Donut (Kak Nannie)

Friday, December 28, 2012
Ni gorengan kali kedua
Sekian kalinya baru ada masa nak mengadap pc.  Selain bz dengan agenda keluarga (berjalanlan apa lagi!!), dok pulun perabis Burn Notice, Big Bang Theory.. etc..- Aktiviti waktu senggang bersama suami.  Dah habis tu, start Marathon layan Dexter plak.  Jumaat - Ahad lepas merayap ke Cameron & Perak.  Banyak gak aktiviti menarik kat sana, nanti le saya letak pic ye.  Kiranya ni vacation last sblm Tiha masuk darjah 1.  Pasni susah dah nak redah berjalan sana sini tak tentu hala (we all kan suka elak kawasan sesak or bercuti di hari minggu).  Next year terpaksa lah ikut schedule Tiha aje... adoii la.. 

Okehla.. abis cite sal berjalan.  Ni kisah donut pulak.  Donut yg dah berbulan lepas buat.  Sedap donut ni, si Ieqa boleh telan donut tu up to 5 (dia ni kecik aje & tak kuat makan tau).  Nampak sangatlah dia amat suka akan donut ni.  Since dapat agak banyak, jadi bolehlah bekukan.  Family saya habiskan dengan tiga round aje.. hehehe.. Saya pun makin suka makan donut sejak pandai buat sendiri ni.  Tapi mengenangkan saiz badan yg makin enggan turun, saya kena lah malaskan diri sikit dari masak benda-benda macam ni.  Kalau teringat nak mengunyah, bukak peti cari buah.  Walaupun tetap sedap, tapi tak kenyang.. huhuhu...

Resepi ni saya dapat dari blog kak nanie.  Kak Nanie pulak ambik dari HaSue.. jadi saya share plak kat sini.  Senang aje membuatnya & sedap dimakan juga.

DONUT LEMBUT
sumber : HaSue


BAHAN-BAHAN :

500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)-Letak lebih sikit pun takpe
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]-Letak kedua2 lagi sedap
1 Biji Telur-dipukul sikit
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)


CARA-CARA :
Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2.

Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee

Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

Dah beku ni, nak transfer dalam tupperware plak.  Ignore rupa donut yg buruk tu sbb hasil keje kanak² 6 & 3 tahun...  Itulah tukang terap donut ni

0 comments:

Post a Comment