak ke pantai timur. Saya tau ayah ni kaki jalan jugak. Pantang diajak jee.. hehehe..
Tengahari singgah Cherating je kejap, pusing-pusing lebih kurang then lunch dkt kedai area challet tu. Lepas makan terus ke Kemaman, ke kampung halaman mak mertua. Selesai je urusan, kami patah balik ke Kuala Kemaman. Saja nak grab sata, kopok leko & seumpamanya. Kat sini memang famous dgn benda-benda macam ni.
Sedap juga satar dkt kedai ni.. tapi lupa pula nama kedainya.. saya singgah pun sbb nampak ramai sungguh org yg menikmati satar dkt sini. |
Lepas beli satar, ketupat goreng, pulut panggang dan keropok lekor, bolehlah bergerak ke pantai. Kali ni berpatah balik semula menuju ke Kuala Terengganu. Asalnya nak bawak ayah naik ke arah Dungun, tapi hari dah agak lewat, nanti langsung tak nampak rupa pantai. Jadi kami menghala ke arah Kijal ajelah. Try singgah Pantai Kemasik. Kalau sekitar Kemaman sana, biasanya kami menyinggah di Cherating atau Chendor aje.
Kemasik ni tak susah nak cari, dari Kemaman, terus aje ambil jalan ke Kijal / Kuala Terengganu. Sebelum Kijal akan nampak signboard Kemasik & masuk ke simpangnya di sebelah kanan jalan. Kat sini dah ada foodcourt & public toilet. Nampak macam baru di buka tapi agak tak terurus sbb semua sinkinya leaking.. :(.
Sampai kat tepi pantai, awal-awal dah nampak sign warning dilarang mandi. Tapi memang tak plan nak mandi, lebih kepada nak bawa ayah jalan-jalan & penuhi impian Tiha yg dah sekian lama request nak main layang-layang.
Laieqa takut nak pijak pasir.. geli kononnya. Main benda-benda kotor tak rasa geli pulak!! Haaii.. macam-macam hal |
Tiha asyik junamkan layang-layangnya ke tanah.. jgn sondol kepala org sudah!! |
Muka Sedih!! Tension sbb takleh join org lain main beach |
At last.. mana boleh tahan beb!! |
Hampir Maghrib kami bergerak keluar & pilih jalan alternatif ke Kemaman. Sampai Kemaman singgah dinner kat restoran Cowboy (atas air). Environment dah best sbb atas air dan floating ala-ala rumah rakit. Sekali bot lalu bergelombang sakanle. Tapi frust sbb makanannya tak sebest dulu dan banyakkkk sangat nyamuk!! Jenuh dok usap satu badan baby sbb dia terlalu yummieess utk nyamuk-nyamuk di sini!!
0 comments:
Post a Comment