RESEPI ATKINS - PIZZA

Thursday, February 9, 2017
Haaa.. ni antara resepi sedap dalam Atkins.. hehe... Biasa sebiji ni saya makan untuk 2x meals.  U all boleh pebagaikan bahan topping.. Ayam, daging, sayur, sosej atau cheese semata².  Basenya pula gunakan cauliflower dan telur sebagai pelekat.  ada resepi yang celur/kukus dulu cauliflower, ada juga yang gaul garam & perah airnya.  Saya dah try semua cara... 

Saya paling suka cara ni ... Hancurkan cauliflower (1/2 biji) guna food processor or sagat.  Tambah sedikit garam, pepper, telur dan Parmesan cheese.  Telur tu sebiji pun ok dah.  Kalau kering sangat boleh tambah lagi sebiji.  

Tekan² atas tray pembakar dan bakar pada 180-200c selama 10minit.  Saya tambah lagi masa bagi extra garing.  Kemudian susunla apa² bahan kesukaan dan taburkan cheese.  Cheese tak kisahlah nak guna parmesan, cheddar or mozarella.  Mozarella tu wajib kalau nak dapat efek tarik² tu... 

Yang ni saya sapukan dengan garlic butter, tabur hirisan ayam (baki roasted chicken) dan capsicum.  Nak letak Tuna pun boleh aje.  Tuna make sure yg takde added sugar. Lastly taburlah cheese...

Yang ni saya sapu tomato paste then taburkan cheese... Sedap jugak



Ok done entry tertunggak... Phewww.. byknya entry nak kena letakkk... Malasnyaaa... malam ni pulak nak kena pulun siapkan tudung sekolah Ieqa. Kelmarin sampai ke Jakel mencari kain.  Jenuh dah ulang alik ke Nagoya tunggu kain Lycra utk tudung sekolah ada stok.  Dah 2x Jumaat dia pakai tudung Tiha yang besar bagak tu.. Sememh macam apedahh... hahaha..  Tataaaa...



1 comments:

Post a Comment