PAU

Wednesday, October 8, 2014
Kisah yang lalu usah dikenang.. Walaupun dah berkali² buat pau yang tak menjadi, perasaan serik memang tidak wujud.  Buat sekian kalinya saya buat pau & alhamdulillah hubby cakap sedap.  Tapi  belum cukup memuaskan hati saya lagi.  Apapun inilah pau terbaik yang berjaya saya buat.  Rupanya kalau nak buat pau guna BM jangan uli lama², 10 minit aje dah cukup.  Patutlah lain macam aje rupa pau daku yang sebelum² ni.

Pau yang dah masak... puashati sangat walaupun belum cukup perfect.  
Selepas ni takdelah saya bimbang lagi bila mempau.. hehe.. Malam tu kami makan 4 biji aje, masih banyak berbaki dalam freezer.  Saya nak lihat apakah pau ni masih gebu selepas dibekukan.  Last time pau dari peti beku saya terus mendap ketika dikukus.  Entah di mana silapnya.. daku sedang mengkaji ni...
Dah siap bentukkan pau... putih mulus, geram je.. Saya malas nak kerat parchment paper, jadi saya gunakan kertas cupcake aje.  Ohh.. senang kan... 

Kemudian saya naikkan dalam pengukus aje. 
 Resepi pau ni saya ternampak diblog Rahel.  Thx for the recipe & tips ye Rahel.

PAU GEBU DAN LEMBUT
Sumber:Noreen

Bahan-bahan (10 biji)
250gm tepung pau atau tepung gandum (saya guna tepung gandum)
3gm (1 tsp) yis
2gm (1/2 tsp) baking powder (saya guna D A baking powder)
50gm (4 tbsp) gula castor
20gm (1 tbsp) lemak sayuran
2gm (1 tsp) bread softener-optional klu tiada pun pau masih lg gebu & lembut
1/2 cawan air suam (yg ni sy tambah lg air sampai doh elok diuli)

Inti secukupnya (sesuai selera)

Cara-cara:
1.Satukan tepung,yis,baking powder,gula dan bread softener ke dalam mangkuk adunan

2.Ulikan sebati dengan memasukkan air sedikit demi sedikit

3.Masukkan lemak sayuran dan ulikan lagi sehingga doh menjadi kental dan tidak melekat
di tangan.

4.Jika menggunakan breadmaker masukkan semua bahan mengikut turutan air suam-yis-tepung-
baking powder-gula-bread softener-lemak sayuran

5.Kemudian pilih menu doh (tidak perlu menunggu sehingga doh siap selama 1 1/2 jam cukup
sekadar 10 minit atau sehingga doh sebati dan bolehlah dikeluarkan dari BM)

6.Setelah itu bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 45gm dan bentukkan
menjadi bulat.

7.Ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di tapak tangan dan letakkan satu sudu kecil inti yang
disukai dan tutupkan semula menjadi bentuk bulat.
Lakukan sehingga habis.

8.Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 minit atau 1 jam.

9.Sementara itu panaskan kukusan dan pastikan setelah air mendidih barulah dimasukkan doh2

tadi dan kukuskanlah selama 10 minit.

Note:Air kukusan perlulah betul-betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan
pau yang gebu dan lembut.



0 comments:

Post a Comment