Laksam

Monday, December 31, 2012
Laksam berulamkan timun aje.  Kat rumah ni saya je kaki makan sayur, tu malas nak beli  pelbagai sayur.
Saya ni lagi familiar dengan masakan utara, jadi membuat laksam memang bukan kepakaran.  Since suka sangat makan laksam, saya nak try jugak buat sendiri.  Tapi si suami tak suka laksam, (nama aje berdarah pantai timur, tapi suka makanan utara) saya tunggu time dia tak balik lunch then boleh layan laksam dengan budak² ni.  Kebetulan masa sibuk dengan job air force aritu dia banyak berkampung di office, saya ambik kesempatan buat eksperimen melaksam.  

Resepinya saya ambik dari E-Na.  Ada banyak resepi yang tersimpan dalam favourite list tapi lepas di belek² saya berminat dengan resepi ni.

Laksam (4 orang )
Bahan-bahannya: 
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 5 cawan air suam (bergantung pd jenis tepung beras, kalau cubaan pertama keras tambahkan air dalam bancuhan) 
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 tudung periuk / loyang kek 
  • Sedikit minyak masak untuk di sapu pada tudung periuk. 

Cara membuatnya : 
  1. Panaskan pengukus. 
  2. Sapukan sedikit minyak masak pada permukaan tudung periuk. Bila air kukusan telah mendidih, masukkan tudung periuk tadi dan tutup tudung periuk kukus.
  3. Didalam mangkuk masukkan air, tepung beras, tepung gandum dan garam. Kacau sebati.
  4. Jika berketul, tapis adunan sebelum di kukus. 
  5. Masukkan 1 1/2 senduk adunan ke atas tudung periuk yang telah panas tadi. 
  6. Kukus sehingga masak. Apabila laksam gelembung2 itu tandanya sudah masak.
  7. Angkat dan sandarkan tudung periuk dan dibiarkn sebentar sebelum di gulung supaya laksam licin dan kelihatan cantik.
  8. Sambil itu panaskan tudung periuk lain di dalam kukusan. Ulang langkah 5 sehingga habis.

Kuah Laksam
Bahan-bahan: 
  • 1 ekor ikan selayang/ kembong bersaiz besar direbus dgn garam dan asam keping. (Bg yg berada di Japan boleh guna ikan Aji) 
  • 1cm halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 keping asam keping
  • Sedikit lada hitam/ serbuk lada hitam
  • 200ml santan pekat - anggaran shj 
  • 500ml air-anggaran shj 
  • Garam dan perasa

Cara Membuat Kuah : 
  1. Ikan di buang tulang dan dikisar bersama dengan halia, bawang merah, bawang putih, dan lada hitam.
  2. Masukkan kedalam periuk bersam dengan bahan2 lain.
  3. Masak sehingga agak pekat.

Note : sukatan air dan santan bergantung kepada saiz ikan dan selera masing-masing. so pandai-pandailah adjust ye...
Bahan untuk Cili : 
  • cili merah / cili kering
  • cili padi 
  • sedikit belacan
  • garam
  • gula 
  • limau nipis

Cara membuatnya : 
  1. Blend semua bahan. 
  2. Perasakan pedas, masin dan masam.
  3. Sedia di hidangkan.
  4. Buat sambal sehari lebih awal lagi sedap. Simpan dalam fridge. 


Saya takde tudung periuk, jadi guna pizza pan (lagi senang tau sebab tak melekat).   Saya  guna cooking spray utk minyakkan (sekali aje) & panaskan atas kukusan.  Tuang laksam sampai meliputi pan & kukuskan.  Tunggu sampai gelembung² macam ni nak pastikan laksam tu masak.

Moment of truth.. hehehe... jom try gulung!!! Jeng..jeng..jeng..

Fuhh.. berjaya!!! Seronoknya first time buat dah menjadi... 

Saya simpan dalam tupperware, kalau tak habis boleh masuk peti terus.
 Punya girang tengok laksam tu menjadi.  Tapi betullah cakap E-Na, air kena pandai² adjust sikit.  Saya suka laksam yang lembik sikit.  Pasni dah tau la macam mana nak adjust sana-sini ye tak?  Then kuahnya pun kurang kick (cair), saya guna 4 ekor pelaling, next time mungkin upkan sampai 10 ekor ke.. hehehe.. Tiha pon komplen laksam saya tak best sangat dengan yang biasa dia makan dekat kedai.. Adooii.. first time kena compare dengan makanan kedai & kalah plak tu!  Tapi saya admit, laksam saya ni memang serba kurang lagi, saya yakin lepas ni Tiha akan puji laksam saya lagi sedap dari yang beli.. heheheh.. (komplen la banyak², Mama mogok masak kang baru tau).


0 comments:

Post a Comment