Alhamdulillah.. saya tidak perlu lagi ke kafe. Nampaknya pekerja² baru ni sudah berpengalaman luas dalam bidang f&b. Sekarang saya sibuk pula menguruskan pendaftaran mereka di pejabat imegresen.
Khamis lepas salah seorang staf baru saya (hampir sebulan bekerja) & kawannya yg baru sehari bekerja minta berhenti. Sebenarnya saya & suami memang kurang gemar dengan cara kerjanya yg terlalu perlahan & suka mengelak dari buat kerja. Kasihan staf yang lagi seorang (Ratna), 80% kerja dia yg buat. Mujurlah langsung dia tidak merungut, malahan semakin hari semakin ceria dia bekerja. Lebih baik saya bayar Ratna lebih berbaloi dengan usaha kerasnya. Jadi bila dia bersuara minta berhenti, memang saya & suami tidak teragak² bayar gaji & berharap dia tak datang lagi dah.. hehehe.. (sebelum tu kami dalam dilema yg amat, macam mana nak suruh dia berhenti).
Jumaat tu hanya saya& suami serta Ratna aje yg buka kedai. Umi pula pulang Kelantan sambut raya. Alhamdulillah.. dengan bantuan Ratna sahaja, kami boleh beroperasi. Seronok saya lihat Ratna begitu seronok bekerja & siap bawa 2 kawannya pula masuk. Makin saya gembira kedua² kawannya juga amat cekap & tak perlu dilatih. Dari bancuh air, memasak, membersih... boleh dikatakan mencapai standard saya. Moga² mereka kekal begini. Saya sanggup berhabis sedikit untuk menguruskan permit kerja mereka sebagai tanda terima kasih terutamanya Ratna yg begitu mengambil berat tentang cafe walhal baru 2 hari saya kenal dia.
Inilah yang dikatakan hikmah .. Yakinlah setiap kejadian ada hikmahnya & Yakinlah selagi kita ikhlas dalam melakukan sebarang perkara Allah akan sentiasa memberi bantuan kepada hambaNya yg lemah ini.. Saya selalu yakin, biarlah apa orang hendak lakukan pada kita, hingga kita jatuh terduduk sekalipun. Jangan sekali² balas dengan kejahatan, percayalah kepada kuasaNya. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan...
0 comments:
Post a Comment