Okaylah.. day 2 kami sekadar menghabiskan masa di sekitar Kuala Kangsar. Melawat kawasan² yg belum we all pegi (banyak sangat tempat utk dilawati di sini tau). Setakat sehari memang takkan habis tour area Kuala Kangsar ni. Saya yg dah berkali² dtg pun masih belum jelajah habis.
Sebelah pagi kami bersarapan di rumah Mertua Kiah (adik). Bukan main banyak makanan yg dijamu. Sayangnya saya tak boleh menikmati sgt, saya cuit² apa yg patut je. Kuih raya langsung tak bersentuh.. Padahal time kenduri kawen Kiah (baru aje kawen bulan June) haritu, bukan main saya enjoy makan kuih² yg Mak Mertua dia buat. Kuih² klasik yg sukar dicari & rasanya mmg sedap (walhal saya bukan penggemar kuih² lama). Semua kuih saya balun time tu - kuih bangkit, pulut kacau, kerepek pisang, kuih kapal terbang & baulu. Tapi mood utk makan kali ni memang takde, ketupat & lemang pun saya tak sentuh. Rugikan??
Lepas bersarap, kami menuju ke arah Gerik. Suami Kiah cakap ada farm yg sangat cantik kat sini. Namanya Syamile Farm.. katanya ada masuk tv & makanan kat sini pun sedap. Kalau dari Kuala Kangsar terus aje ke arah Gerik & perhatikan signboard Syamile Farm di sebelah kiri..
Kalau bawa anak² pastinya seronok sebab ada lembu, kambing, landak, ikan, rusa & farmnya memang cantik sgt. Sayangnya restoran yg dikatakan tu tak buka (maklumla raya) jadi tak dapatlah kami merasa kambing panggang segar dari ladang.
Jakun tgk buah nangka |
Belakang tu lah restorannya... |
Nampak tak rusa² sedang melepak kat belakang sana?? |
Izz excited sampai tinggalkan ibu & ayah.. |
Tgh ctrl takut tgk kambing |
Kandang ni tinggi dari tanah.. penat je saya panjat lepas tu terpaksa berlari turun... uuweeekkk.. tak tahan bau kambing!!! |
Keluar dari Syamile Farm kami menuju ke Lata Perahu. Pekerja tersebut maklumkan boleh reach by car. So.. tanpa ragu² kami pon redahle. Makin lama makin kecik jalannya... dahla tu.. batunya besar² macam batu air terjun... makin was² sbb byk kali lantai kereta tersangkut/bergesel dgn batu. Tapi nak mengundur pun impossible juga sbb jalannya curam & berlereng. Jadi slowly gerak ke depan & try cari kalau ada space utk u-turn. Kemudian jumpa pula becak yg dlm.. sekali lagi kami bimbang.. tak pasal² kereta tersangkut dekat lumpur pula. Saya turun utk survey.. jalan ke depan sana dah dgr bunyi air terjun. Husband nekad rempuh selut, Not & fams pula dah lama stop dr follow we all. Once dah sampai, saya bgtau Not utk berjalan kaki je...
Inilah Lata Perahu
Masing² dah kelaparan. Lepas ni nak kena survey tempat makan. Kiah juga bgtau sekitar sini banyak dijual ikan pekasam. Bolehlah singgah sekejap sambil² survey tempat makan. Memang banyak gerai² menjual pekasam di tepi jalan ke arah Gerik ni. Saya tak teringat pula nak ambil gambar. Some other time la...
Suami Kiah cadangkan kami makan di Restoran Tasik Raban. Dia cakap di sini terkenal dengan ikan bakar. Tak jauh dari tempat menjual pekasam... selepas jambatan tasik raban kami nampak restoran tersebut di sebelah kanan jalan. Ramainya orang!! Tapi mujur semua menu nasi campur, jadi cedok sendiri. Takde lah perlu menunggu. Memang pelbagai lauk yg ada. Suami & Suami Not share order Talapia Merah Bakar (RM40 sekilo), kalau Talapia Sungai RM80 sekilo... (saya & not tak makan ikan sungai)
Muka happy lepas main air... |
Talapia Merah.. RM28. |
Frankly nothing interesting dengan Tasik Raban ni. Kalau tengok dari atas jambatan nampak cantik sangat. We all singgah minum ABC & Cendol sekejap (saya ni takde selera, tapi kalau berjalan pantang nampak mknn sibuk nak try). Lepas makan kami berpatah balik ke Kuala Kangsar. Tak ikut jalan tadi, kami ikut jalan kampung Tasik Raban. Orang kampung kata boleh tembus ke Kuala.
Oleh kerana sudah Asar, kami masuk semula ke pekan Kuala Kangsar singgah solat di Masjid Ubudiah. Lepas ni boleh teruskan perjalanan ke Utara semula.
Must Visit!! Berdekatan masjid ni juga ada Istana Tanpa Paku, Muzium Di Raja & Istana Raja |
Sepanjang jalan, saya lihat trafik di sebelah sana memang banyak. Saya agak kebanyakkannya menuju ke highway selepas bersiar² di Taiping... namun selepas melepasi Taiping, kereta still banyak & semakin banyak traffic light yg akan ditempuh nanti, pastinya akan jam teruk So saya call Kiman (adik) di Kulim bertanyakan jalan alternatif. Alhamdulillah.... dia guide ke jalan yg saya cari² selama ni..
So kami terus masuk ke bandar Parit Buntar.. kemudian cari Bandar Baru... legaa.. tembus ke kawasan ladang kelapa sawit. No traffic ligght!!! Saya paling bimbang jika kami akan jem teruk di Bagan Serai & Butterworth nanti.. ikut jalan ni memang langsung tak lalu kawasan tumpuan. Sepanjang jalan kami cuma perlu perhatikan signbord Selama, Serdang & Kulim. Dari Kulim ke Lunas... eehh.. Lunas.. rumah x-roommate uum saya kat sini. Bolehlah singgah beraya sekejap.
Lepas beraya lebih kurang - tengah kelaparan dijamu ketupat & kari ayam, nasi impit & cempedak goreng. Fuhh.. lega.. boleh teruskan perjalanan. Sekali lagi kami melalui Lunas & terus ke Bertam. Dari Bertam ke Kepala Batas, Sg Petani/Tikam Batu & akhirnya!!! Pantai Merdeka. Kampung halamanku..
Kami sampai dah agak lewat.. sempat berjumpa sekejap dengan sanak saudara & melihat baby baru Maksu (Baby lahir hari raya). Adik ajak kami tidur di rumahnya di Kulim... patah balik la semula yee.. Lagipun rumah Tok penuh sesak dgn anak cucu & kami juga nak ambil kesempatan keluar makan.. hehehe..
Berkonvoi 4 kereta.. Kiman leading di depan diikuti Kion , Not & kami. Malangnya banyak kedai yg tak dibuka. Kiman beria² suruh kami try Nasi Ketapang.. katanya dah pekena sure tidur x lena siap ngigau² nak lagi... waahh!!! teringinnyaa... sampai² di situ... Ya Allah!!! Ramainya org.. yg que, yg betinggung, yg tgh duduk makan... isshh.. x sanggupla plak. Kiman cakap memang begitulah sambutan org kat Nasi Ketapang ni. Kami tak jadi makan coz anak² semua dah tido, ayah (dia ikut sekali) pon nampak keletihan (kalau setakat family saya aje, tak kisah sgt).. Kiman bawa lagi ke a few tempat.. pun tutup juga. Last² kami just berhenti kat warung char kue teow tepi jalan. Oklah.. makan ajele..
Sambil makan Kiman & Kion dok bercerita ttg makanan yg ada sekitar sini. Kalau org yg biasa dengan Penang, memang tau di sinilah syurga makanan. Makanan dahlah murah.. sedap tak terkata. Sampaikan saya cakap kat suami.. kat sini, makan kat foodcourt pon sedap coz persaingan yg teramat tinggi. Kiman & Kion siap bercerita burger di sini saiznya besar dr kawasan lain. Saiz std di KL tu dipanggil baby burger & dijual pada harga RM1.80 sahaja. Bahan di dalamnya pula pelbagai.. sosnya pun sedap & ada yg letak potongan epal. Ada juga yg letak baked beans.. pendek kata memang berbaloi² laa...
Suami saya & husband Not dgn tamaknya pergi order burger pula di gerai tak jauh dari situ.. hahahhaha...
0 comments:
Post a Comment