Laksam

Monday, December 31, 2012 0 comments
Laksam berulamkan timun aje.  Kat rumah ni saya je kaki makan sayur, tu malas nak beli  pelbagai sayur.
Saya ni lagi familiar dengan masakan utara, jadi membuat laksam memang bukan kepakaran.  Since suka sangat makan laksam, saya nak try jugak buat sendiri.  Tapi si suami tak suka laksam, (nama aje berdarah pantai timur, tapi suka makanan utara) saya tunggu time dia tak balik lunch then boleh layan laksam dengan budak² ni.  Kebetulan masa sibuk dengan job air force aritu dia banyak berkampung di office, saya ambik kesempatan buat eksperimen melaksam.  

Resepinya saya ambik dari E-Na.  Ada banyak resepi yang tersimpan dalam favourite list tapi lepas di belek² saya berminat dengan resepi ni.

Laksam (4 orang )
Bahan-bahannya: 
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 5 cawan air suam (bergantung pd jenis tepung beras, kalau cubaan pertama keras tambahkan air dalam bancuhan) 
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 tudung periuk / loyang kek 
  • Sedikit minyak masak untuk di sapu pada tudung periuk. 

Cara membuatnya : 
  1. Panaskan pengukus. 
  2. Sapukan sedikit minyak masak pada permukaan tudung periuk. Bila air kukusan telah mendidih, masukkan tudung periuk tadi dan tutup tudung periuk kukus.
  3. Didalam mangkuk masukkan air, tepung beras, tepung gandum dan garam. Kacau sebati.
  4. Jika berketul, tapis adunan sebelum di kukus. 
  5. Masukkan 1 1/2 senduk adunan ke atas tudung periuk yang telah panas tadi. 
  6. Kukus sehingga masak. Apabila laksam gelembung2 itu tandanya sudah masak.
  7. Angkat dan sandarkan tudung periuk dan dibiarkn sebentar sebelum di gulung supaya laksam licin dan kelihatan cantik.
  8. Sambil itu panaskan tudung periuk lain di dalam kukusan. Ulang langkah 5 sehingga habis.

Kuah Laksam
Bahan-bahan: 
  • 1 ekor ikan selayang/ kembong bersaiz besar direbus dgn garam dan asam keping. (Bg yg berada di Japan boleh guna ikan Aji) 
  • 1cm halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 keping asam keping
  • Sedikit lada hitam/ serbuk lada hitam
  • 200ml santan pekat - anggaran shj 
  • 500ml air-anggaran shj 
  • Garam dan perasa

Cara Membuat Kuah : 
  1. Ikan di buang tulang dan dikisar bersama dengan halia, bawang merah, bawang putih, dan lada hitam.
  2. Masukkan kedalam periuk bersam dengan bahan2 lain.
  3. Masak sehingga agak pekat.

Note : sukatan air dan santan bergantung kepada saiz ikan dan selera masing-masing. so pandai-pandailah adjust ye...
Bahan untuk Cili : 
  • cili merah / cili kering
  • cili padi 
  • sedikit belacan
  • garam
  • gula 
  • limau nipis

Cara membuatnya : 
  1. Blend semua bahan. 
  2. Perasakan pedas, masin dan masam.
  3. Sedia di hidangkan.
  4. Buat sambal sehari lebih awal lagi sedap. Simpan dalam fridge. 


Saya takde tudung periuk, jadi guna pizza pan (lagi senang tau sebab tak melekat).   Saya  guna cooking spray utk minyakkan (sekali aje) & panaskan atas kukusan.  Tuang laksam sampai meliputi pan & kukuskan.  Tunggu sampai gelembung² macam ni nak pastikan laksam tu masak.

Moment of truth.. hehehe... jom try gulung!!! Jeng..jeng..jeng..

Fuhh.. berjaya!!! Seronoknya first time buat dah menjadi... 

Saya simpan dalam tupperware, kalau tak habis boleh masuk peti terus.
 Punya girang tengok laksam tu menjadi.  Tapi betullah cakap E-Na, air kena pandai² adjust sikit.  Saya suka laksam yang lembik sikit.  Pasni dah tau la macam mana nak adjust sana-sini ye tak?  Then kuahnya pun kurang kick (cair), saya guna 4 ekor pelaling, next time mungkin upkan sampai 10 ekor ke.. hehehe.. Tiha pon komplen laksam saya tak best sangat dengan yang biasa dia makan dekat kedai.. Adooii.. first time kena compare dengan makanan kedai & kalah plak tu!  Tapi saya admit, laksam saya ni memang serba kurang lagi, saya yakin lepas ni Tiha akan puji laksam saya lagi sedap dari yang beli.. heheheh.. (komplen la banyak², Mama mogok masak kang baru tau).


Pizza Crisper

Saturday, December 29, 2012 2 comments
Alaa.. lupa nak ambik gambar before tabur cheese.. ni pun nasib baik teringat, tu yg belum tepu dengan cheese lagi.  Dah siap ambik gambar, sambung tabur cheese semulaa..  patutla stock cheese kejap je habis!!
Hari kejadian ni dah lama pun.  Bersemangat nak buat pizza sebab baru je 'terbeli' pizza crisper 13".  Biasalah, kalau masuk kedai baking, ada je benda 'terbeli'.. hehehe.. Resepinya saya ulang guna yang wholemeal tu (best tau, bahannya simple, rasanya memang daboom lahh).. Nak resepi masuk sini ye.. doh ni dapat hasilkan 4 biji pizza saiz sederhana, tapi saya ambil setengah untuk jadikan 1 biji pizza saiz extra large ni & 1 biji 9" then lagi suku saya simpan dalam peti.  Ni pon mujur saya pakai microwave convection, 13" memang saiz maximum boleh sumbat.  Kalau tak, lagi besar saya angkat!!.. hehehehe...

Best jugak hasil dari penggunaan pizza crisper ni, memang rangup kat bahagian bawahnya.  Yang kurang syoknya.. susah nak guna rupanya!! Alaa.. korang imagine le, cane nak tekan doh pizza tuh kalu pan tu belubang-lubang?? Ce jawab?  Alamatnya doh tuh masuk sekali dalam lubangle.  Lepas tekan kejap² jolok balik doh yg terkeluar kat bawah tuh masuk balik.. hehehe.. Then bila pizza tu tengah naik plak, sibuk pulak dia nak menjojol kat bawah.. Yang lagi syok, dah siap masak, susah plak nak keluarkan.  Macam² hal le.. Nasib baik rasa ko sedap wahai pizza.. menguji kesabaran sungguh!

Jadi the best solution is, beli pizza pan 13" then lapikkan bawah pizza crisper ni.  Baru le senang diguna, ye dak?  Since takde alas lain yg sesuai, saya guna chopping board aje sebagai pelapik, tapi doh tu sibuk melekat kat board tu le plak.  Nak tak nak kena beli le jugak pan yang biasa tu nanti.  Time bakar je keluarkan & bakar guna crisper ni direct.  Kan senang cenggitu.. sengal je kan, time beli tak fikir habis².. hehehe (sambil menggaru kepala sendiri.!!)..

Donut (Kak Nannie)

Friday, December 28, 2012 0 comments
Ni gorengan kali kedua
Sekian kalinya baru ada masa nak mengadap pc.  Selain bz dengan agenda keluarga (berjalanlan apa lagi!!), dok pulun perabis Burn Notice, Big Bang Theory.. etc..- Aktiviti waktu senggang bersama suami.  Dah habis tu, start Marathon layan Dexter plak.  Jumaat - Ahad lepas merayap ke Cameron & Perak.  Banyak gak aktiviti menarik kat sana, nanti le saya letak pic ye.  Kiranya ni vacation last sblm Tiha masuk darjah 1.  Pasni susah dah nak redah berjalan sana sini tak tentu hala (we all kan suka elak kawasan sesak or bercuti di hari minggu).  Next year terpaksa lah ikut schedule Tiha aje... adoii la.. 

Okehla.. abis cite sal berjalan.  Ni kisah donut pulak.  Donut yg dah berbulan lepas buat.  Sedap donut ni, si Ieqa boleh telan donut tu up to 5 (dia ni kecik aje & tak kuat makan tau).  Nampak sangatlah dia amat suka akan donut ni.  Since dapat agak banyak, jadi bolehlah bekukan.  Family saya habiskan dengan tiga round aje.. hehehe.. Saya pun makin suka makan donut sejak pandai buat sendiri ni.  Tapi mengenangkan saiz badan yg makin enggan turun, saya kena lah malaskan diri sikit dari masak benda-benda macam ni.  Kalau teringat nak mengunyah, bukak peti cari buah.  Walaupun tetap sedap, tapi tak kenyang.. huhuhu...

Resepi ni saya dapat dari blog kak nanie.  Kak Nanie pulak ambik dari HaSue.. jadi saya share plak kat sini.  Senang aje membuatnya & sedap dimakan juga.

DONUT LEMBUT
sumber : HaSue


BAHAN-BAHAN :

500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)-Letak lebih sikit pun takpe
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]-Letak kedua2 lagi sedap
1 Biji Telur-dipukul sikit
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)


CARA-CARA :
Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2.

Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee

Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

Dah beku ni, nak transfer dalam tupperware plak.  Ignore rupa donut yg buruk tu sbb hasil keje kanak² 6 & 3 tahun...  Itulah tukang terap donut ni

Grill Chicken Chop

Monday, December 17, 2012 0 comments
Dinner yg senang lagi sihat
Ni dinner di kala takde selera nak makan nasi.  Memang selalu rumah ni berdinner tanpa nasi.  Kali ni takde stok sayur dalam peti, jadi saya perabiskan epal hijau & gaul dengan sos salad buah.  Kalau ada banyak buah lagi sedap, campur-campurkan aje.  

Ayam ditabur dgn garam, black pepper aje.  Kalau nak boleh tambah Worcestershire sauce & paprika. Masak atas pan aje macam biasa. 
Ayamnya pula bahagian whole leg yang dibuang tulang (bahagian buat chicken chop).  Ni kiranya grill chicken chopla jugak. Bahagian ni juicy & lembut sikit dari bahgian yang lain.  Saya just taburkan black pepper, garam & Worcestershire sauce (Lea & Perrins).  Kalau nak tambah paprika pun boleh juga.

Kentangnya saya perapkan dengan olive oil, black pepper & garam.  Saya bakar dengan hirisan bawang holland pada suhu 200c selama 40 minit (bergantung kepada kuantiti kentang & kepanasan oven).  Kalau nak grill pun boleh, tapi ambik masa la sikit & nak kena berebut pan dengan ayam pulak.  Jadi sambil masak ayam, saya bakar kentang.  

Kuahnya pun senang.. pan bekas grill ayam tadi saya gunakan semula & tumiskan 1 biji bawang besar di potong dadu sampai keperangan (bukan garing tau). Kemudian tambahkan air, sos tiram, black pepper & garam.  Kalau nak pekatkan, just gaulkan tepung gandum dgn air, kacau sebati.  Baki-baki ayam yang digrill tadi akan menghasilkan warna perang ni.  Some people suka tambah kicap sikit utk gelapkan kuah, tapi saya kurg suka ada rasa kicap dalam kuah.  Kalau nak tambahpun, satu kiub stok ayam sudah memadai.  Then adjustlah kepekatan & kuantiti kuah ni.  Nak makan dengan whipped potato pun sedap.  

Sometimes masakan simple macam ni le yg syok dimakan...

Burger Malaysia

Sunday, December 16, 2012 0 comments

Kuih favourite husband ni, burger malaysia.  Kalau pegi mana-mana nampak kuih ni, mesti dia nak beli.  Dulu memang tak penah buatle sebab ni antara kuih katogeri kena diuli.  Ni pestime saya try tau.. senang aje membuatnya, resepinya dari CMG.. sedappp!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar gula kastor
2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar lemak sayur atau shortening
1/4 camca teh garam
1 camca teh yeast
100 ml air suam

BAHAN LAIN :-)
Sambal tumis ikan bilis secukupnya
Hirisan timun secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

Bancuh yeast dengan air suam dan 1/2 camca teh gula kastor (guna gula dalam resipi ini), bancuh rata dan biar ia berbuih. Sementara itu, satu kan tepung, baki gula kastor, garam, lemak sayur dan susu tepung. Gaul hingga rata. Tuang bancuhan yeast tadi dan gaul hingga rata. Jika kurang air tambah sedikit lagi, dan gaul lagi hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan dan mangkuk adunan.
Bagi kepada 10 bahagian sama besar, bulat2kan dan tekan sedikit, susun dalam loyang yang telah di tabur dengan tepung. Jarakan antara satu sama lain, dan perap 40 - 45 minit atau hingga saiznya berganda.
Goreng terendam dalam minyak panas bersuhu sederhana. Masak hingg kuning keemasan pada semua bahagian. Angkat dan toskan, buat hingga siap. Sejukkan.
Ambil satu pau tadi, belah dua tapi jangan putus, sapu dengan sambal tumis ikan bilis dan susun timun dalam dia, mat letak 2 hirisan nipis timun. Boleh dihidngkan untuk minum petang atau sarapan juga..


Sebenarnya terjadi tragedi sikit masa buat kuih ni.. hehehe.. (manjang je ada tragedi..) Kononnya uli mlm, simpan peti & goreng utk breakfast.  Lepas uli, tiba-tiba rasa was² plak nak naikkan dalam peti jadi ingat naikkan kat luar & simpan le dalam peti.  Tah macam mana, sibuk buat itu ini, surfing, ngadap blog semua.. baru teringatt!!! Kelam kabut pegi dapur, sekali tengok, doh sudah terjun menjunam.. uuwwaaa... (berjam-jam jugaklah doh tuh terperam)
Doh ku mula turun.. oh Tidakk!!!
Dengan hati yang lara, bawak masuk je lah dalam peti.  Kalau keras or liat, telan ajelah, nak buat macam mana, sendiri yg cuai.  Esoknya tanpa sebarang perasaan, saya gorenglah untuk dihidang kepada sang suami.. ceewwaahh.. sekali makan.. wahhhh!! sedap!! hehehehe.. rangup di luar lembut di dalam.  Walaupun leper² aje, rasanya tetap sedap.  Fuuhh.. terawat sudah luka di hati.  Pasti kan ku buat lagi dan lagi....