POTATO FRITTERS

Monday, October 13, 2014 4 comments
Bukan main glamer potato fritters or cucur kentang ni sekarang.  Since saya memang suka sangat potato, bolehlah try.  Caranya hampir sama dengan buat hashbrown juga.  Kebetulan Abang datang ke rumah, bolehlah jamu tetamu sekali.  

Sagatan 3 biji kentang (saya gunakan food processor aje).. telur 1 biji, tepung jagung 4 sudu besar, 3 sudu besar tepung gandung, lada sulah & garam gula (saya gunakan lada hitam & sedap rasa).

Saya buat juga cekodok... ni belum ditambah tepung.  Lenyetan pisng, gula, secubit garam & sedikit soda bikarbonat. 

Sedang menggoreng potato fritters..
Ini aje gambar yang ada.  Okaylah tu kan... lagipun banyak orang dah share resepi ni.  Jadi kami berdinner dengan cucur kentang & cekodok pisang ajelah semalam.. :)


PRODUCT REVIEW - SAMSUNG ECOBUBBLE WASHER DRYER

Friday, October 10, 2014 52 comments
Dah lama saya menangguh hasrat nak share tentang washer dyer Samsung ni.  Asalnya saya nak test dulu dlm 3 bulan untuk pantau penggunaan elektrik & juga nak pastikan tiada masalah berbangkit.  Tangguh punya tangguh, dah hampir 2 tahun saya peram!!!  So... kiranya dah lebih setahun saya guna washer dryer ni di rumah.  Bagi saya amat berbaloi²... Saya rasa inilah produk elektrik paling Best dalam rumah ni (Lap U lah washer dryer ku)...
My dear washer dryer (image from Samsung Web)...
Macam banyak duit aje beli mesin basuh mahal² camni kan?  Sebenarnya saya beli ni selepas mesin basuh LG saya dah semakin uzur.  In fact dah pernah di repair pon sebab spring nya dah haus.  Kebetulan Adik saya tengah mencari mesin untuk rumahnya, jadi saya sedekahkan mesin tu.  Alang² nak beli, saya nak yang Ok (saya kurang puashati dengan washing machine LG lama tu) dan DRYER sekali coz bermasalah dengan baju yang berlonggok² sebab kena que kalau basuhan sebelumnya tak kering.  Plus saya rimas tgk banyak sangat baju bergantungan kat balkoni.

Masa ni saya dah plan nak beli Washing Machine + dryer separately coz dulu² si Ah Choon pernah ckp Washer Dryer ni tak ok.  Banyak customer complaint.  Bila ke Senheng, laju aje saya order Washing Machine & Dryer Electrolux.  Plannya nak di stackkan kedua² barang ni coz nak jimat ruang.  Then Choon cakap kena beli la plak tempat gantung la, kena upah orang pasangla.. blaa..bla... Uiisshh.. melambung² kosnya.  Dari hampir 4k jadi 4k plus dah. 

Masa ni lah dia sibuk cucuk jarum, suruh saya beli Washer Dryer Samsung ni.  Ehh.. dulu dia jugak kata tak ok, ni dia pulak yang recommend. (rupanya yang tak Ok tu brand lain).  Dah puas bergaduh sakan (gaduh² gurau gitu), survey pendapat pengguna on the net bla..bla..bla... Saya pun beralah.  Lagipun masa ni tengah promosi, rasanya bawah RM3,300.  Dah beli tu terus warning Ah Choon.. "kalau mesin ni tak best.. SIAP!"  Sure kecut mamat ni.. hehehe...

Antara perkara yang saya perhatikan selepas menggunakan mesin ni berbanding LG lama saya dulu :

1. Kebersihan - Jika dulu saya terpaksa berus baju² yang terlalu kotor (uniform sekolah, baju terkena sisa makanan, stokin etc).  Tapi lepas guna Washer Dryer ni, saya langsung tak perlu handwash atau memberus lagi dah.  Paling² pun saya sembur aje prewash liquid dekat tompokan coklat or kotoran tu & terus basuh dalam mesin.  Memang ketara sangat tahap kebersihannya.  Tapi dengan syarat, gunakan setting COTTON.  Jika kain buruk pula saya gunakan setting COTTON & setkan suhu pada 95c.  Bayangkan sehitam² kain buruk, memang bersih macam kain towel biasa.  Bekas grease ke, minyak berkunyit ke... all clear.  Boleh tengok entry saya berkenaan kain buruk di sini.  Kalau dulu saya rendam semalaman dengan clorox pun tak berjaya dapat hasil sebersih ni.  

2.  Gumpalan -  Saya sangat tak sukakan mesin lama yang bergumpal teruk ketika nak dikeluarkan dari mesin.  Banyak baju rosak akibat gumpalan tu.  Tapi dengan mesin ni masalah tu memang takde.  Gumpalan tu memang ada, tapi tidak seteruk mesin lama.  

3.  Penggunaan elektik - Masa bulan pertama saya takut² nak guna dryer coz bimbang bil elektrik melambung.  Agak mengejutkan, bil saya langsung tidak berubah selepas beberapa bulan.  Walhal saya akan guna dryer sekurang²nya sekali seminggu.  Dari pemerhatian saya, bil akan terjejas jika banyak menggunakan aircond & BAKING.  Setakat ni washer dryer ni bukan penyumbang terbesar dalam 'menaikkan' bil.

Masa catuan air dulu, walaupun air hanya ada setiap 2 hari, saya langsung tak susah hati dengan stok baju coz saya akan mula medobi bila air ada.  Kalau ampaian penuh, saya gunakan dryer, janji takde baju yang tersisa.  Masa ni ramai yang terpaksa ke kedai dobi kan.  Memang lega rasanya saya tak perlu bimbang bab mendobi & paling penting, bil elektrik tetap Ok.

4.  Maintenance - Eh.. mesin pun ada maintenance ke.  Oh.. Ada!  Saya pernah guna Dryer Mak Mertua (brand Electrolux)... selepas kering, banyak sungguh habuk² terkumpul dalam tu.  Trpaksalah ambik faber duster or kain untuk bersihkan dryer tuh... Memang menyusahkan... Saya memang tak suka beli barang² yang cerewet ni.  Happy sangat sebab mesin ni takde perangai tu.  Walau lepas guna dryer, habuk yang ada sikit aje.  Sampai saya tak bother pun nak cuci sebab habuk tu akan hilang bila kita membasuh nanti.  



Selepas guna dryer.. drum masih bersih.. Getah ni biasanya memerangkap habuk, tapi still ok.. tak teruk sangat habuknya...


5.  Air Wash/ deodorize - Antara function yang saya suka.  Boleh deodorize or guna air wash saya untuk bersihkan Toto & toys.  

6.  Selain dari tu, mesin ni jugak menjimatkan air & sabun.  Saya hanya guna 1/2 dari sukatan biasa untuk 1 loading.  Teknologi ecobubble ni uoalls boleh cari demo kat Youtube ye...

Selain tu banyak lagi kelebihan yang saya rasa amat perlu untuk saya & berbaloi² dengan harga yang saya bayar.  Kalau sesiapa selalu mendobi di kedai mostly tumpang dryer, saya rasa eloklah cekau washer dryer ni.  

Washer Dyer ni saya partnerkan dengan Box Freezer.  Muat² je ruang laundry ni untuk diorang kan... :)
Tujuan utama saya beli dryer ni sebab rimas tengok baju bergantungan di balkoni & selalu kekuranga stok baju kerana tak sempat kering bila hujan.  Tapi masalah tu langsung dah takde lepas saya beli ampaian ni (saya beli washer dryer dulu then baru ampai).  Jadi saya takdelah gunakan dryer everytime membasuh.  Saya hanya pakai dryer bila basuh baju/booties &mitten/napkin etc baby (kecik² sgt, leceh nak sidai), towel (extra fluffy jika guna dryer walau tanpa softener) & kain buruk (leceh juga nak menyidainya).

Kalau nak pakai dryer, saya try elak kain² yang sensitif (walaupun ada setting yang sesuai), panties/underwear or anything bergetah, t-shirt yang bercop .. bimbang cepat rosak.  Biasanya saya masukkan kain² yang tak nak gunakan dryer dalam jaring, bila baju siap dibasuh, saya keluarkan aje jaring tu & set utk drying.  By rite semua jenis pun boleh tapi saya malas nak asingkan & set lain².  Takat ni takde lagi baju yang rosak akibat gunakan dryer kecuali kain yang jenis murah & mudah luntur lebih pantas ia meluntur seolah² dijemur di bawah panas terik.  Dari segi lain takde masalah.

Saya just share jika ada sesiapa yang tengah survey mesin basuh.  Masa nak beli dulu saya terpaksa refer review dari luar negara.  Memang Washer Dryer ni ratingnya tinggi, 8/10.  Tu yang saya makin yakin nak membeli.  Oh ye,  model ni dah takde dijual Samsung Malaysia, kalau nak mungkin ada model yang hampir sama (mungkin lagi canggihla kan).  Model saya ni mampu cater 8kg load sahaja.  

Harap² entry ini dapat memberi manafaat kepada semua.. :)




PAU

Wednesday, October 8, 2014 0 comments
Kisah yang lalu usah dikenang.. Walaupun dah berkali² buat pau yang tak menjadi, perasaan serik memang tidak wujud.  Buat sekian kalinya saya buat pau & alhamdulillah hubby cakap sedap.  Tapi  belum cukup memuaskan hati saya lagi.  Apapun inilah pau terbaik yang berjaya saya buat.  Rupanya kalau nak buat pau guna BM jangan uli lama², 10 minit aje dah cukup.  Patutlah lain macam aje rupa pau daku yang sebelum² ni.

Pau yang dah masak... puashati sangat walaupun belum cukup perfect.  
Selepas ni takdelah saya bimbang lagi bila mempau.. hehe.. Malam tu kami makan 4 biji aje, masih banyak berbaki dalam freezer.  Saya nak lihat apakah pau ni masih gebu selepas dibekukan.  Last time pau dari peti beku saya terus mendap ketika dikukus.  Entah di mana silapnya.. daku sedang mengkaji ni...
Dah siap bentukkan pau... putih mulus, geram je.. Saya malas nak kerat parchment paper, jadi saya gunakan kertas cupcake aje.  Ohh.. senang kan... 

Kemudian saya naikkan dalam pengukus aje. 
 Resepi pau ni saya ternampak diblog Rahel.  Thx for the recipe & tips ye Rahel.

PAU GEBU DAN LEMBUT
Sumber:Noreen

Bahan-bahan (10 biji)
250gm tepung pau atau tepung gandum (saya guna tepung gandum)
3gm (1 tsp) yis
2gm (1/2 tsp) baking powder (saya guna D A baking powder)
50gm (4 tbsp) gula castor
20gm (1 tbsp) lemak sayuran
2gm (1 tsp) bread softener-optional klu tiada pun pau masih lg gebu & lembut
1/2 cawan air suam (yg ni sy tambah lg air sampai doh elok diuli)

Inti secukupnya (sesuai selera)

Cara-cara:
1.Satukan tepung,yis,baking powder,gula dan bread softener ke dalam mangkuk adunan

2.Ulikan sebati dengan memasukkan air sedikit demi sedikit

3.Masukkan lemak sayuran dan ulikan lagi sehingga doh menjadi kental dan tidak melekat
di tangan.

4.Jika menggunakan breadmaker masukkan semua bahan mengikut turutan air suam-yis-tepung-
baking powder-gula-bread softener-lemak sayuran

5.Kemudian pilih menu doh (tidak perlu menunggu sehingga doh siap selama 1 1/2 jam cukup
sekadar 10 minit atau sehingga doh sebati dan bolehlah dikeluarkan dari BM)

6.Setelah itu bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 45gm dan bentukkan
menjadi bulat.

7.Ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di tapak tangan dan letakkan satu sudu kecil inti yang
disukai dan tutupkan semula menjadi bentuk bulat.
Lakukan sehingga habis.

8.Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 minit atau 1 jam.

9.Sementara itu panaskan kukusan dan pastikan setelah air mendidih barulah dimasukkan doh2

tadi dan kukuskanlah selama 10 minit.

Note:Air kukusan perlulah betul-betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan
pau yang gebu dan lembut.



SG LEMBING & HORIZON KUANTAN

0 comments
First time saya balik Jengka sempena Raya Korban.  Biasanya kami beraya & jalani ibadah korban di Hulu Langat aje.. Bapa Mertua memang akan tempah lembu dari farm di sana & pagi raya kami berpiknik di situ sampailah siap proses melapah & mengagih daging.  Tahun ni kami balik ke Jengka coz both in laws ke Mekah.  Bolehlah anak² saya beraya selepas 'beraya' di HUKM di pagi Raya Aidilfitri lalu.. :) 

Kali ni tak de la nak bercerita kisah raya pun.  Memang ala kadar aje.. yang kelakar tu, sebiji kuih raya pun tak de yang buat sendiri.  Serious.. saya tak tau pun nak raya weekend lepas, jadi saya langsung tak prepare bahan utk cookies or apa².  Masa dah nak balik baru le tau saya kena packing baju raya... Aduhh. terlepas peluang menerai resepi cookies.. hehehe..

Isshh.. melalut lagi.. senang betul keluar topik... Padahal nak bagitau saya balik Jengka je pon masa Raya Korban baru ni then nak sambung kisah BBQ family & Birthday Tiha di Pantai Tanjung Sepat pada 13 September lepas.  Esoknya tu saya & family mengikuti Adik membawa kami jalan² di sekitar sana.  Adik cadangkan kami ke Sungai Lembing.  Ada apa di Sungai Lembing ni?  Entah.. saya pun tak tahu sebab tak pernah sampai..  Jom kita lihat aktiviti kami di sana.

Sedang menunggu giliran... Kami ada tourist guide yang berasal dari sana (rakan Guru sama sekolah dengan Adik)... 

Muka excited  coz dapat naik keretapi... 


Haa... inilah sebabnya kami ke sini.  Pernah dengar tak Lombong Bijih Besi di Sungai Lembing.  Lombong ni dikatakan terbesar di dunia (jarak terowongnya adalah bersamaan jarak KL ke Kuantan tau!).  Terdapat 24 lapisan terowong di sini (lapisan bawah sudahpun digenangi air).. Namun pengunjung hanya dibenarkan memasuki terowong paling atas atas faktor keselamatan & keselesaan...

Sekejap je kita berkeretapi... kemudian silalah berjalan... Jom turun!

Semua tengah kejakunan.. masa ni tengah dok belek staglatait yang menitiskan air.. Cuma baby je tak excited.. ketiduran aje kejenya...



Peace Yo!!!

Laluan angin... tanpa laluan angin ni, keadaan dalam lombong teramat panas.  Hanya terowong di bahagian paling atas ada lubang angin ni.. that's y sejuk macam ber Aircond aje.. 

Inilah Lubang Sejuta.. ada kisahnya yang tersendiri mengenai lubang ni.  Sepanjang terowong ada diletakkan info & sejarah tentang lombong ni.. so kena pergi sana lah kalau nak tau kisahnya ye.. :P



Dah habis berjalan.. jomlah kita keluar.  Frankly takde lah apa sangat dalam ni, tapi experience & exposure for the kids yang penting.  Tiha ni jenis excited bila bawak ke tempat² macam ni.  Memang banyakla soklannya... Jadi Mama tunjuk aje ke Info Board.. "Haaaa.. baca"... hahahaha...


Rupa penuh keretapi yang kami naik tadi...
Lepas habis berjalan di terowong... hujan turun dengan teramat lebat.  Hampir terbantut hasrat kami nak bawa anak² bermain di Sungai Lembing.  Ni first time budak² merasa main air sungai... exposure lagi...
Rupa sungai.. saya tak ikut turun kerana tiada ruang untuk melepak.  Susah la saya nak melepak dengan Shumaila nanti.  Jadi saya tunggu di kereta aje...
Jom kita tengok aksi budak² main sungai....




Dah jenuh main sungai... kami mengisi perut pula.  Makan Mee Jawa yang famous di Sungai Lembing.  Sorry.. takde gambarnya.. dah lapar sangat.. terus ngap aje.. 

Dari Sungai Lembing kami bergerak ke Kuantan semula.  Adik ajak kami ke ladang kuda.. Jenuh juga mencari sampai sesat².. Tapi memang takde rezeki kot.. Hanya ada seekor kuda (pony) yang super cute yang dok bermain & berlari sana-sini aje.  Puas kami panggil sbb nak snap gambar.. tapi kuda tu sibuk menunjuk skill berlari keliling kandang.. geram je saya tengok.  Cute beb!

Kat sini banyak gila rabbit & bersaiz besar serta berbulu tebal.  

Ada ayam, burung & chameleon... 

Since takde gambar menarik nak snap.. Meh kita layan gambar mushrooms ni.. :P
Hampa kerana tujuan kami terbantut... Adik mengajak kami ke Muara Sungai pula.. Ni kawasa yang sama dengan tempat BBQ kami semalam.. cuma kena lajak jauh ke depan.

Dari dalam kereta kami nampak sesuatu di atas tanah.. Bukan main banyak & bergerak².  Saya minta suami ambil gambar coz kalau didekati pasti 'benda' ni lari... Ohh.. anak² ketam rupanya!  Ni pun sebahagiannya dah melarikan diri bila Suami datang...

Sempat juga melihat aksi pemain paramotor (saya pernah berminat menyertai aktiviti ni suatu ketika dulu)...

Ketam...


Habis ketam lari bila budak² super duper bising ni nak menziarah... hehehe..

Dah penat merayap, menjelang Maghrib kami kembali ke rumah Adik.  Kami pun terus packing barang coz malam ni dah nak gerak ke Jengka pula.  Sebelum berangkat, Adik ajak dinner dulu.  Ohh.. nak belanja kami makan besar ye.  Restoran Horizon Kuantan menjadi pilihan Adik.  Suasananya amat menyenangkan serta layanan yang terbaikkk.. Dah ala² fine dining ni.. hehehe.. Tima kasih Mat & Not sebab belanja ye... Best betul tempat ni.. Memang sesuai untuk keluarga.





Kat atas tu muka² tengah menunggu makanan... Since keadaan dalam restoran selesa, so budak² ni kemain seronok.  Tu la sebabnya saya kurang suka tempat serabut, kang anak² pun start buat serabut sekali.. :) 

Banyak juga pilihan makanan.  Makanan di sini bertemakan Chinese Muslim... Kita boleh pilih set yang disediakan.  Cthnya kami memilih set untuk 7-8 orang makan, RM177.  Dalam set ni termasuk Chines tea & fruits..Lauknya pula up to 6 jenis

Ini lauk pilihan kami - Seaweed & egg soup(dalam ni ada udang, sotong seaweed etc), Lemon Chicken, Siakap Tiga Rasa, Butter Prawn, Ginger Beef & sayur campur.  Adik minta juga 1 jug air Laici coz tak semuanya minm Chines Tea yang pastinya tidak bergula itu... 

Ehh.. tunggu apa lagi.. Jom makan!!!  Semua makanan menepati citarasa kami.. Bagi saya berbaloi dari segi rasa & servisnya.  
Lepas makan dengan lahapnya.. (eerrkk.. ini pun mau story ka?)... Bersalam² salaman dan sebagainya.. Kami pun bergerak ke Jengka.  Sepanjang jalan semuanya tertido kekenyangan kecuali Mama & Baba..... The end.

BBQ &BIRTHDAY TIHA

Friday, October 3, 2014 2 comments
Akhirnya setelah lama terperam, meh kita story kisah kami ke Kuantan pada 13 September yang lalu.. Kami ke sini untuk aktiviti keluarga, BBQ la kononnya.  Adik yang di Kuantan yang arrange semuanya... BBQ kami ni diadakan di Pantai Tanjung Sepat.. Memang sesuai untuk aktiviti sekeluarga sebab besar kawasannya.. 

Antara menu kami - Laksam, BBQ - udang, sotong, sosej (handmade), ayam, kambing, ikan dan daging serta bihun goreng (yang ni Adik Kuantan sediakan, bihun je saya tolong goreng).  Abang kami pula bawak - cucur udang & rojak.  Dari Jengka pula ada Langsat yang diambil dari belakang rumah.  Since saya dah plan nak celebrate Birthday Tiha sekali, maka kami pesan Adik supaya menempah kek di Secret Recipe aje.  Adik volunteer nak buatkan, tapi saya bimbang dia tak larat aje nak buat semua benda sekaligus.   Saya pula memang susah nak menghadap dapur lama².. masa ni pon belum habis pantang lagi.. ooppss..

Tengah sibuk setting kawasan lagi...

Ehh.. manatah Birthday girl ni.. semua tengah excited dengan goodie bag masing².  Kat dalam tu ada topeng, popper, jigsaw puzzle & lollipop.  Ingatkan nak survey piniata.. tapi punyalah mahal.. Nak buat pun dah tak sempat...

Surely si Tiha yang paling happy kan...


Birthday cake.. saya lupa apa nama kek ni tapi combination of chocolate cheese, cheesecake & berries.  Not bad.. habis dimakan (Tiha sorang aje yang tak makan)... Saya tak nak bagi dia pilih sendiri sebab taste dia memang tak sama dengan orang.  Tak syok pula jamu kek yang orang lain tak makan kan..

Tok & Tok Wan

Ikan tu memang fresh coz dibeli semasa kami sedang berkelah... Ada pak cik yang menaiki roda tiga datang menjual hasil laut.. Laju je ayah beli 2 ekor Senangin bersaiz besar dan pelaling.

Haa... inile tukang bakarnya...





Anak² Abang & Ibunya... 

Abang serta Adik Bongsu


Best kan....


Shumaila ada geng sebaya.. Amni yang lahir 2 minggu selepas tu.. Most of the time Mama & Mak Teh (Adik Ipar terkini) lepak atas tikar aje melayan baby masing²
Kat bawah ni percubaan berselfie sebelum balik.. first time guna monopod.. kecoh!!
Funny sangat yea.. terutama Adik yang Kuantan tu.. sampai tak sedar anak² tengah lena dalam kereta.. hehehe... Dah siap bergambar, baru sedar 2 peserta takde.. 

Persediaan berselfie...

Sedang orang lain sibuk ambil kedudukan, ada Baba monkey tengah sibuk ambik position juga... Apa la Baba ni, zaman dah berubah beb.. no one left behind.. let's selfie!! Hehehe...

Bukan main meriah bila semua berkumpul.. Yang takde dalam ni Adik Lelaki di Kulim sekeluarga & Adik perempuan yang di Kuala Kangsar sekeluarga... 

Petangnya semua bergerak ke rumah Adik untuk istirehat .. Tapi kami je stay overnight kat rumah Adik for another day coz esoknya ada plan lain lagi.  Yang tu kemudian pula saya update ye...