RESEPI ATKINS - PIZZA

Thursday, February 9, 2017 1 comments
Haaa.. ni antara resepi sedap dalam Atkins.. hehe... Biasa sebiji ni saya makan untuk 2x meals.  U all boleh pebagaikan bahan topping.. Ayam, daging, sayur, sosej atau cheese semata².  Basenya pula gunakan cauliflower dan telur sebagai pelekat.  ada resepi yang celur/kukus dulu cauliflower, ada juga yang gaul garam & perah airnya.  Saya dah try semua cara... 

Saya paling suka cara ni ... Hancurkan cauliflower (1/2 biji) guna food processor or sagat.  Tambah sedikit garam, pepper, telur dan Parmesan cheese.  Telur tu sebiji pun ok dah.  Kalau kering sangat boleh tambah lagi sebiji.  

Tekan² atas tray pembakar dan bakar pada 180-200c selama 10minit.  Saya tambah lagi masa bagi extra garing.  Kemudian susunla apa² bahan kesukaan dan taburkan cheese.  Cheese tak kisahlah nak guna parmesan, cheddar or mozarella.  Mozarella tu wajib kalau nak dapat efek tarik² tu... 

Yang ni saya sapukan dengan garlic butter, tabur hirisan ayam (baki roasted chicken) dan capsicum.  Nak letak Tuna pun boleh aje.  Tuna make sure yg takde added sugar. Lastly taburlah cheese...

Yang ni saya sapu tomato paste then taburkan cheese... Sedap jugak



Ok done entry tertunggak... Phewww.. byknya entry nak kena letakkk... Malasnyaaa... malam ni pulak nak kena pulun siapkan tudung sekolah Ieqa. Kelmarin sampai ke Jakel mencari kain.  Jenuh dah ulang alik ke Nagoya tunggu kain Lycra utk tudung sekolah ada stok.  Dah 2x Jumaat dia pakai tudung Tiha yang besar bagak tu.. Sememh macam apedahh... hahaha..  Tataaaa...



EGG ROLL BUN CHICKEN FLOSS

Tuesday, February 7, 2017 0 comments
Entah betul ke tak nama roti ni macam tu... Lebih² kurang ajelah kan.  Nak update cepat² ni sebab banyak urusan lain lagi.  Entry tertunggak dalam koleksi toksah cakaplah.  Silap haribulan, habis lupa semua nanti tu.  Dahla resepi main campak², tak bercatat pulak tu.  Tu kadang² tak jadi post kat blog sebab saya pun dah tak sure apa benda saya campak dalam tu.  Sayang kan??

Roti kali ni lawa kejadian luarannya, tapi jujurnya.. doh asas saya kali ni langsung tak jadi.  Frust la sebab rupa dah cantik tapi rotinya tak sedap.  Bukan salah roti ni tau, salah saya sebab salah pilih dos asas.  So kalau you all nak buat, pilih mana² doh asas yang korang dah familiar.  Dalam blog saya pun ada beberapa doh asas yang saya share.  Bolehlah pilih yang mana you all berkenan.  

Untuk dapatkan gulungan macam ni, boleh tengok tutorial kat sini ye... Resepi saya copypaste balik untuk rujukan saya pada masa akan datang.  Yg ni pon boleh refer


Ni saya copypaste balik..

Assalammualaikum, Antara tutorial yang dinanti resepi dan tutorial ini dari saya dan cara saya, mengkali berlainan dengan tutorial chicken floss yang lain. istimewa dia adalah chicken floss yang mempunyai telur

resepi
adunan doh apa2 resepi bun ( 250 gm )

adunan telur =
-2 biji kuning telur
-2 biji putih telur
-daun bawang ( suka hati nak pakai apa2 sayur peria pun ok :P )
-lada padi hiris biar padas
-lengah hitam dan biji bijan ( tabur atas telur )
-pati ayam , garam
-chicken floss
-mayonis
-loyang 8x8 ( segi empat tepat )

cara2

-canai doh masukkan dalam loyang bakar macam biasa
-campur semua bahan untuk telur dan kacau sebati
-masukkan kedalam loyang segi empat tepat 8x8 ( alas kertas minyak )
-bakar oven 160, api atas bawah, 10 minit ikut korang punya oven kalau telur xgegar maksud nya dah masak.
-sejukkan dahulu telur baru bukak kertas minyak tadi perlahan2 takut koyak
-ok u all saya malas nak taip selebihnya ada kt gambar just FOLLOW tq

by Irfan Homemade Syaz Wani Wanie






ATKINS - DADA AYAM GRILL DAN GORENG

Friday, February 3, 2017 0 comments
Ni resepi untuk fasa induksi Atkins.  Kalau nak makan untuk tak buat Atkins pun ok aje.  Boleh makan menu macam ni dengan baked potato, wholewheat bread or wrap, whipped potato, Fries dan lain².  Dada ayam memang pilihan utama saya.  Sedap & senang!  Kalau di pasar, Dada ayam bahagian isi RM20/2kg.  Dapat 6 ketul isi bahagian dada yang amat besar.  Biasa saya akan marinade seketul dada aje & boleh makan untuk lunch dan dinner.
Dada ayam... Ini perapan dengan Sos Peri-peri Extra Hot Nandos.  Sos Nandos boleh makan kecuali yang bergula macam Ketchup.  Tapi sos Nandos memang kurang kena pun dengan tekak kita ni.  So... satu hari tu dah malas sangat, saya tuang sos Nandos dalam hirisan dada ayam.  Perap & grill atas pan.  Mak Aiiii.. Sedappp!!!  Serious you all patut try.  
 Lepas kejadian tu... Habis sos Nandos tu saya kerjakan.  Nangissss.. Nak beli lagi mahal pulakk.  Tak pelah... perap macam lain ajelah...

Sayur tu boleh tukar².. sayur celur, sayur grill, sayur goreng atau sayur mentah (salad, tomato dsbgnya).
Grill Chicken dengan Cajun Spice ni memang sah² dah all times favourite sekeluarga.  Kalau buat ni, saya kena makan sorok².  Kat rumah ni Ila dengan Ieqa paling gilakan ayam.  Ayam dalam sup ke, dalam mee² ke, memang tugas diorang habiskan sebab Baba, Tiha & Misha tak suka isi ayam dalam nasi goreng, mee & sup.  Tapi kalau saya grill macam ni... Alamakkk!!!  Semua datang terhidu² kat dapur nak spotcheck Mama masak apa.  Yang geng² tak makan ayam tu pun terpa sekali.  Matiii!!!
Apa lagi nak buat dengan dada ayam???  Kalau takde sangat bahan², grill dengan blackpepper & salt pun dah cukup sedap.  Kalau nak pelbagaikan rasa boleh tambah garlic powder, mixed herb atau apa jua herb yang ada.  Macam Paprika, chilli powder dll.  Saya suka grill dengan renjisan minyak (boleh guna apa² jenis minyak mengikut budget.. hehehe).  Alaa.. Atkins ni kan tak halang pengambilan lemak.  Tapi kalau you all nak buat diet kalori, lemak dan minyak ni tak bagus tau.  Sama juga dalam Atkins bila dah masuk fasa-fasa 3 dan 4.  Minyak dan lemak memang kena jaga ye.  Lemak/minyak ni boleh makan banyak masa fasa induksi aje (banyak pon jangan la over)..

Kat bawah ni saya buat Ayam goreng kunyit... Banyak ni dari seketul setengah dada ayam saiz gergasi ni.  Ni menu lunch kami semalam.
Bahan gaul - Saya letak garam, kunyit serbuk, cili serbuk, garlic powder (boleh tumbuk garlic biasa juga) dan lada sulah.  Kalau nak simpe garam & serbuk kunyit pon boleh.  Kalau banyak bahan macam ni aroma & rasanya lebih sedap

Potong nipis² dan goreng dengan api besar... 

Goreng pula sayur² dalam minyak tadi.  Kemudian saya tumis sikit bawang besar & gaul kesemua bahan tadi.  Kalau biasa saya letak sikit sos tiram masa ni tapi tak lulus Atkins jadi saya tak letak.

Ini portion saya untuk lunch.  Alhamdulillah.. tersandar kenyang!!!
Korang jangan tak percaya bila dah biasa makan macam ni sometimes kita naik bimbang.  Eh.. apsal rasa kenyang sangat ni?  Aku dah terlebih makan ke?  Mati la berat naik nanti.  Don't worry... So far selagi saya tak cheat memang berat menurun.  Cuma yang last² ada juga la statik, tapi dalam sehari or 2 hari aje.  Weight loss satu hal, sometimes takde weight loss tapi ada inch loss.  Ukurlah jugak part² mana yang kita nak kecilkan.  Kita boleh tau bezanya tu.

Satu lagi.. kalau makan tapi rasa tak puas... Haaa... ambik gelas teguk air kosong.  Teguk 2 gelas ke... Kalau saya memang akan rasa kekenyangan dan puas dah.  Maybe saya dah get use atau dah set dalam kepala macam tu ke tak tahu lah.  Janji kita cuba, sebab lain orang tak sama kan.


ATKINS - AFTER & BEFORE

Wednesday, February 1, 2017 0 comments

Baru² ni saya sengaja upload gambar terkini dekat FB.  Saya memang jarang letak gambar sendiri, biasanya gambar ramai², tu pun kalau rajinlah.  Lately ni dapat hidayah sikit nak update FB selalu demi Kina Kitchen. Saya juga saja letak gambar yang jelas sikit untuk tengok response kawan² & family yang dah lama saya tak jumpa .  Kalau tanya husband dia kata susah nak komen sebab tengok hari². So ini gambar ketika saya cheating sempena Birthday Ieqa.  Masa ni berat 54.7kg...  
Once saya letak... Hahahaa... bertalu² kawan² tegur.. Ada yang kata nampak muda, ada yang kata nampak lain.  Yang kelakar tu sepupu saya siap ingatkan ini gambar anak saya!! 
 Kali ni Ieqa request makan aiskrim.  Biasa tiapkali Birthday kami makan Kek di SR aje.  Tapi sejak Birthday Tiha last year saya bagi option, nak aiskrim or kek.  Muak juga setahun 6x makan kek SR.. hehehe... Lagipun masa sampai ni dah lebih jam 6.00.  Takde offer free air untuk 1 slice kek... Rugi..rugiii...
Misha & Tiha share, Ieqa dan Ila share 1.  
 Sekelip mata aje aiskrim si berdua kat bawah ni habis!!!!  Dah dua² ni memang suka makanan manis... Ila yang paling over rasanya...
Habis aiskrim... Ila layan cone tu pulakk
Lepas tu habis aiskrim Tiha/Misha & Baba/Mama pun dia cilok lagi.. Sama aje kembar tak sebaya ni..
Misha makan sikit aje.. lepas tu cakap, "Misha dah boring lah Mama. Birthday Misha nanti kita makan kek je la... ".. Hehehe...
Lepas tu lalu kat Cinnabon.. Beli yang mini size tu.. RM4 utk 5 biji ke camtu... Tapi semua tak suka.. katanya sedap yang Mama buat lagi!  Betull.. lepas makan Cinnamon Roll yang saya buat tu, memang dah tak layan Cinnamon Roll lain.  


 Lepas tu sessi possing....



Tengok si Ila tu... Suka sangat cari pasal dengan Misha

 Bawah ini antara gambar yang buat saya nekad nak ber Atkins.... huhuhu...

BUN SARDIN (BASIC DOUGH)

Tuesday, January 31, 2017 0 comments

Salam... Agak lama saya tak share resepi roti at sini.  Nak ikutkan ada a few roti yang saya dah buat, donut pun dah banyak kali buat, walaupun gebu saya masih belum puashati tentang rupa parasnya.  Lately ni saya bersemangat sikit nak meroti sebab banyak teknik-teknik baru yang saya belajar.  Tapi tak dapatlah saya share semua sekaligus.  Saya akan mention part mana yang saya teringat aje lah ye.

Kalau cara saya yang dulu memang lain sangat.  Tapi bila tengok hasil roti baker lain yang memang amat memberansangkan, pelan-pelan saya perhati kaedah-kaedah mereka.  Masih terlalu banyak yang saya perlu perbaiki, insyaAllah kita belajar sama-sama ye.  

Resepi kali ni saya ambil dari Ina Marzuqi.  Dalam resepi dia gunakan supercream.  Since saya takde Supercream, saya gantikan dengan softener biasa aje.  Softener dengan improver ni korang boleh cari dekat bakeri.  Kalau tak nak letak pun takpe... masih ada cara lain untuk gebukan roti.  Part tu saya pun belum try lagi... So sabar sikit, saya ni memang akan buat dulu, dah jadi baru saya share.

Saya copypaste resepi dari Sis Ina yer..

400g tpg roti
100g tpg gndum
1 peket yis - 11g
100g gula kastor
1sdt b.improver
1 biji telor
2 sd besar susu pekat
200 - 220g anggaran air ais
100g margerin
10g supercream (1 sudu kecil +-)

Cara- kalau guna mixer.. sebatikn bhn kering.. masukkan bhn cecair.. bila dh bentuk doh masukkan margerin+supercream.. uli hingga doh licin berkilat (kalau uli tangan pun sama).  

Kalau guna breadmaker pula masukkan cecair dulu baru diikuti bahan kering dan diakhiri dengan yis.  On breadmaker, bila doh dah tergaul masukkan marjerin dgn supercream/softener.  Uli sampai elastik. Kalau ulian pertama masih belum elastik, boleh on semula BM untuk ulian sekali lagi.  Selepas uli terus keluarkan dari BM tak perlu tunggu doh naik ye. Masa masukkan air tu jangan tuang kesemua ye.. sesetengah tepung letak air sikit pun dah lembik.  Letak 3/4 air je dulu.  Masa BM sedang menguli, perhatikan or tekan-tekan doh dengan jari untuk rasa keras ke tak.  Kalau kurang air tambah sedikit demi sedikit sampai dapat doh yang licin dan tak melekat. (boleh juga diuli kat luar dulu, dah sebati barumasukkan dalam BM).



Doh yang dah siap uli.  

Saya timbang 30gram setiap satu. Kalau biasa yang bakeri jual doh 40gram ke 50gram ye.. So ikutlah nak buat saiz mana...

Kalau malas nak timbang boleh terus rounding sampai licin.  Kalau doh degil-degil sikit rehatkan sekejap (dalam 10 minit)

Tiha kurang terror rounding jd saya suruh dia buat cheesestick aje.  Nampak cinonet aje kan.. Tengoklah bila dah masak nanti...

Tiha tengah picit mayo dan taburkan cheddar cheese.  Kalau nak manis boleh gaulkan mayo dan susu pekat ratio 1:1 atau tabur gula.  Tapi doh ni dah manis jadi saya rasa dah ngam sekadar mayo dan cheese.

Yang ni Tiha nak deco untuk letak mayo dan chicken floss.  Boleh nampak rounding dia yg tak kemas tu.  Mama rounding semua doh, dia berjaya buat 2 doh aje.. itupun tak kemas.

Yang ni bun berinti sardin.  Tak kisah nak letak inti apa cuma inti tu seharuslah pekat dan kalau ada minyak, sila tapiskan minyaknya ye.  Letak inti kaya, red bean.. apapun boleh.  saya topkan dengan Mayonis (boleh juga paipkan kastad).  Ni inti sardin so lagi ngam dengan mayo lah 

Dah masak cheesestick Tiha... Tadi nampak doh cinonet aje kan... 

Bedah siasat cheesestick tadi

Bun Sardin nyam..nyam... Gebus macam kapas tauu... 

Tak sempat habis possingkan roti dah hilang 2 biji??? Sedapnyaaa...
Satu lagi lupa nak bagitau.. bila doh dah bentuk cantik, kita naikkan sehingga 3x ganda.  Kadar kenaikan ikut suhu semasa dan juga kandungan yis.  Roti kali ni saya naikkan selama sejam aje dan tutup dengan wrapping cling masa nak tunggu dia naik tu.  Boleh juga guna kain lembab atau apa-apa penutup.  Boleh tunggu lebih lama untuk lebih flavour.. tapi AWAS jngan sampai roti jatuh pula.

Masa nak bakar, spray dengan air atau susu segar.  Saya bakar pada suhu 180c selama 20-25 minit. Bila dah masak, boleh sapu marjerin/butter untuk nampak berkilat dan luaran roti sentiasa lembab dan lembut.  Selamat Mencuba!!!