BBQ &BIRTHDAY TIHA

Friday, October 3, 2014
Akhirnya setelah lama terperam, meh kita story kisah kami ke Kuantan pada 13 September yang lalu.. Kami ke sini untuk aktiviti keluarga, BBQ la kononnya.  Adik yang di Kuantan yang arrange semuanya... BBQ kami ni diadakan di Pantai Tanjung Sepat.. Memang sesuai untuk aktiviti sekeluarga sebab besar kawasannya.. 

Antara menu kami - Laksam, BBQ - udang, sotong, sosej (handmade), ayam, kambing, ikan dan daging serta bihun goreng (yang ni Adik Kuantan sediakan, bihun je saya tolong goreng).  Abang kami pula bawak - cucur udang & rojak.  Dari Jengka pula ada Langsat yang diambil dari belakang rumah.  Since saya dah plan nak celebrate Birthday Tiha sekali, maka kami pesan Adik supaya menempah kek di Secret Recipe aje.  Adik volunteer nak buatkan, tapi saya bimbang dia tak larat aje nak buat semua benda sekaligus.   Saya pula memang susah nak menghadap dapur lama².. masa ni pon belum habis pantang lagi.. ooppss..

Tengah sibuk setting kawasan lagi...

Ehh.. manatah Birthday girl ni.. semua tengah excited dengan goodie bag masing².  Kat dalam tu ada topeng, popper, jigsaw puzzle & lollipop.  Ingatkan nak survey piniata.. tapi punyalah mahal.. Nak buat pun dah tak sempat...

Surely si Tiha yang paling happy kan...


Birthday cake.. saya lupa apa nama kek ni tapi combination of chocolate cheese, cheesecake & berries.  Not bad.. habis dimakan (Tiha sorang aje yang tak makan)... Saya tak nak bagi dia pilih sendiri sebab taste dia memang tak sama dengan orang.  Tak syok pula jamu kek yang orang lain tak makan kan..

Tok & Tok Wan

Ikan tu memang fresh coz dibeli semasa kami sedang berkelah... Ada pak cik yang menaiki roda tiga datang menjual hasil laut.. Laju je ayah beli 2 ekor Senangin bersaiz besar dan pelaling.

Haa... inile tukang bakarnya...





Anak² Abang & Ibunya... 

Abang serta Adik Bongsu


Best kan....


Shumaila ada geng sebaya.. Amni yang lahir 2 minggu selepas tu.. Most of the time Mama & Mak Teh (Adik Ipar terkini) lepak atas tikar aje melayan baby masing²
Kat bawah ni percubaan berselfie sebelum balik.. first time guna monopod.. kecoh!!
Funny sangat yea.. terutama Adik yang Kuantan tu.. sampai tak sedar anak² tengah lena dalam kereta.. hehehe... Dah siap bergambar, baru sedar 2 peserta takde.. 

Persediaan berselfie...

Sedang orang lain sibuk ambil kedudukan, ada Baba monkey tengah sibuk ambik position juga... Apa la Baba ni, zaman dah berubah beb.. no one left behind.. let's selfie!! Hehehe...

Bukan main meriah bila semua berkumpul.. Yang takde dalam ni Adik Lelaki di Kulim sekeluarga & Adik perempuan yang di Kuala Kangsar sekeluarga... 

Petangnya semua bergerak ke rumah Adik untuk istirehat .. Tapi kami je stay overnight kat rumah Adik for another day coz esoknya ada plan lain lagi.  Yang tu kemudian pula saya update ye...






2 comments:

{ Unknown } at: October 3, 2014 at 9:52 AM said...

Bila sesekali berkumpol mcm ni mmg seronok..

{ Kina } at: October 3, 2014 at 10:40 AM said...

Memang best..entah bila boleh buat lg, maklumlah semua ada komitmen masing2 kan..

Post a Comment